Fruit Tart Sedap


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semuanya ya
Hari ni ada sedikit ruang untuk mengupdate resepi fruit tart ni
Tart shell ni sebenarnya dah ada lama dalam frezer jadi itulah sebabnya jadi rajin nak buat
Tapi bila dah nak buat buah pulak yang tak cukup jadi mana yang ada lah kan
Buah blueberry yang takde dah cari kat supermarket sana sini
Jadi terpaksalah akur takde rezeki untuk makan blueberry so terima seada nya tart ni ya..

Resepi shell kaknoor ambil dari blog Ita dan Kastad dari blog Izah
Terimakasih untuk kedua memang sedap !!



Resepi Tart Shell
Kulit Tart
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Acuan tart 

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
 
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling 






Resepi Kastad

Bahannya
1 cawan tepung kastad
2 cawan susu cair
2 cawan air
3/4 cawan  gula ( boleh kurangkan ke 1/2 cawan )
1 sudu besar mentega/marjerin

Caranya
1.  Masukkan semua bahan kecuali mentega ke dalam periuk dan masak dengan api yang sederhana sehingga pekat.
2.  Masukkan mentega. Matikan api dan kacau hingga mentega cair sepenuhnya
3.  Masukkan dalam piping beg.


*Buah2an :
Mengikut selera sendiri - anggur hijau, anggur merah, peach, strawberry, kiwi
Potong mengikut citarasa masing2.
**Sebaiknya potong buahan dahulu sebelum mengadun krim kastard kerana kastard cepat membeku dan akan menyukarkan kita meletakkan buah-buahan diatasnya.


**Coklat masakan yang dicairkan guna kaedah double boiler (optional)

Cara Untuk Menghias :
  1. Sapu nipis coklat masakan yang dicairkan terlebih dahulu..ketepikan seketika.
  2. Picitkan adunan kastard ke atas tart crust.
  3. Susun buah2an pilihan.
  4. Glis buah2an dengan piping jelly - supaya nampak berkilat.


Nota :
  1. Untuk adunan kastad, boleh juga menggunakan 4 cawan air sahaja (tanpa menggunakan susu). Dengan ini adunan kastad akan nampak lebih striking / keemasan lagi.
  2. Semasa memicit adunan kastad, boleh juga menggunakan nozel berbentuk bintang.
  3. **Ana pernah cuba guna air sahaja tapi hasilnya agak kurang kena dengan selera, jadi kali in guna susu cair ikut resepi di atas..Alhamdulillah sedap 
  4. Tujuan menyapu coklat cair ke atas crust adalah supaya crust tahan lama tak mudah lemau bila diletakkan adunan krim kastard.


NOTA IZAH: 1/2 ADUNAN KRIM CUKUP UNTUK 50BIJI TART.




Alhamdulillah dah habis pun tart ni sebenarnya, sebab dah buat beberapa hari lepas
Jom tengok gambar dan bagi semangat je untuk yang rajin tu

Fruit Tart Sedap Fruit Tart Sedap Reviewed by Nooriah Abdullah on February 18, 2019 Rating: 5

7 comments