Sunnah Jumaat & Apam Pisang Gebu

Assalamualaikum dan salam jumaat.
Begitu cepat masa berlalu dah bertemu jumaat lagi.
Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan sehari lagi
Dihari jumaat yang mulia ini. Walaupun sebenarnya nikmat sihat dah ditarik sedikit oleh Allah swt. Bersyukurlah kerana mungkin itulah yang terbaik untuk kita supaya lebih menghargai nikmat sihat sebelum ni.
Supaya lebih melipat gandakan amalan yang terlalu sedikit.
Memang banyak yang dusunnahkan kita melakukan
Pada hari jumaat ini, antara nya ada lah

  • Memotong kuku, mencabut bulu ketiak, menggunting misai dan mencukur bulu ari-ari.

  • Bersugi, mandi dan bersihkan diri bagi yang akan menunaikan solat jumaat

  • Memakai wangi-wangian dan meminyakkan rambut

  • Memakai pakaian yang bersih dan cantik, digalakkan berwarna putih.

  • Membaca surah Al-Kahfi pada malam jumaat dan juga siang harinya.

  • Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW

  • Memperbanyakkan amalan kebaikan seperti sedekah.

  • Perbanyakkan berdoa dan bersolat sunat sebelum solat jumaat dan sesudah solat jumaat.

  • Digalakkan datang awal ke masjid dan diam ketika mendengar imam berkhutbah.
   Semoga Segala Amalan Baik Kita Diterima Oleh Allah.
   Allahumma Aamiin.

Berbalik pada resepi hari ni sebenarnya apam pisang tu dah seminggu kot kaknoor buat, tapi belum ada mood nak masukkan dalam blog, itupun anak anak yang tanyakan, mama tak ambik gambar Apam ni?? Macam dah takde mood  nak ambik gambar makanan, kesian kat anak anak jadi mama pun ambik lah gambar apam pisang ni, siapa suka kueh kueh dari pisang lah try sedap anak anak mama suka..

 

Resepi nya kaknoor copy di Fb yang dok viral sekarang ni

Apam Pisang Simple Sukatan Cawan Gebu😍

Bahan-bahan Resepi Apam Pisang Gebu Sukatan Cawan

3/ 4 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
3 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum
1 sdt baking soda
1 sdt baking powder
5 biji pisang berangan@ 10-11bj pisang emas
.
Cara Cara Masak Resepi Apam Pisang Simple Sukatan Cawan

1. Masukkan semua bahan kecuali hirisan pisang ke dalam blender .. kisar hingga sebati..peram adunan selama 30minit..
2. Panaskan air kukusan hingga air mendidih.. api sederhana yer.. sapu minyak pada acuan.. masukkan adunan 3/4 acuan.. letak hirisan pisang.. kukus selama 15- 18minit

Selamat Mencuba 

like & share
Resepi Meletops Malaysia

 

 

 

 

Selamat Mencuba Untuk Semua
Tak rugi mencuba memang SEDAP 😀😊👍


Sunnah Jumaat & Apam Pisang Gebu Sunnah Jumaat & Apam Pisang Gebu Reviewed by Unknown on September 15, 2017 Rating: 5

6 comments

  1. cantik..ada hiasan hirisan pisang..

    ReplyDelete
  2. tergoda pulak dah... pisang dah ade tapi kerajinan tu yang tak datang datang... hihi

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Letak pisang masak yang dah manis dalam tu

    sedapnya

    ReplyDelete
  4. Cutenya apam pisang tu, Kak Noor!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak noor...
    Lama kita xsinggah sini ...sebaik je singgah terus dpt apom...hihi

    ReplyDelete