Apam Nasi Pelangi dan Puasa Hari Tas'ua & Assyura.




ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang untuk semua adik-adik kak Noor
Semoga sihat-sihat saja hendaknya ya di petang yang bahagia ini.



Apam ni sebenarnya dah lama di masak tapi kerana dek kerana terlalu busy-busy dengan macam-macam jadi nya terperuk lah saja dekat draft tu, nasib baiklah bukan apam yang fresh, hanya gambar je, kalau apam yang fresh memang dah berkulat kan...
RESEPI nya masih sama dengan yang di SINI cuma kali ini akak letak dalam loyang yang besar dan tinggi maka nya jadi lah macam yang dalam gambar tu..


OK  Sebelum kak Noor terlupa disini kak Noor nak ingatkan untuk adik-adik dan kak Noor jugak untuk berpuasa ESUK & LUSA.


Salam. Esuk(ari tas'ua) & kamis(ari assyura) marilah kita sama2 insya Allah cuba puasa... Banyak fadhilatnya...😊

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)

“Puasalah kamu pada hari ‘Asyura dan janganlah kamu menyerupai padanya dengan orang Yahudi. Puasalah kamu (dengan puasa ‘Asyura) sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.” (HR. al-Baihaqi dinilaikan sahih oleh as-Suyuthi)



SELAMAT berpuasa untuk sesiapa yang boleh ya dan takde bendera Jepung, dan kalau ada lebihan nasi tu boleh buat apam nasi ni untuk berbuka esuk ya.


Apam Nasi Pelangi dan Puasa Hari Tas'ua & Assyura. Apam Nasi Pelangi dan Puasa Hari Tas'ua & Assyura. Reviewed by Unknown on November 12, 2013 Rating: 5

5 comments

  1. hutang apam beras knoor xjadi bayar (jumaat bila ros free, knoor busy plak. hehe)….esok nak p sembang ilmu @seria tapi dorg dah sound xyah bwk makanan sbb mostly puasa kan. so xtau le bila plak nak hulur apam/kuih bg knoor test. btw cantik bertompok2 apam knoor ni. ceria je

    ReplyDelete
  2. tekstur apam nie cam kek pulak,gebusss....

    ReplyDelete
  3. Kak Noor saya dah ambik resipi apam ni dulu... tapi sampai la ni tak buat-buat pung!

    ReplyDelete
  4. Nmpk lmbut la apm tu kak..kt pun dh lma x mkn apam.

    ReplyDelete