Nasi Ayam Hainan
Assalamualaikum adik-adik blogger
Hari ni mood sikit gumbira walaupun sebenarnya dalam hati ALLAH saja yang tahu
Menjelang hari perkahwinan anakanda yang tinggal kurang lagi seminggu ni
Takde lain yang di harapkan semoga majlis pernikahan anakanda nanti
Akan berjalan lancar dengan izin dan rahmat ALLAH SWT.
Resepi ni kaknoor google dulu sebelum nak buat sebab nak cari yang sedap lah, bila google keluarlah resepi dari AZIE KITCHEN ni, tengok bahan-bahan semua dah ready, jadi kaknoor try lah, tapi kaknoor tukar//tambah itu ini ikut selera family kaknoor yang suka pedas..
Untuk AZIE izinkan kaknoor letak resepi kat blog kaknoor jugak ya untuk rujukan anak-anak dan kawan-kawan diluar sana, terimakasih banyak semoga ALLAH membalas budi baik AZIE.
NASI AYAM HAINAN
BAHAN BAHAN
1 ekor ayam kaknoor guna bahagian paha
kosher salt
4'' halia muda saiz 1/4'' setiap satu
2 batang daun bawang saiz 1" setiap satu
1 sudu kecil sesame oil
UNTUK NASI
2 sudu besar chicken fat atau 2 tbsp vegetable oil
3 ulas bawang putih - cincang
1'' halia muda - cincang
2 cawan beras basuh dan rendam dalam 10 minit
2 cawan air rebusan ayam
1/2 sudu kecil sesame oil
1 sudu kecil kosher salt
UNTUK SOS CILI
1 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sriracha chili sauce
4 cili merah dan sedikit cili padi
4 ulas bawang putih
1'' halia
sedikit garam
Kaknoor tambah sos cili yang menggunakan cilipadi sebab kat rumah selera pedassss, jadinya buat dua jenis sambal, guna cili merah dan cilipadi, bahan lain semuanya sama.
UNTUK SOS AYAM
1 sudu besar minyak garlic
1 sudu kecil sesame oil
5 sudu besar light soya sauce
1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar air rebusan ayam
UNTUK HIASAN
1/4 cawan dark soy sauce
Sedikit daun ketumbar
1 timun
CARA CARA
1. Bersihkan ayam dengan menggosok kulitnya dengan garam luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang kekotoran. Bilas. Lumurkan garam luar dan dalam. Masukkan halia dan batang daun bawang ke dalam ayam. Letakkan ayam ke dalam periuk besar dan isi dengan air setinggi 1 inci menenggelamkan ayam. Panaskan dengan api yang besar sehingga menggelegak. Sebaik memggelegak, perlahankan api bagi air mendidih perlahan selama 30 minit. Cucuk dengan chopstik di bahagian paha untuk melihat samada ayam dah masak.
2. Selepas ayam masak, tutup api, keluarkan dan rendam ayam dalam air ais untuk menyejukkannya dan menghentikan proses ayam dari terus masak. Ini akan menjadikan kulitmya rangup dan isi nya lembut. Buang halia dan daun bawang. Simpan air rebusan untuk kegunaan lain.
3. Untuk memasak nasi: Tos beras yang direndam. Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam, masukkan bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan beras dan goreng sekejap dalam 2 minit. Masukkan minyak sesame dan garam. Masukkan air rebusan ayam dan masaklah dalam periuk elektrik. Jika suka boleh juga letak daun pandan.
4. Sementara nasi masak, keluarkan ayam dari air ais dan lumurkan luar dan dalam dengan minyak sesame. Potong ayam untuk dihidangkan. Atau boleh juga, dipotong dahulu sebelum melumur. Sebelum dihidang, tuang sos ayam ke atas ayam yang dipotong
5. Untuk membuat cili sos: Kisar semua bahan sehingga halus.
6. Untuk membuat sup: Panaskan sup dan masukkan garam dan masukkan bawang goreng atau daun bawang sebagai hiasan.
Hidangkan nasi ayam dengan sos cili, dark soy sauce, hirisan timun dan sup. Letakkan daun ketumbar atas ayam dan sedikit atas nasi.
Yang suka pedas memang bertambah nasi kalau makan dengan sambal nasi ayam cilipadi ni
Sebenarnya nasi ayam hainan ni, Mr Boss yang request mungkin jugak dia bosan, lately kaknoor masak sangat simple dimple sebab dah sibuk macam-macam nak buat, lagipun kalau hati tak tentu arah berfikir itu ini nak masak pun takde mood, tapi bila dah kena request tu baru sedar diri, nampaknya kita tak boleh terlalu memikirkan sangat, biarlah ALLAH yang menentukan segalanya.
SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN MAJLIS PERNIKAHAN ANAKANDA KAKNOOR UJUNG MINGGU NI NANTI
ALLAHUMMA AAMIIN..
Nasi Ayam Hainan
Reviewed by Unknown
on
March 12, 2017
Rating:
fuhhhh... terus lapar di buatnya!!! kak nor post g sabah plz... hhihihihi, berliur tgk
ReplyDeleteTahniah Kak Noor and family. Moga majlis berjalan lancar. Sebelum tu, nak tumpang semulut nasi ayam kakak yang sangat sedap ni...hihihii.
ReplyDeleteSEDAPNYA NOOR..CPT DH SIAP MSK UTK MAKAN THARI..SAPA YG BELUM MSK BOLEH TRY RESEPI NI
ReplyDeleteselamat menerima ahli keluarga baru Kak Noor
ReplyDeletesemoga dipermudahkan segala urusan..
sdpny tgk ns ayam kak noor nih... trs rasa lapo walaupun msh awal pg
ReplyDeleteKak Noor, ni salah satu makanan favret PH tau. Tapi PH jer yang malas nak masak. Anyway, semoga majlis pernikahan anak Kak Noor berjalan lancar. Congratulations!
ReplyDeletekak nor always masak sedap, tengok gambar pun tahu
ReplyDeletewah.. kak noor sedapnya tgk set nasi ayam tu.. lapo erma dibuatnya.. nyum..nyum..
ReplyDeleteTertelan-telan air liur saya kak..
ReplyDeletesedapnya la.. lapar la pula tengok nasi ayam tu
ReplyDeleteSaya suka jugak makan nasi ayam yang ayamnya rebus gitu KN.... Mcm tu rupanya nak masaknya. Leceh jugak nak kena sediakan air sejuk bagai tu KN....
ReplyDeleteOhhh nasi tu kena buh minyak bijan sikit ek. Baru tau