Gajus Rugget

Assalamualaikum adik adik blogger semua! 
Walaupun syawal baru saja berlalu pergi dikesempatan ini
Kaknoor nak jugak memohon jutaan ampon dan maaf
Andai ada salah dan silap samaada sengaja atau tidak
Kita sebagai seorang insan memang tak terlepas dari kesilapan kan! 
Kekangan masa dan faktor kesihatan membuat kaknoor
Menyepi sehingga beberapa purnama..
Alhamdulillah dipetang yang hening ini ada sedikit ruang
Untuk kaknoor berbicara sepatah dua
Dan letakkan resepi Gajus Rugget 
Untuk jajan harian jugak boleh gajus ni atau untuk Raya Aidiladha yang bakal menjelang tiba..
 
 

Memang rangup dan krup krap krup krap gajus ni bila dimakan, pada yang suka kekacang wajib buat ni...

 

Asalnya dari Resepi Kacang Rugget tapi kaknoor gantikan dengan gajus, jadi lah Gajus Rugget 

KACANG RUGGET
Resepi Oleh : Hasue
Rujukan : Aleen Aireish

Bahan-bahan 

500gm kcg tanah Kaknoor gantikan dengan gajus
1 biji telur
1 1/2 inci halia
5 ulas bawang putih
2 cawan tepung beras
2 sudu mkn serbuk cili atau serbuk lada sulah
1 cawan air
2 biji cili merah / cili kering
gula secukup rasa
garam secukup rasa

Mula-mula kita bersihkan kacang dahulu.
Cuci bersih dan toskan airnya hingga kering.

Untuk mencepatkan proses menggoreng kaknoor panggangkan sekejab dalam oven badam dan jagus ni agak-agak separuh  masak baru di salutkan dengan bahan lain. Jadi nya proses menggoreng taklah lama sangat dan kekacang kita gerenti ranggup dan tak lemau.

Lepas tu kita tumbuk atau kisar, bawang putih, halia dan cili 
Ketepikan
Dalam mangkuk yang besar, satukan tepung beras, serbuk cili, garam dan gula secukup rasa, telur dan bahan yang kita kisar tadi
Gaul semua bahan hingga rata.
tambahkan air sedikit demi sedikit, hingga adunan bergaul sempurna
Lepas tu kita masukkan kacang tanah yang kita dah cuci dan toskan tadi
Gaul rata

Panaskan minyak dengan api yang sederhana dan goreng kacang hingga kekuningan dan masak
Kacau senantiasa supaya kacang tak melekat-lekat dan tidak hangus
Bila dah kekuningan angkat dan toskan minyaknya
Simpan kacang di dalam bekas kedap udara.
* ingat ya guna api sederhana, takut nanti luar dah hangus tapi kacang dalam masih tak masak.

 

Kalau kat rumah ramai yang suka pedas jadi untuk resepi kaknoor tambahkan cili flakes dua tiga sudu besar sesuai selera keluarga, yang tak suka pedas cukup lah sekadar cili merah dan cili kering tu ok...

Abaikan jari beso makcik tu ok, biasa lah jari tukang masak memang debab banyakkk...


Gajus Rugget Gajus Rugget Reviewed by Unknown on July 26, 2017 Rating: 5

20 comments

  1. Welcome back Kak Noor! Wah, PH suka makan kacang gajus lagi-lagi kalau yang savory macam ni. Nanti lah, PH nak cuba nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali menjelma PH 😀 masa begitu mencemburui Ph, lepas ni boleh lah try untuk jajan seharian ya..

      Delete
  2. Salam knoor, knoor tak sihat ye? Moga2 dah bertambah baiklah hendaknya.
    Oh, saya ada byk stok kacang tanah lebihan raya aritu, bolela try resepi knoor ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalm warahmatullah Zimah 😀
      Alhamdulillah sekarang dah ok dan kurang sibuk, Allahumma Aamiin diatas doanya Zimah..
      Silakan Zimah memang kacang pun sedap kalau buat macam ni..

      Delete
  3. Selamat kembali kak Noor. (dua kembali tu... kembali berblog dan kembali dari perantauan...) Moga sihat dan ceria setelah travel jauh ke Nottingham, UK beberapa minggu sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhamdulillah Sweetie, mood berblog ni kadang datang dan pergi dan susah nak kejar lagi kalau dah pergi jauh..
      Itulah Sweetie, dengan jetlag lagi, terpaksa kuatkan hati jugak sebab nak sempatkan anakanda ni untuk berhariraya di Brunei, sabo je lah

      Delete
  4. Selamat Hari Raya kak noor.
    Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syawal dah habis Ain hehe
      Tapi boleh saja bermaafan kan..

      Delete
  5. rindunya ngn k noor, lama betul menyepi....

    sedap nengok gajus akak tuh, compom tak benti ngunyah nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu ke Dana huhu terharu kaknoor lah :(
      masa kadangkala tak mengizinkan Dana lagipun dah tak muda ni banyak masa dihabiskan pada benda lain yang lebih sesuai utk orang veteren ni hehee

      lepas ni boleh lah Dana try memang compom habis sebalang

      Delete
  6. Assalamualaikum Wrmbth

    Apa khabar kak noor. Selamat pagi khamis

    Sedapnya kacang gajus masak rangup rangup macam ni

    Letak pula dengan daun kari

    wow

    bau dia mesti naik

    hehe.

    Gajus ni banyak khasiatnya.

    Ini antara khasiat kacang gajus yang maznee jumpa

    Khasiat gajus

    Walaupun gajus adalah salah satu daripada kacang yang paling rendah serat, ia penuh dengan vitamin, mineral dan antioksidan.

    Ini termasuk vitamin E, K, dan B6, bersama-sama dengan mineral seperti tembaga, fosforus, zink, magnesium, besi, dan selenium, yang semuanya penting untuk mengekalkan fungsi tubuh yang baik.

    gajus adalah berkhasiat lebih kurang sama dengan kacang lain dan tinggi dalam lemak (sekitar 50 peratus), kaya dengan vitamin E dan sumber yang baik daripada mineral, terutamanya magnesium dan zink.

    Walaupun lemak yang tinggi, semua kacang disenaraikan tinggi kerana lemak tak tepu yang sihat.

    Lemak sihat ni makanan untuk minda.

    Tapi tak tahulah lepas masak tu khasiatnya masih sama atau tak. Sebab lemak tak tepu ni biasanya sensitif dengan susu

    Elok makan mentah saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumuslam warahmatullah wabarakatuuh Mazni
      alhamdulillah sihat adanya buat masa ni
      tak tau lah esuk lusa kalau Allah tarik balik nikmat sihat tu
      tapi harapnya tidak lah sebab kalau kita sakit sikit pun dah rasa tak selesa nak buat apa pun kan..

      terimakasih Mazni berkongsi khasiat gajus tu
      Memang banyak kan khasiat tu tapi bila dah di goreng macam ni
      entah lah masih ade ke khasiat segala tu...

      Delete
  7. ASSALAM NOR SDP KRUP KRAP KUNYAH GAJUS RUGGET TU...SLMT KMBALI BLOGGIG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumuslam Warahmatullah P
      Alhamdulillah P sementara masih ada mood ni
      Mudahan berpanjangan lah mood berblogging semula ni datang hee

      P sihat ke !!
      Salut lah pada P yang masih bertahan dengan blogging ni, teruslah berkarya ya semoga menjadi contoh untuk anak anak muda sekarang ni segala apa yang P kongsikan..

      Delete
  8. Lamanya tak baca entry Kak Noor...sedapnya...SA nak buat tapi kena tunggu pindah rumah lain lagi..rumah sewa yang ni tak selesa..nak masak pun tak de kemudahan yang lengkap

    ReplyDelete
    Replies
    1. AS. kaknoor ni tenggelam timbul kekadang mood takde terus menyepi
      Alhamdulillah skrg ni dah ok sikit kot boleh lah mengupdate blog lagi
      terimakasih AS kerana masih merindui kaknoor hehe
      ohh nak pindah rumah ke ni AS?

      Delete
  9. Singgah blog Noor memang tak mengecewakan..ada saja resepi baru untuk di cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih KY
      lepas ni try lah mesti laris kalau KY yang buat..

      Delete
  10. macam best je nih boleh cuba nanti,anak2 mesti suka

    ReplyDelete
  11. Aduiiiyai....mmg betul betul ruggerd ni kalau kacang bertukar jenis. Dahlah gajus ni mmg sedap, dimekap tambah itu ini bertambahlah sedapnya

    ReplyDelete