Bubur Asyura Versi Utara Yang Manith Dan Sedap


Assalamualaikum dan salam jumaat.
Alhamdulillah berkesempatan lagi bersiaran di blog yang usang ni.
Hari ni ada sedikit kerajinan nak buat bubur Asyura ni..
Sebenarnya plan awal ada kawan anak-anak ni nak datang kerumah
Disamping makanan yang lain kaknoor nak buatkan Asyura ni, tapi last update tak jadi datang
Disebabkan bahan dah di beli jadi buatkan lah jugak untuk makanan sendiri 
Dan sedekah pada siapa yang sudi, sebab Asyura ni memang susah kalau nak buat sedikit.
Biasa nya mesti jadi banyak sebab bahan nya pun memang banyak gilee ni kan
Itupun kaknoor shortcut jugak tak letak sagu, kacang goreng, kacang kuda dan lain lain.

Sebenarnya Bubur Asyura ni bukan lah semestinya kita buat dalam bulan Muharram seperti kepercayaan orang orang terdahulu, bila bila masa pun kita boleh menikmati nya asalkan rajin mengolah "kebanyak songehan" Asyura ni, sebulan yang lepas pun kaknoor dah buat Asyura ni tapi tak sempat nak ambik gambar pun dah licin hehe..



BUBUR ASYURA VERSI KAK NOOR (UTARA MARI)

Bahan nya

1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1 tin susu cair ( takde dalam gambar sebab terlupa hehe..)
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 keping gula Melaka
3/4 cawan gula putih ( boleh tambah jika nak lebih manis )
1 cawan kacang hijau
1 cawan kacang merah atau kidney bean
4-5 biji keledek oren atau kuning
15 biji pisang emas ( nak lebih pun boleh )
2 tin jagung ( Kaknoor suka jagung jadi suka letak banyak, 1 tin pun ok jugak )
3-4 helai daun pandan
sedikit garam

Cara nya

~  Masak gula Melaka dan gula putih dengan 1 cawan air  hingga hancur dan tapis dan ketepikan.
~  Rebus kidney bean, kacang hijau, keledek secara berasingan (maktok masuk dalam noxxa je )
~  Untuk kacangan tu dalam  HP 7 minit dah lembut
~  Keledek selepas di potong  1x 1/2 inci  HP 3 minit Alhamdulillah dah ok.
~  Pisang emas di potong kecil.
~  Kisarkan tepung beras dan tepung jagung dalam blender bersama susu cair sehingga bersatu.
~  Dalam kuali besar masukkan campuran tepung, santan, air gula, pandan dan sedikit garam
~  Masak dengan api yang sederhana sehingga pekat dan berkilat
~  Kecilkan api dan masukkan kacangan, keledek, pisang dan akhir sekali jagung.
~  Kalau terlalu pekat boleh lah tambah sedikit air, ikut lah kepekatan masing masing
~  Bagi kaknoor suka yang agak lembut yang boleh dimakan dengan sudu.
~  Pindahkan lah ke loyang atau mana yang suka, kalau kaknoor suka letak bekas kecil
~  Kalau bekas kecil tak payah nak potong ke apa lagi, simpan petiais nak makan hanya keluarkan
~  Nak bagi orang pun senang sebab dah ready dalam bekas kecil macam tu..





Banyak kan bahan untuk bubur Asyura ni, ini pun ada yang terlupa nak snap dan kaknoor tak letak jugak sebab malas dah nak gi beli..




Setelah dimasukkan semua bahan bahan dalam kuali besau, macam macam warna ada kan..



Tambah lagi bahan kegemaran kaknoor jagung lagi lah berwarna warni Asyura ni..




Tujuan asal nak sedekah kat rakan anak kaknoor, maka nya di letakkan dalam bekas macam ni, tapi last minute cancel jadi letak jugak lah dalam bekas ni supaya senang nak bagi jiran jiran nanti..




Alhamdulillah dah boleh menikmati Asyura versi utara ni, tapi versi selatan lain sikit kan!! kabarnya agak berempah sikit, tapi sejujurnya kaknoor belum pernah rasa versi selatan ni, sebab dah orang belah utara mestilah dok makan yang utara saja...



Bubur Asyura Versi Utara Yang Manith Dan Sedap Bubur Asyura Versi Utara Yang Manith Dan Sedap Reviewed by Unknown on October 13, 2017 Rating: 5

10 comments

  1. Kak Noor bubur asyura versi selatan kalau tak silap macam bubur lambuk, yang letak banyak pucuk-pucuk kayu atau ulam.
    Versi kelantan pun pernah makan letak daging dan rasa rempah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaknoor tak pernah makan yang versi selatan dan kelantan, mungkin suatu hari nanti, so far memang suka yang versi utara lah manithh

      Delete
  2. nampak sedap, walaupun sy menantu orang utara tapi tak pernah lagi merasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi Seri tak pernah rasa mai pah Brunei nak bgi rasa jom

      Delete
  3. Meriah asyura kak Noor
    Nampak sedap

    ReplyDelete
  4. Amboi meriahnya buboq asyura tu maktok... Sy pun dah buat juga k.noor, saja nak mencuba. Alhamdulillah menjadilah juga :)

    ReplyDelete
  5. Nak makan mesti pah meriah Hazel, nak bagi sedap dan meriah..

    ReplyDelete
  6. Sedapth ni Kak Noor! Warna-warni pulak. Pasti makan bertambah-tambah dessert ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bertambah ni PH ni tak caya kena buat sendiri lah

      Delete