Ribbon Wantan Mudah Sedap Cantik Pulak Tu
ASSALAMUALAIKUM
Salam sejahtera untuk semua nya adik adik kaknoor yang masih sudi singgah disini
ALHAMDULILLAH masih di beri kesempatan untuk ke udara hari ni
Resepi hari ni tersangat lah mudah nya, yang kadang kita tak terfikir jugak.
Semalam jenjalan di Pinterest ternampak resepi ni, kebetulan dah ada wantan, jadi terus lah hari ni merajinkan diri, agak lambat jugak membuat tapi senang dan sedap, boleh lah try nanti ya..
Kita yang perlukan 4 bahan sahaja
Kulit wantan secukup nya
Sosej terpulang lah nak ayam ke daging
Minyak untuk menggoreng
Sos pilihan lah nak pedas ke manis
Cara nak buat pun mudah sangat
Potong sosej bulat agak agak dalam 1/2 inci, kemudian lubangkan dengan menggunakan straw besar yang agak keras tu, lubangkan lah secukupnya sosej tu. Kemudian ambik sekeping wantan, lipat macam kipas, jangan besar sangat lipat agak agak dapat masuk dalam lubang sosej kita tadi. Buatlah sehingga habis wantan dan sosej. Lepas tu gorenglah sehingga kekuningan. Sediakan sos pilihan dan yeyyy dan boleh menikmati nya panas panas....
MUDAH DAN SEDAP MESTI CUBA NI BUAT KUDAPAN
Cantik kan riben tu, gerenti sekejab je licin ni
Sos ni campuran tiga sos, sos Thailand extra hot, sos ABC jugak extra hot dan sos Maggi
Terpulang pada pelanggan yang nak makan gabungan sos kegemaran..
Membuatnya agak lambat, tapi bila makan nya aduhhh tak sampai 5 minit dah habis sepiring ni, boleh cuba mesti nak berkali kali...
Ribbon Wantan Mudah Sedap Cantik Pulak Tu
Reviewed by Unknown
on
October 18, 2017
Rating:
Wah, bergeliga daya kreatif Kak Noor! Cantik pulak ribbon2 ni. Sesuai dibuat sebagai appetizer atau snak kalau ada majlis jamuan.
ReplyDeletehahaha kan PH pun boleh buat maaa senang sangat ni
DeleteMenarik ni maktok. Nak buat lah nanti hehe...
ReplyDeleteMenarik ni maktok. Nak buat lah nanti hehe...
ReplyDeleteanak anak mesti suka ni Hazel boleh try esuk lusa
DeleteSO SWEETTTTTT..
ReplyDeleteI LIKE.....
MUST TRY...
Muah3 aunty Noor....4 sharing...
ur welcome cella
Deletewajib tu try kan rugi tak rasa benda sedap ni