Sambal Kuini Style Kak Noor
ASSALAMUALAIKUM dan salam manis tanpa gula dari kaknoor untuk semua pengunjung blog kaknoor yang seadanya ini, hari ni kaknoor nak kongsikan resepi yang sangat simple, rasa nya ramai pun yang dah tau tapi rasa nya setiap orang tak sama cara persembahan sambal kuini ini, mengikut citarasa sendiri, kalau style kak noor nak ada masin2 sikit dengan ikan bilis goreng kat atas, memang sedap lah tak lah terasa lembik dengan kuini ada jugak dapat di gigit dengan bilis tu kan hahaha, selamat mencuba untuk yang sudi ya..
BAHANNYA
2 biji buah kuini masak
7 biji cilipadi merah dan hijau
1 sudu kecil belacan bakar
2 sudu besar ikan bilis goreng
garam dan gula secukupnya
CARANYA
1. Buah kuini di kupas dan di potong kecil.
2. Tumbuk cilipadi dan belacan bakar sehingga lumat atau pecah2 saja pun ok.
3. Gaulkan buah kuini dan cili tumbuk, tambahkan dengan garam dan gula sehingga sesuai rasa nya.
4. Masukan dalam pinggan dan taburkan dengan ikan bilis goreng.
5. Sedia untuk dihidangkan.
KALAU takde kuini mangga yang sedang2 masak pun ok jugak di buat macam ni, cuma nya kurang wangi sikit lah, kalau kuini serumah pun dah wangi, ok lah ya selamat malam dan selamat bercuti untuk Malaysian sebab dah cuti sekolah, bagi kami kat Brunei ni belum cuti lagi, jadi aktiviti masih macam biasa lah...
Sambal Kuini Style Kak Noor
Reviewed by Unknown
on
May 31, 2014
Rating:
Assalamualaikum Kak Noor..
ReplyDeleteSedap nih sambal kuini..makan dgn nasi panas2 kan..fuhhh..
Salam Bahagia Kak Noor,
ReplyDeleteKebetulan pula di kebun mini kami musim buah kuini sekarang. Bolehlah cuba resepi Kak Noor letak ikan bilis. Ikan bilis segar dari kimanis kebetulan mama kami ada kirimkan. Thank you for sharing.