Ubikayu Kukus Traffic Light Entri Tertinggal...


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam jumaat untuk semua nya.
Malam jumaat seperti biasa nya, selepas lakukan yang wajib dan sunat pasti nak menjenguh rumah ke3 ni haha, pertama of coz rumah reality kita kan, kedua rumah fb, ketiga rumah blog dan ke empat rumah ig, hahhaha berapa banyak rumah daaaaa.., kadang-kadang sampai tak terkejar kalau nak masuk semua rumah2 tu, naik semput juga maktok ni..

Resepi ni dah lama jugak akak buat ingat minggu lepas kot, yalah macam-macam tugas dok menunggu hari-hari jadi nak tulis entri blog pun asyik tertangguh saja, malam ni dapatlah langsaikan tulis resepi ni, walaupun sebenarnya makanan nya dah takde..







UBIKAYU KUKUS TRAFFIC LIGHT

Bahan nya
1  1/2 cawan ubikayu yang sudah di parut, perahkan air nya.
1 peket santan serbuk
1/2 cawan gula atau 3/4 cawan gula merah
3 sudu tepung ubi
1 sudu margerin
secubit garam
kelapa parut secukupnya
pewarna merah kuning dan hijau


Cara nya
1.  Masukan semua bahan dalam besen besar kecuali kelapa parut, gaul sebati.
2.  Untuk lebih halus boleh jugak di kisar semua bahan tu.
3.  Bahagikan kepada 3 bahagian, warna kan.
4.  Lengserkan dulang dengan margerin, dan tuangkan setiap warna di dalam nya.
5.  Panaskan kukusan dan kukuslah sehingga masak lebihkurang 20 - 30 minit.
6.  Sejukan dan potong gaulkan dengan kelapa .
7.  Pastikan kelapa dah di campur sedikit garam.
8.  Hidangkan sangat sedap dimakan bersama dengan secawan nescafee kaw kaw.



SELAMAT MENCUBA PADA ADIK-ADIK YANG BELUM PERNAH BUAT.
YANG DAH BUAT DAN MAKAN MEMANG NAK BUAT LAGI KAN.

SALAM JUMAAT SEMUA NYA YAAA...

Ubikayu Kukus Traffic Light Entri Tertinggal... Ubikayu Kukus Traffic Light  Entri Tertinggal... Reviewed by Unknown on May 22, 2014 Rating: 5

7 comments

  1. warna yg pelbagai pon dah menarik minat orang nak makan

    ReplyDelete
  2. buat bagi cepat je hilang dari pinggan ni Aini...

    ReplyDelete
  3. Betul Nor, sekali buat terasa nak makan lagi dan lagi....sampai jemu nanti.

    ReplyDelete
  4. Assalam kak nor
    Sy ni pantang nmpk resepi ubikayu memang terliur punya he hee cantik warnawarni
    Tqqq kak share resepi.... ni harus cubaaaa
    Sabtu kena cari ubikayu kat pasar

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaa... dh lama tak makan ubi kayu

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Noor..

    tqvm sis..baru dpt resipi ubi kukus traffic light..nnt nk try sbb skrg ubi byk, disebbkn angin rebut ubi tumbang...

    ReplyDelete
  7. assalam kak noor..

    sangat2 menarik dan colorful..teringin juga mau try buat nanti..

    ReplyDelete