Terimakasih Kak Paridah Ishak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya
Khusus buat rakan-rakan blogger kesayangan hamba
Buat masa ni memang langsung takde idea untuk menulis
Apa lagi nak ambil gambar makanan yang dimasak
Huhu entahlah mood masih tertinggal di Mekah kot
Atau masih tersangkut kat Madinah ?

 

Sesampai saja dirumah hari tu sibuk anak-anak memberitahu  ada kawan mama hantar buku, terus tunjuk buku yang kak Paridah bagi ni, terimakasih banyak kak Paridah kerana susah payah menghantar buku ni,  IN SHAA ALLAH lepas ni akan cuba membaca dan memahami isi sajak-sajak tu, sebab saya ni sebenarnya taklah reti sangat pun bersajak-sajak ni...

 

Kalau kak Paridah membaca tulisan sila lah bagi jugak alamat nya supaya boleh kita bertukar cenderahati, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa, jadi jangan lupa alamat nya !! Hehe..

 

Inilah kak Paridah yang ikhlas memberi buku ni, semoga Allah permudahkan urusan mu wahai kak Paridah ya, sebak hati melihat keikhlasan kak Paridah dan semasa menulis ni pun hujan turun tak disangka-sangka 😭😭Semoga Allah membalas kebaikan kak Paridah ya, sorry jugak sebab ambik masa yang lama untuk menulis dan buat entry dari kak Paridah ni.

 

Pada yang lain yang nak memiliki buku ni, ini lah dia gambar luar cover buku tu, memang banyak sajak-sajak menarik dalam ni, bolehlah dibaca buat santapan jiwa. 
Terdapat sebanyak 279 sajak dalam buku ni 
Rugi siapa yang tak dapat memiliki nya
Terutama pada yang ada anak-anak yang masih sekolah
Berguna sangat ni untuk memahirkan bahasa kan..

Sekali lagi terimakasih untuk kak Paridah ya hanya Allah saja yang membalas budi baik kak P...


Terimakasih Kak Paridah Ishak Terimakasih Kak Paridah Ishak Reviewed by Unknown on February 09, 2017 Rating: 5

13 comments

  1. Siapa yg tak kenal Kak Paridah ni
    Nukilannya cantik dan terkesan
    Dlm keadaan menggunakan satu tangan mampu lagi berkarya
    Kakak memang kagum dengan kebolehannya..

    ReplyDelete
  2. SA suka sajak..dah lama tinggalkan dunia sastera...

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat, menyinggah bila ada sedikit kelapangan. Lama tak menerjah. X sempat nak kejar N3 tp ingatan tetap ada ! wah mmg rezeki tu

    ReplyDelete
  4. Bestnya Kak Noor dapat hadiah buku. PH ni bab sajak2 kurang sket. Masa sekolah dulu kalau topik sajak, selalu salah interpretasi sebab tak faham bahasa berbunga-bunga.

    ReplyDelete
  5. seronoknya dapat hadiahkan.. semoga ukhwah sentiasa terjaga..
    kalau ke Brunei, nak gak merasa air tangan kaknoor ni.

    ReplyDelete
  6. Tahniah kpd PI yang menghasilkan buku sajak2...semoga silatulrahim berpanjangan

    ReplyDelete
  7. Wah dah terima ya noor tksh menyukainya siap ada n3 lagi. bacalah kalau ada masa senggang.

    ReplyDelete
  8. tahniah kak PI, best kak noor dapat buku

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.. tahniah kak PI yang telah berjaya menghasilkan buku sajak tu. semoga silaturahim yang terjalin itu terus berpanjangan. aamiin

    ReplyDelete
  10. Lepas ni KN bolehlah memasak sambil baca sajak ek hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah syok bersajak tu jangan lupa pulak buh garam tau haha

      Delete