Malasnya Nak Menulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah dah tiga hari sampai kerumah
Home Sweet Home kata mat saleh
Tapi mood nak menulis blog masih belum sampai lagi
Mungkin dek kerana keletihan dan kelesuan kot
Nak kena tunggu mood baru lagi ni
Jadi jom lah layan gambar - gambar saki baki diMekah dan Madinah ya.
Semoga Allah menjemput lagi tahun depan selagi ada kesempatan dan kesihatan ni
Tak puas rasa nya duduk kat sana
Tapi apakan daya kan huhu 😩😩😩

 

Seawal jam 4 pagi sudah bertolak kemasjidil haram 
Nampak tak bulan sabit tu alahaiii rindu bertandang lagi

 

Bacaan AL QURAN dari Brunei dah baca sedikit, sampai ke Madinah ingat nak khatam disana, tapi Allah dah tentukan khatam dimasjidil haram ni Alhamdulillah bersyukur sangat dapat membaca dan khatam dalam masjid ni kerana ganjaran pahala nya 100,000 kali setiap kebaikan yang kita lakukan,  MAASYA ALLAH begitu pemurahnya ALLAH pada hamba nya 

 

Semasa sedang menunggu waktu solat, jemaah belum ramai, kaknoor memang suka datang awal supaya dapat tempat, kaknoor tak suka kalau datang lambat kita susah nak dapat tempat kadangkala dapat menyakitkan hati jemaah lain sebab terpaksa bersempit-sempit biarlah kita solat dengan redho Allah dan redho jemaah sekeliling kita jugak kan.

 

Antara dessert yang disediakan oleh pihak hotel 
Makan tak boleh memilih sangat apa yg disediakan layan je
Alhamdulillah tak lapar lah hehe

 

Alhamdulillah bersyukur diatas apa yang disediakan. 

 

Alhamdulillah jika ada waktu dan usia mohon ALLAH jemput lagi setiap tahun ameen ya robbal alameenn 

Malasnya Nak Menulis Malasnya Nak Menulis Reviewed by Unknown on January 31, 2017 Rating: 5

43 comments

  1. Ameen..moga PC sekeluarga berpeluang untuk ke sana juga kak satu hari nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah PC doa yang baik baik mudahan ALLAH KABULKAN

      Delete
  2. Di mata kakcik, makanan yang dihidangkan itu agak mewah juga...

    Terbayang-bayang suasana waktu di sana. Entah bila berpeluang lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahamdulillah kakcik kadang kita ni kan tak reti nak bersyukur
      Semoga kakcik berpeluang lagi kesana ya kakcik
      ALLAHUMMA AAMIIN

      Delete
  3. Alhamdulillah..kak noor dah selamat sampai...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..kak noor dah selamat sampai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Ogy sampai dan balik dan kalau berpeluang nak kesana lagi
      IN SHAA ALLAH

      Delete
  5. Moga saya dijemput menjadi tetamuNya juga Kak...

    ReplyDelete
  6. Aamiin...sy pon bharap dijemput skali lg ke sana. Kali ni nk pergi bsama2 mak & suami...Insyaallah

    ReplyDelete
  7. Aamiin...
    Semoga impian CH kesana satu keluarga tercapai jua hendaknya..
    Rindu dgn haramain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALLAHUMMA AAMIIN CH
      Siapa tak rindu kan dengan haramain walaupun beberapa kali tetap saja mau lagi dan lagi
      Subhanallah

      Delete
  8. Moga saya juga dijemput ke sana juga

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..semoga kita semua diberi peluang utk kesana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah Kam tak lama lagi kalau diizinkan kesana lagi
      Semoga Allah panjangkan umur ini

      Delete
  10. amin.. sedap nampaknya juadah kak noor tu.. lelebih lagi tengah tghari ni.. heheh..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah Kak Noor selamat pulang dari menunaikan ibadah Umrah. Muga cepat segar tenaga dan boleh mula berblog semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Maklong sekarang dah ok tapi mood blogging masih lagi kelaut

      Delete
  12. Saya pun rindu dan teringinnnn sangat nak kesana, tapi belum kesampaian lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah Sweetie suatu hari nanti pasti akan sampai jugak kesana
      ALLAHUMMA AAMIIN

      Delete
  13. Alhamdulillah, selamat smp ke tanah air semula ya knoor, in shaa Allah ada rezeki ada lagi kesempatan ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sHAA aLLAH Zimah semoga Allah panjangkan usia ini untuk kesana selalu
      Allahumma Aamiin

      Delete
  14. Kak Noor, selamat kembali ke rumah :) Tak apa, rehat dulu. Bila dah bertenaga dan ada mood barulah Kak Noor cerita panjang2, ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya macam nak rehat lama je PH bila dah mula stop nak mula tu beratttt sangat

      Delete
  15. Amin..semoga dimakbulkan semua hajat kita..amin..

    ReplyDelete
  16. TAK BOLEH komplen...nanti semua tak ada selera nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. KANNN NIEDA heee
      terima seadanya apa yang dihidangkan itu lah rezeki kita sebenarnya

      Delete
  17. jgnla mls2 kak noor... share lah cite kt sana... mesti besst

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah akan dtg nanti kaknoor share kan ya
      mohon Allah panjangkan usia dan masih kuat ingatan ni nak bercerita

      Delete
  18. Replies
    1. itulah Mie pelan2 sampai dah tak ingat langsung nak cerita lagi

      Delete
  19. Replies
    1. jazakallahu khairan Wa
      rindu serindu nya nak kesana lagi dan lagi

      Delete
  20. Bila tengok gambar-gambar KakNoor terus rindu teringat nak sandar-sandar kat tiang yg sejuk tu KakNoor. Sungguh memang tak ada keseronokan yg setanding ketika di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kakzakie kan memang seronok sangat
      kalau boleh nak setiap bulan tapi apakan daya kita ni jauh
      kalau kita ni tinggal sebelah sana tu memang setiap minggu datang umrah

      Delete
  21. Alhamdulillah kak noor.. saya pun berharap dapat menjejakkan kaki ke sana satu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALLAHUMMA AAMIIN Eyda
      semoga Allah makbulkan doa kita semua

      Delete
  22. Bilalah agaknya saya dan family dijemput ke sini pulak...
    Makanan dia pun nampak sedap tu KN. Kalau saya mau makan tak hingat tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang kan kita ni tak reti bersyukur Nom
      Sebenarnya itu lah rezeki kita masa disana tak boleh nak komplen sangat
      In Shaa Allah Anom pasti di jemput jugak suatu hari nanti

      Delete