Masak Tempoyak Petai Pucukubi


Assalamua'laikum warahmatullah
Alhamdulillah malam ni bekesempatan berada di ruangan ini
Sebenarnya Masak Tempoyak Petai dah lama masak
Dah habis pun makan dan buang hehee
Cuma masa tak mengizinkan untuk update masa buat tu
Tapi kali ni agak ringkas sebab kak Noor masak tak lengkap sangat macam dalam resepi tu
Kak Noor hanya menggunakan Pucuk Ubi dan Petai sahaja, yang lain tu takde hehe
Tapi masih sedap di gandingkan dengan lebihan nasi biryani tu..





BAHAN NYA
1 ikat pucuk ubi dibersihkan di potong kasar
10 - 15 tangkai pucuk kadok jugak di potong kasar
5 helai pucuk mengkudu yang muda dipotong kasar
2 papan petai di ambil isi
3 - 4 biji terung ulam di hiris kecil
4 helai daun kunyit di hiris kecil
Semua daun-daun tadi di rebus sehingga mendidih dan tos kan.

SEDIKIT TIPS
1.  Daun mengkudu tak boleh banyak sebab bila di rebus mengkudu akan jadi hitam jadi sayur kita tak cantik nanti.

2.  Pucuk labu jika ada boleh jugak di masukkan dalam masak lemak ni, pucuk kadok dan mengkudu kalau takde boleh guna pucuk ubi saja pun ok.

3.  Sebenarnya masak lemak tempoyak pucuk kayu ni memang tak guna bawang tau, jangan terkejut pulak atau cakap kaknoor lupa nak letak ke!!


BAHAN KISAR
20 biji cilipadi *nak lebih atau kurang terpulang selera lah
3 batang serai
1/2 cawan ikan bilis atau agak-agak segenggam
2 inci kunyit hidup

BAHAN LAIN
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
5 sudu besar tempoyak
1 keping asam keping
sedikit garam dan gula untuk perasa

CARA NYA
1.  Masukkan bahan kisar dalam periuk dengan sedikit air dan masaklah sehingga mendidih.
2.  Masukkan santan, semua jenis pucuk, terung, tempoyak, asam keping masak dengan api perlahan.
3.  Selalu kacau biar semua nya masak sama rata dan jangan lupa masukkan petai ya..
4.  Bila sudah mendidih masukkan garam dan sedikit gula, jika perlu tambah air pada yang suka cair.
5.  Jika suka lebih pekat masaklah sehingga kering air dan santan nya tu.
6.  Akhir nya taburkan daun kunyit yang telah dihiris halus.
7.  Dah cukup rasa boleh lah di hidangkan dengan nasi putih panas, memang tak nampak mertua lalu ni hahaha..




Resepi asal memang agak banyak menggunakan bahan, tetapi kalau tetiba teringin nak makan tapi bahan tak cukup, hati meronta nak jugak, jadi apa yang ada lah kaknoor masukkan, pandai-pandai kurangkan lah bahan tumbuk nya tu ya..




Kali ni Kak Noor hanya menggunakan pucuk ubi dan petai  sahaja sebab dah nampak macam sedap bila di gandingkan dengan lebihan nasi biryani jugak homemade tau..




Kalau ada yang tak suka petai boleh saja lupakan ya
Just letak pucuk ubi atau daun-daun fav sendiri..
Tapi jangan lupa cilipadi ya baru kick sikit




Ini selera orang veteren lah, orang muda mungkin tak pandang benda macam ni
Orang veteren dah jemu makan ayam daging dan sewaktu dengan nya
Jadi bila makan daun-daun macam ni memang terlebih sedap rasa nya...


Masak Tempoyak Petai Pucukubi Masak Tempoyak Petai Pucukubi Reviewed by Unknown on December 13, 2017 Rating: 5

26 comments

  1. Replies
    1. Kan PC petai ni busuk busuk pun ramai peminat jugak kan

      Delete
  2. ok tgk kejap2 je kak noor..el puasa ganti hari ni
    hahahaha...terliooo

    ReplyDelete
  3. ni masakan paling favvv sangat kan kakk.. klu kite masak ni..x payah ade lauk lain dah...klu nak tambah pun, ikan goreng jer..hehehe or ikan masin...perghhhhhhhhhh layan sampai ke syurgaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui tu JUls fav orang veteren macam akak ni jugak lauk lain mmg tak pandang dah ni kalau ada yang ni

      Delete
  4. mmg nampak sedap nengok petai beso2 ngn segala pucuk2 tuh... mkn ngn nasi pns sedap tu kak... mau tak sedar tau2 dh tambah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sngt Dana nasi panas ke sejuk ke kalau dengan masak macam ni memang layan je

      Delete
  5. sedapnya masak tempoyak pucuk ubi noor terbau sampai sini...terliur sudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha terbau sampai seberang lautan ke ni P magic sungguh lah kan masak tempoyak ni

      Delete
  6. Replies
    1. petai tu lah yang buat terangkat sangat tu Rai kan..

      Delete
  7. Woah, Makcik Noyah memang hebat dan pakar dalam masakan. Ni rare sebab kami pun tak pernah masak tempoyak petai dengan pucuk ubi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti cuba lah Nor yang rare macam ni memang sedappp oooo kan
      kita yang buat dia boleh saja campur apa pucuk ubi kadok ka pendekata apa saja yang terlintas lah

      Delete
  8. Salam KakNoor,

    Lama tak singgah sini sebab kemalasan menimpa diri saya ^_^

    Nasib baiklah saya tak makan petai mahu pun pucuk ubi, KakNoor. Kalau tidak, mahu meronta-ronta perut kelaparan tengok resepi ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa'laikumuslam MD
      memang dah agak MD memang tak makan petai, dari nama pun dah tau hahaha
      kalau resepi burger mesti meronta ni kan

      Delete
  9. fuhh sedap nya kak nor! boleh terangkat lagi2 makan dgn nasi panas.=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun Aina terangkat angkat ni selagi tak habis memang payah nak bangun hehe

      Delete
  10. Musim durian kat Brunei ke Kak Noor...
    Meleleh tengok tempoyak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah bermusim sekarnag ni Diana
      jom datang sini jom hehe

      Delete
  11. Sedap ni, Kak Noor! Dah lama PH tak makan petai atau tempoyak. Tahun ni sikit tak rasa durian sebab terlalu mahal. Haiz...semoga tahun depan ada chance hee..hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH pun makan jugak ke petai dan tempoyak ingatkan tak makan benda2 ni
      kalau mahai makan sesekali je PH oklah tu

      Delete
  12. adudu tempting nya. kalau dapat ni x perasan dah mertua lalu belakang hehe

    ReplyDelete