Nutella Banana Swirl Muffins
ASSALAMUALAIKUM
Salam jumaat pada semua nya.
ALHAMDULILLAH dengan izin ALLAH dapat lah bersiaran hari ni
RASA NYA resepi hari ni adalah yang terakhir untuk tahun 2017 kot
Tak lama lagi kita dah nak masuk tahun 2018
Umur dah semakin banyak, amalan terasa macam kurang je kan
Semoga ALLAH kurniakan kesihatan yang berpanjangan
Supaya dapatlah berbuat sedikit amalan yang mana ketinggalan zaman dulu-dulu tu kan...
ALLAHUMMA AAMIIN..
Hari ni kaknoor nak kongsikan resepi muffin mudah je pun asalkan ada pisang dan nutella
Sebab bahan lain rasa nya memang dah sentiasa ada kat rumah kan!!
Lebihan pisang ni sebenarnya, dah buat cucur pisang cheese segala tapi belum jugak habis nya
Cari punya cari punya cari terjumpa resepi ni kat Pinterest macam senang jugak
Jadi kaknoor try lah dan Alhamdulillah memang sedap..
Boleh lah cuba pada yang suka muffin ok..
BAHANNYA
2cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
4 biji pisang sederhana besar di kisar
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan gula perang
1 biji telur A
1/4 cawan minyak sayur
2 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan kacang pecans
Nutella
*kacang pecans kaknoor ganti dengan chocolate chips
CARA NYA
Panaskan oven 350'F atau lebihkurang 160'C atau ikut kepanasan oven masing-masing.
Dalam mangkok sederhana ayak tepung, baking soda, baking powder dan garam, kacau rata dan ketepikan.
Dalam bekas lain, masukkan pisang, gula putih dan perang,telur, minyak dan esen vanilla, putar perlahan dengan mixer dan kemudian masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sehingga habis campuiran tepung.
Masukkan pecans atau chocolate chips, kacau sehingga sebati.
Sediakan muffin tin, sapukan sedikit planta atau mentega atau boleh jugak gunakan cup kertas.
Sudukan 3/4 saja dalam setiap muffin tins tu..
Kemudian sudukan 1 sudu kecil nutella di atas nya, dan lorek lah dengan menggunakan toothpick.
Buatlah ikut kreativiti sendiri ya nak lorek macamana pun asalkan cantik hehe..
Bakarlah didalam oven yang telah dipanaskan tadi selama 15-17 minit sehingga bila kita masukkan toothpick ia nya tak melekat dan bersih.
Bila dah masak boleh lah di keluarkan dari oven dan di hidangkan..
Dalam rumah kaknoor ada yang tak suka kekacang jadi terpaksa lah guna chocolate chip sebab nak bagi semua nya dapat makan, tukang masak sebenarnya memang HANTU KACANG tapi kena lah berkorban sesekali kan!!
CLOSE UP sikit nak bagi terliur siapa yang memandang tu hehee
Dan supaya jadi rajin membuat nya hehe..
Memang tak menghampakan rasa muffins ni, lembut dan berchocolate, kalau letakkan kekacang rasa nya memang lebih terangkat lagi ni, suatu hari In Shaa Allah kaknoor nak try yang letak kekacang pulak, ini khusus untuk tukang masak SAHAJA dan siapa saja pencinta KEKACANG..
SELAMAT MENCUBA YA
Nutella Banana Swirl Muffins
Reviewed by Unknown
on
December 29, 2017
Rating:
terliur tgk muffins...suka yg bercoklat..
ReplyDeleteselamat menyambut tahun baru 2018, kak noor..
boleh try nanti Nohas kalau ada waktu lah heheee
Deletememang sedapp
SALAM TAHUN BARU NOOR..SEDAPNYA MUFFIN COKLAT NUTELLA TU
ReplyDeletewaalaikumsalam kak noor.. lama tak singgah kat sini..
ReplyDeleteermm nampak sedap muffins kak noor..
yummy mesti sedap
ReplyDeleteHi Kak Noor! Happy new year! Sedap lah tu Nutella+banana dalam muffin. Dah lama pun tak buat.
ReplyDeleteAssalamualikum knoor
ReplyDeleteSemakin mngancamm juadah2 kat sini..i love sgt..
sedapnya kak nor ! rumah mek tkde oven, kalau bab baking memang kena bekorban beli dekat kedai aje la
ReplyDeletesedapnya ,,kalau buat ni anak-anak mesti suka kan Kak Nor
ReplyDelete