Sessi Jemputan Demo Memasak Di Pusat Belia Brunei
Assalamua'laikum warahmatullah untuk yang selalu singgah di blog ni
Jutaan terimakasih kaknoor ucapkan pada mereka yang tak jemu-jemu berkunjung kesini
Alhamdulillah semalam 8 Disember 2017 kaknoor menerima jemputan dari Pusat Belia
Untuk membuat demo masakkan untuk para belia disini.
Alhamdulillah semua nya berjalan lancar walaupun mula nya agak gugup dan segan hehe
Al Maklum lah bukan tugas kaknoor bercakap dengan pelajar macam tu
Biasa memasak didapur tak payah pun bercakap dengan periuk pinggan segala
Ini tetiba kena suruh bercakap memang lah agak segan kan..
Tapi dengan sokongan anak-anak Alhamdulillah semuanya beres..
Biarlah gambar di bawah ni menceritakan segala nya ya..
Tukang masak yang sedang gugup tu membaca resepi karipap
Tak senang berdiri duduk lagi makcik tu hehee
Ni sebelum sessi demo sementara menunggu peserta semua hadir
Anakanda yang bertudung putih tu yang mempelawa kaknoor untuk membuat demo ni, terimakasih Fizah sekurangnya aunty ada pengalaman sikit, sorry segala kekurangan aunty ok..
Terimakasih untuk anakanda Maisarah yang menemani mama semasam sessi demo tu
kalau tak segan jugak kan sorang-sorang kat depan tu..
Sedang tekun membuat doh karipap makcik tu..
Anakanda kaknoor yang datang memberi sokongan moral hehee
Perserta turut sama menggulung dan menggelak karipap
Anak-anak belia yang bersemangat sekali membuat karipap pusing, tapi normal lah kalau pertama kali mencuba karipap kurang cantik, IN Shaa Allah kalau selalu praktis pasti menjadi, jangan putus asa ya anak-anak aunty semua..
Alhamdulillah 2 biji ni je yang kaknoor buat, yang lain semua nya anak-anak belia yang buat, Alhamdulillah ada yang boleh tahan jugak menjadi nya, dan ada jugak yang sebalik nya, tapi takpe first time kan, mana ada orang belajar sekali terus pandai kan!!!
Setiap peserta akan dapat salinan resepi Karipap Pusing Kak Noor
Alhamdulillah tiga kumpulan terbaik membuat karipap yang cantik dan kemas akan mendapat buku Resepi Blogger kaknoor, tapi yang tak dapat tu boleh je beli Popular di Malaysia ya, samaada di Miri ke KL ke atau dimana saja kedai Popular In Shaa Allah ada buku tu ok..
Macam perempuan je bertekun tekun ni kan...
Apa pun tahniah yang telah berjaya ya, yang tak berjaya cuba lagi mana tau next time kena panggil demo lagi Practice Makes Perfect kan, cuba dan cuba lagi..
Alhamdulillah sessi bergambar ramai dengan para peserta dan AJK Pusat Belia
Maaf segala kekurangan aunty ok,..
Sesungguhnya yang nama nya Insan tu memang tidak pernah sempurna kecuali
ALLAH YANG MAHA ESA
Sessi Jemputan Demo Memasak Di Pusat Belia Brunei
Reviewed by Unknown
on
December 09, 2017
Rating:
Tahniah Kak Noor
ReplyDeleteAlhamdulillah FHA :)
Deletebest jgk ye kakcik, kali ni ajar karipap pusing ... lps ni mcm2 lg... akak kn ada mcm2 masakan yg sedap2
ReplyDeleteIn Shaa Allah Dana kalau di jemput pasti akan berkongsi lagi hehe
Deletesedap karipap pusing ni
ReplyDeleteKaripap fav dulu kini dan selama nya Nieda kan
DeleteTahniah Kak Noor, selepas terbitnya naskah resepi kak noor, mana tahu lepas ni di rezekikan pula kak noor ke rancangan masakan tv malaysia...Aamiin :)
ReplyDeleteterimakasih Ana, alahai Ana doa kan je ya yang terbaik hehe
DeleteAllahumma AAmiin
Seronoknya... nnt dijemput ke TV pulak nnt..
ReplyDeletekalau ada rezeki Yan kan hehee
DeleteNak join juga ikut belajar ni.
ReplyDeleteTak pernah buat karipap hehehe....bila lagi kan.
kalau Diana nak belajar meh rumah kaknoor nak ajar personally hehe
Deletetahniah kak Noor, satu pengalaman baru dalam dunia masakan.. mesti seronok kan dapat menyampaikan ilmu secara praktikal.. ilmu secara teori dah ada kat blog..
ReplyDeletebestnyaaa berkongsi ilmu..
ReplyDelete