Cheesecake Pancakes Menu Mata Biru Lagiiiii


ASSALAMUALAIKUM  dan selamat berhari minggu untuk semua pengunjung setia disini, atau sekadar sekodeng jenjalan tak kisah lah tu, sebab jalan di alam maya takde yang nampak kecuali meninggalkan jejak kan, thanks sangat2 akak ucapkan pada adik2 yang sudi meninggalkan komen2 menariksss tu, hajat dihati memang nak membalas semua komen2 dan nak melawat jugak blog adik2 tu tapi apa kan daya ku, tak terdaya dengan kesibukan kerja2 di rumah yang banyak ni, hari tu dah ok sikit ada maid, tapi now aduyaiiiii "maid dah kabur dong" sekarang ni ibu kena beresin semua kerja sampai dah lemah lutut kaki letih ni hahaha, kalau hari sekolah tambah lagi satu tugas iaitu driver, dok ulangalik sekolah tak tau lah berapa kali, disamping tugas2 wajib di rumah, huh sabo je lah kan tak boleh merungut nanti tak dapat pahala apa yang kita buat betul tak??




BERBALIK pada resepi hari ni, nak test menu mata biru lah pulak, dah lama jugak tak buat ni, first buat masa mula2 akak ber blog dulu, lepas tu asyik dok try menu2 baru kenkawan, terus lupa kat pancake ni, jadi baru ni akak buat lah utk makan2 anak2 kat umah ni kebetulan ada beli strawberry tu terus lah buat kang lama2 tak baik si merah tu, resepi ni kak Noor ambik dari majalah 
Bisquick dari Betty Crocker, dan sudah diterjemahkan oleh kak noor sendiri heee






Resepi:  Cheesecake Pancakes
Di alihbahasa :  Bicara Kak Noor 

BAHAN


  • 8 oz cream cheese  * Kak Noor guna cheese philadelphia tu*
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan biskut kraker dihancurkan
  • 1/4 cawan gula
  • 1 cawan susu segar
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan strawberry
  • syrup strawberry secukupnya * kali ni Kak Noor guna Hershey's syrup 




  • CARA MEMBUAT NYA

    • Potong cream cheese kecil2 dan ketepikan
    • Masukan tepung naik sendiri, biskut kraker, gula, susu segar dan telur didalam bekas dah adun lah sampai sebati dengan menggunakan whisk.
    • Kemudian masukan cheese yang telah dipotong tadi dan adun kan lagi sampai jadi batter
    • Panaskan kuali pancake dan masukan sedikit planta, dan tuangkan 1 senduk batter ni dan masak lah sampai kekuningan
    • Buatlah sampai habis adunan memang banyak jugaklah dapat  untuk satu adunan lebihkurang 12 biji,tulah family akak asyik dok buat siaran ulangan je hahahaa



    KALAU ada yang teruja nak buat sila lah, memang sedap dan lembut sangat sebab ada cheese tu, tambahan ada strawberry yang masam2 manis huh cakap pun tarak guna, kena try baru dapat rasa sendiri kesedapan dan keenakan cheesecake pancakes ni...


    Cheesecake Pancakes Menu Mata Biru Lagiiiii Cheesecake Pancakes Menu Mata Biru Lagiiiii Reviewed by Unknown on January 20, 2013 Rating: 5

    12 comments

    1. kalau macam ni,mata coklat nak rasa jugalah...comel tembam pancakenya..geram macam nak geget..

      ReplyDelete
    2. Kak Noor bila agaknya mata nak bertukar jadi biru ya????

      ReplyDelete
    3. amboi kak noor.. meleleh ayaq lioq ni.. mmg biru mata hitamku.. :b

      ReplyDelete
    4. hehehh menu mata biru...sedapnye kalau dpt minum ptg ni

      ReplyDelete
    5. Slmt berhujung minggu k.Noor
      menu mata biru....hi..hi...tembam tu....dg coklat..kenyang...
      maid kabur.....aduhai...diorg ni tak takut kena tangkap pak polisi ke....sabar ya k.Noor...
      jadi driver....samalah kita tp dulu masa ulang alik hantar anak ke sek. di Brunei..kdg2 sampai 3 kali sehari keluar masuk...penatt..

      ReplyDelete
      Replies
      1. re; k.Noor mamasyakirah ni pemalu orgnya...itu yg bertopeng...comeii...ada kurang sikit dr Syakirah...hi...hi...

        Delete
    6. Sedapnya makan pancake time hujan gini Kak Noor... bukan lagi mata jadi biru, terpejam terus!

      ReplyDelete
    7. Kesian kak Noor... abih nak wat camno... sebagai isteri, ibu dan surirumah kerja kita tak pernah habis dan sudah...

      Gebu betul cheese pancake kak Noor..

      ReplyDelete
    8. Gebu cheese pancake tu Kak Noor...teringin nak rasa satu keping...hihihi

      ReplyDelete
    9. Sedapnya nampal pancake tu kak noor..gebu sgt..ada strawberry kat umah ni..kena cuba ni

      ReplyDelete
    10. assalam kak noor
      biasa wat pancake tp x segebus kak noor ni, tq kak share bolehlah try jg ye anak2 sy suka sgt lah kadang2 bila kering idea nk makan apa jln singkatnya wat pancake lah he he

      ReplyDelete
    11. walllaaaa... asyik dok tayang menu mata biru aje Kak Noor ni.. jangan2 mata pun dah tukar biru tak.. hehehe..

      ReplyDelete