Sambal Tumis Lala Cilipadi & Petai Fulamakk!!




ASSALAMUALAIKUM  dan selamat malam untuk semua yang masih sudi mengunjungi blog akak yang tenggelam timbul ni, biasa lah tak de kerja cari kerja, dah ada kerja tak larat nak buek haha sampai tak ter update blog ni beberapa hari dek kerana busy mengambil tempahan orang, sebenarnya sengaja nak mencuba2 je rupanya ada jugak sambutan, jadi nya busy akak berdouble tripple lah jadi nya heee, takpe hati  suko kan, sebab memasak ni memang jadi minat sejak dari dulu so gohead je lah...





INI menu semalam dek kerana sibuk tu masak pun simple dimple je lah tapi yang ni confem anak2 akak tak makan, ni menu untuk orang2 veteren je, untuk anak2 ayam goreng dan sambal tumis dah memadai, resepi ni pun mudah sangat jom tengok!!


BAHAN

1/2 cawan lala di ambil isi
10 biji cilipadi hijau di tumbuk kasar
2 ulas bawang putih di tumbuk
1/2 biji bawang besar di hiris
sedikit air asam jawa
1/2 cawan petai
garam dan gula jugak sedikit minyak




CARA

Tumiskan bahan tumbuk sehingga layu dan wangi, masukan lala jugak air asam
Kacau rata tambahkan garam dan gula, masak lah sehingga agak kering baru masukan petai, kacau sekejab, jangan terlalu lama nanti petai akan layu,tak cantik dan tak krup krap lagi.
Bila dah masak boleh lah dimakan dengan nasi panas atau sejuk
Tepuk dada tanya selera lah ya....





Kalau ada yang belum dinner malam ni boleh lah test sambal petai akak ni ya, layan diri lah ya, akak dah kenyang ni 
ALHAMDULILLAH 
Sambal Tumis Lala Cilipadi & Petai Fulamakk!! Sambal Tumis Lala Cilipadi & Petai Fulamakk!! Reviewed by Unknown on January 31, 2013 Rating: 5

15 comments

  1. hi kak noor.... sedaapppnya tu... kecur air liur hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap Mori tak terasa bertambah nasi ni kalau ada benda ni kan

      Delete
  2. sedap ni kak pas tu siaplah toilet berbau harum:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah standbye spray wangi2 ni kalau pergi toilet Mar hahaaa rasain dia kan

      Delete
  3. Kak Noor cayanggggg.... jom tukar lauk! Amie bawakan kakak sambal petai dengan udang, nak bawa lari semangkuk sambal tumis lala cilipadi kakak tuuuu.....

    ReplyDelete
  4. Petai jugak kat sini....dapur k.amie pun petai gak....mmg menggoda belaka nie.....!!!P

    ReplyDelete
  5. uihhh...sini pun petai...x mkn lh petai ni kak noor..tapi nampak sedap je kan...mesti bau bauan ni..hihi

    ReplyDelete
  6. ada petai sama macam kat dapur kak Amie...tapi tu la kak..kita jarang makan petainya,kita kuis2 tumisanya aje...

    ReplyDelete
  7. menyelerakan sungguh menu kak Noor..syok mkn nasik kalau ada petai kan... bertahun jugak le FnF tak makan petai... tunggu balik msia nnt ;)

    ReplyDelete
  8. lamanya tak makan petai
    sbb kat sini petainya mahal
    kalau kt kg,sebut je ayah petik kat kebun ;)

    ReplyDelete
  9. fulamak kak Noor...kecur lahaiii tgk menu kt ats tu..tp petai tolak tepi..hihi

    ReplyDelete
  10. assalam kak noor
    sedap tu ada petai ,cuma lala sy tak reti makan kak he he

    ReplyDelete
  11. Kak Noor, lala tu masak lomak cili api laei sodap...

    ReplyDelete
  12. Dada ditepuk, selera ditanya.. Jawapannya : Nak! Nak! Hehe...

    ReplyDelete