Terung Goreng Sweet N Sour



ASSALAMUALAIKUM 
Hari sekolah hari yang sangat busy, tukang masak, supir, tukang masak, supir lagi waduhhh gimana ni
Begitu lah rutin hari sekolah masak pun memang agak simple mimple lah..

Hari ni nak kongsi masak terung goreng sweet and sour, ni pun gara2 tengok tv channel afc tu, dah tak ingat chef mana yang masak macam ni, tapi nampak sedap sngt, jadi tertarik lah anak2 pun suruh masak, so time hantar anak sekolah tu rembat kat kedai terung panjang ni hahaaa, jom tengok resepi yang mudah ni, tapi resepi ni akak ubah sikit2 ikut selera kita lah, sebab masak chef2 afc tu mesti punya dicampur dengan alkohol kan aduiii diaorang ni kalau takde alkohol tu tak tau lah, rasa nya semua masakan diaorang pasti bubuh benda tu adoiiiii....




BAHAN

1 biji terung panjang
2 ulas bawang putih dicincang
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
1 sudu cili flakes
1/2 biji bawang besar dihiris
sedikit daun selasih
garam dan serbuk perasa 
minyak untuk menggoreng


CARA

Terung panjang di belah dua dan dikelar macam kat atas tu dan digoreng 
Dah masak kedua2 belah di angkat dan tos kan terung tu
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga layu
Masukan sos cili, sos tiram dan cili flakes dan kacau rata
Kalau perlu masukan sedikit air supaya tak hangus sangat
Campurkan dengan perasa, garam, bawang besar dan daun selasih
Letak terung yang sudah di goreng di dalam pinggan, dan curahkan kuah yang dimasak tadi
Sedapppp dihidangkan dengan nasi panas
Mesti try ni rasa nya tak cukup tu kalau kalau sebiji terung, lain kali buat nak ber biji2
Baru besttt meratah...





Kadang2 resepi yang simple2 ni pun lebih sedap dari yang terlalu complicated kan hehee
Nak cakap apa lagi kalau dah busy tu kan
Layan je lah 

Terung Goreng Sweet N Sour Terung Goreng Sweet N Sour Reviewed by Unknown on February 04, 2013 Rating: 5

17 comments

  1. Mmg yg simpel dan campak2 tu la yg best kak....hehe...

    Btul la...sy suka tgk chanel tu kak....tp tula...segala bende buh alkohol....tambah kalau msak tang desert2 dia tu....mmg x tnggl pnya lah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. diaorang ni kan Syifa kalau tkde alkohol tu mmg pengsan kot sbb semua masakan diaorang nak letak benda tu, tambahan desert tu huh kdg2 tu geram sngt tengok haha kita kena cari alternatif lain lah kan..

      Delete
  2. kak noor...menyelera nya tengok lauk nie kak noor....

    ReplyDelete
  3. Aslmkum k.Noor
    nampak menarik masakan terung k.Noor hidangkan ni. sy suka sayur terung wpun alahan sbb angin tp mkn juga. cuma skrg musim sejuk terung tak byk yg fresh.
    re; KNor, mmg mudah nak mkn letak dlm cwn. resepi Melty Hersyey tu kalau k.noor nak cuba, dan tak nak creamy sgt letakkan sikit saja susu pekat.

    ReplyDelete
  4. menu kegemaranku terung, kebetulan arini pun yatie masak terung tapi tak n3 lagi..menyelerakan sungguh menu akak ni..

    ReplyDelete
  5. salam.. terung tu bila dah digoreng alahai tak cantik benor rupa dia kan, semput semacam je.. tapi bila dah siap emmm terangkat you..

    ReplyDelete
  6. tak penanh makan.oh rupanye bole masak camtu gak ye.best la kaknoor ni mcm2 kongsi idea resepi nk masak

    ReplyDelete
  7. tq share, KA x pernah wat terung sweet & sour cuma goreng sambal biasa je

    ReplyDelete
  8. Biarpun simple dimple mimple tapi tetap sodap kak!

    ReplyDelete
  9. orait! resepi terung... nanti saya buat pulak yea Kak Noor

    ReplyDelete
  10. musti sedap ni...nampak terung akak, teringat ada satu lagi menu terung saya tak bersiaran lagi..Q panjang sikit.

    ReplyDelete
  11. I really like your blog.. very nice colors & theme. Did you
    make this website yourself or did you hire someone to do it for you?
    Plz answer back as I'm looking to create my own blog and would like to know where u got this from. cheers
    My blog : play online roulette for money

    ReplyDelete
  12. Kak Noor, ogyep memang suka terung.. tapi kat umah ni, x de yang suka pulak.. sobsobsob.. tumpang makan kat sini aje lah ya..?

    ReplyDelete
  13. terima kasih banyak untuk berbagi informasi, Semoga Tuhan memberikan yang terbaik buat Kita Semua

    ReplyDelete