Asam Pedas Kepala Ikan Terangkat Sangat
ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua warga bloggers, diharap semuanya sihat-sihat saja, dah weekend kan sekejab sangat terasa dari hari ke hari, hari ni dah 17 january, rasa nya baru je 1 hb cuti krismas dan new year, umur pun dah makin singkat dan berbaki entah berapa tahun, berapa bulan, berapa minggu, berapa hari... aduh seram je kalau pikirkan, tapi walau apa pun perasaan nya kita harus menghadapi kematian cepat dan lambat saja, semoga ALLAH kurniakan kematian kita didalam keadaan yang baik dan di redhoi nya aminnnnn.
Berbalik pada resepi hari ni ialah resepi biasa bagi keluarga akak yang sangat suka asam pedas, selalu selangseli, asam pedas ayam, ikan dan hari ni giliran kepala ikan pulak, bahan-bahan masih sama cuma tukar kepala je heeee..
Asam Pedas Ikan
Bahan-bahan:
§ 1 kepada ikan yang sederhana
§ 5 tangkai daun kesum
§ 1 kuntum bunga kantan
§ 1 batang serai
§ 1 sudu air asam jawa
§ 1 cawan air
§ Minyak untuk menumis
§ Garam dan gula secukupnya
Bahan A
§ 10 biji cili kering
§ 5 ulas bawang merah
§ 3 ulas bawang putih
§ 1 inci kunyit hidup
§ 1 sudu ketumbar
Cara membuat:
1. Kisar bahan-bahan A
2. Panaskan kuali dan masukan minyak dan tumiskan bahan kisar sampai wangidan naik minyak.
3. Masukan air dan air asam jawa,garam,gula,daun kesum dan bunga kantan.
4. Rasalah ikut kesesuaian masing-masing dan akhirnya boleh lah dimasukan kepala ikan.
5. Jangan terlalu kacau biarkan kepala ikan masak dengan api yang kecil sahaja.
6. Bolehlah dihidangkan panas-panas bila dah masak
SANGAT TERANGKAT BILA DAPAT HISAP MATA IKAN DAN BAHAGIAN TEPI TEPI MATA TU HAHAHAA, SAPA SUKA ANGKAT TANGANNN...
INI JAMBU MADU UNTUK JAMU MATA JE, KEBETULAN SEKARANG NI SEDANG MENGEMBANG, JADI APA SALAH NYA KAN SHOW SIKIT, DAPAT MAKAN DENGAN KUAH ROJAK MEMANG LAGI TERANGKAT NI, JOM
MENYICAH JOM!!!!
Asam Pedas Kepala Ikan Terangkat Sangat
Reviewed by Unknown
on
January 17, 2014
Rating:
assalam kak noor
ReplyDeletesedapnya kak terliur dibuatnya
ada jambu lg fuhhh mencicah sedappp ni kan he hee lama x mencicah
jom mamasara kita nyicah malam2 ni bagi hilang ngantuksss heeee
ReplyDeleteAssalamualaikum akak...
ReplyDeleteKat rumah diana nie pun mereka suka makan asam pedas... Mmg sedap n x jemu makan asam pedas nie kana kak... Nmpk menyelerakan sungguh... N jambu tu.. Waaah!!! Terliur sudah!!! Lama nya diana x mkn jambu nie...
Salam kak Noor....hee..heee...heee....saya mmg suka 'part' mata ikan tu...kalau buat asam pedas atau gulai. Rupanya kak Noor pun sama ye :D. Adus...jambu air tu pun mengancam. Dapat cicah dgn kuah rojak mak Bee mmg terangkat.
ReplyDeleteSalam Kak Noor, terima kasih singgah blog zana. Kita dah lama follow kak noor, mungkin tak perasan, takpelah...zana pun selalu mcm tu.
ReplyDeleteKepala ikan mmg sedap kaknoor tapi kena jaga2, bnyk kolestrol tuuuu......sesekali takpelah:)