Telur Ikan Terubuk Masin Goreng Berasam
ASSALAMUALAIKUM & selamat malam jumaat yang mulia, disini waktu ni dah beres semua yang wajib-wajib tu, sebab solat isyak pun dari pukul 7.40 malam tadi dah masuk, dah memang jadi kebiasaan solat di awal waktu, senang rasa nya bila dah beres tu kan. Dinner pun sebelum maghrib dah selesai jugak, jadi malam masa santai-santai lah, menu telur ikan masin ni pun dah habis sebenarnya minggu lepas punya menu heee , asyik lupa je nak update, jadi memang dah tak dapat nak ambik bau, jamu mata saja lah ya. Memang susah nak dapat telur ikan terubuk ni, ini pun kak noor pesan dari anak akak yang kebetulan ke Kucing masa bulan Disember tahun lepas, simpan dalam freezer lupa jugak nak makan hahaha..memang dah tak muda lah tu kan kalau nak makan pun boleh lupa ...
RESEPI nya memang mudah sangat pun, jom cek freezer masing-masing ada tak telur ikan ni, kalau takde don worry boleh gantikan dengan ikan masin apa-apa pun, atau boleh jugak guna ikan bilis, sebab kita yang buat dia kan, apa-apa pun terletak di tangan tukang masak je...
Bahan yang di perlukan
1 pasang telur ikan terubuk di rendam 30 minit
1 biji bawang besar di hiris bulat
5 biji cili padi di hiris kasar
1 biji tomato di hiris bulat
2 sudu air asam jawa
gula dan minyak secukupnya
Proses membuatnya
1. Panaskan kuali masukan sedikit minyak goreng telur ikan sehingga kekuningan.
2. Tos kan telur ikan dan ketepikan.
3. Tinggalkan baki minyak goreng telur kira-kira 2 sudu makan, dan masukan bawang besar.
4. Goreng sehingga bawang layu, masukan hirisan cilipadi dan tomato, gaul rata.
5. Masukan air asam jawa dan sedikit gula sebagai perasa dan kacau biar sebati.
6. Curahkan adunan bawang ke atas telur ikan terubuk dan boleh lah di nikmati bersama dengan nasi putih.
SANGAT LAZAT di layan waktu panas-panas nasi putih dengan rasa yang masin, masam, pedas, manis
WOW!!!!!!!!!!!!!! boleh cuba kalau tak percaya..
Telur Ikan Terubuk Masin Goreng Berasam
Reviewed by Unknown
on
January 30, 2014
Rating:
Wah memang hidangan yang sangat lazattttt kak! Boleh tambah 2 - 3 pinggan nasi,,^_^
ReplyDeleteAssalam kak noor
ReplyDeleteBuat sy terliur ni hihii mkn dgn nasi panas2 fuhhh sedappp bangat ni
Assalamualaikum..aduh knoor...x sedar bertambah2 nasi di pinggan...
ReplyDeleteaiiii saya kalau masakan telur ikan ni memang suka sangat kak noor...tapi nak dapat telur terubuk mmmmmm tak dapeklah kat sinin
ReplyDeleteBoleh tahan harga telur masin terubuk ni kan kak Noor... bonda saya suka masak lemak!
ReplyDeleteMeleleh ayaq liuq den?
ReplyDelete