Ulaman Subur Dalam Pasu
ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang untuk semua nya, semoga semua sihat walafiat ya walau apa pun tugasan berat ke ringan ke, laku kan dengan ikhlas insyaALLAH akan di permudahkan oleh ALLAH PERCAYA LAH..
PETANG ni, KAK Noor nak kongsikan ulaman yang berada disekitar rumah akak, yang hanya di tanam dalam pasu sahaja, tapi alhamdulillah boleh dikatakan subur menghijau, ulam-ulam ni sebenarnya memang baik untuk kesihatan kita, di makan begitu sahaja atau makan dengan sambal belacan memang terbaik dapat awet muda lagi, jadi kenapa tidak kita tanam saja dirumah kan, mudah sangat nak tumbuh pun, just cucuk je di tanah, INSYAALLAH dengan izin ALLAH tumbuh lah tu.
CONTOH nya untuk asam pedas dah memang tak payah nak beli dah daun kesum petik ja..
ULAM PEGAGA ni agak giant sikit sebab daun dan batangnya tu agak lebar, paling besar akak pernah nampak daun pegaga ni sebesar tapak tangan, akak pun tak tau macamana boleh jadi besar sangat, seingat akak dulu masa tanam biasa-biasa saja, mungki rezeki ALLAH kot kan..
DAUN SELOM ni sebenarnya perlukan air yang banyak, tu lah sebab nya agak kekuningan sikit, tapi kalau untuk makan sendiri sekadar untuk nak buat laksa dan kerabu dah boleh petik ni heheee
INI MISAI KUCING, siapa yang sanggup makan, agak pahit lah , tapi yang pahit tu lah ubat kan, kalau manis itu gula hahaha, elok makan ni untuk siapa yang ada darah tinggi, untuk yang takde darah tinggi pun ok buat ulam
INI pokok rosemary, benih nya di beli masa pergi Australia bula oktober tahun lepas, saja cucuk-cucuk kat pasu, ingatkan tak hidup rupa nya hidup jugak my rosemary tu, senang lah nanti nak masak ayam rosemary lemon kan.
INI RAJA segala ulam Ulam Raja, subur sangat dah tanam dalam pasu, tapi bila biji benih nya tu kering tumbuh jugak kat bawah-bawah pasu asalkan ada tanah memang mudah sangat ulam raja ni tumbuh.
POKOK kemangi atau selasih ni, memang sedap untuk masak green curry ala Thai, wangi serumah kalau kita masak guna kemangi ni, boleh jugak untuk masak nasi minyak, yang best semua nya dalam pasu ...
POKOK mengkudu ni je yang tanam di tanah sebab memang pokok ni besar dan tinggi, pasu pun akan pecah ni kalau menjadi pokok nya, kak noor suka ambik daun mengkudu ni untuk masak gulai siam pucuk kayu marbeles U...
POKOK bunga telang ni cepat tumbuh dan cepat jugak kering kalau kita tak selalu siram, pokok menjalar di pagar, senang kalau nak masak nasi kerabu ke, nasi ulam ke, jom siapa yang teringin nak buat nasi kerabu takde bunga telang ni meh sini ambik heheee
OKLAH ya sampai sini dulu ulaman kak Noor jangan jeles ya heee
Ulaman Subur Dalam Pasu
Reviewed by Unknown
on
January 29, 2014
Rating:
suka juga tanam ulam ulaman...sihat utk mata jg ...hijau mata memandang...
ReplyDeleteKA feveret ulam pegaga no 1... nampk segar sgt tu kak noor !
ReplyDeleteAda tanam pegaga tapi sejak nampak kucing pancut tak pernah petik lagi.
ReplyDeletecamne nak tanam ulam pegaga tu kak nor?
ReplyDeleteAssalamualaikum..Nurseri kami ada menjual pokok2 herba & ulaman...stok anak pokok rerama hijau & stevia pun ada..lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor..harga berpatutan dan perkhidmatan pos juga disediakan..hubungi D'Kaduk Herbs & Floral : 0123106846 -Faizal@ 0122440099 -Azizi
ReplyDelete***kami juga ada 4 jenis pokok sambung nyawa:
-hijau
-batik
-merah
-hitam