Apam Nasi Yang Sukar Ditolak
ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua nya.
TERIMAKASIH kerana sudi singgah di blog kak noor yang sejuk-sejuk panas ni.
DAH LAMA tak update blog memang busy sangat dengan macam-macam.
MALAM ni rajinkan diri menulis entri apam yang di buat petang tadi.
APAM YANG sangat mudah dan sangat sedap jom tengok resepi yuk!!
RESEPI NI akak sekodeng di blog MATGEBU, dulu akak dah buat apam tapi resepi nya agak lain sikit dan lebih banyak dapat, tapi kalau guna resepi Matgebu ni tak lah susah sangat nak menghabiskan sebab memang sedang-sedang lah untuk family yang kecil, yang suka apam memang cepat je habis nya.
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan nasi sejuk
3/4 cawan gula pasir (cm kurangkan 1 camca besar) kaknoor tak kurang pun
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras*
1 cawan tepung gandum*(*gaul dan ayak)
1 camca teh instant yeast (mauripan)
Pewarna makanan pilihan anda (cm guna kuning, hijau, merah)
Kelapa parut putih + secubit garam = gaul rata
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast. Kacau rata dan ketepikan. Kisar nasi sejuk bersama air dan gula pasir hingga halus. Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan licin. Bungkus mangkuk dengan plastik dan perap 3 jam.
- Panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak. Kacau bancuhan apam, letak pewarna makanan pilihan anda dan kacau rata (cm bagi 4 bahagian, 1 biar warna asal yang lain di tambah dengan hijau, kuning dan merah). Sudukan dalam acuan hingga hampir penuh, buat hingga siap.
- Kukus dengan api kuat selama 15 minit, balut tutup kukus anda dengan kitchen towel yang bersih (tuala 'good morning'). Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut (anda boleh kukus sekejap kelapa parut tadi untuk tahan lebih lama).
JOM MENCUBA untuk yang ada lebihan nasi malam ni boleh lah try ya, jangan membazir nasi, daripada dia sejuk baik lah buat apam kan, SEDAP & LEMBUT MEMANG TERBAIK.
Apam Nasi Yang Sukar Ditolak
Reviewed by Unknown
on
June 14, 2014
Rating:
No comments