Paha Ayam Melekit Yang Terlaris ~ Sticky Drumstick Best Ever
ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang rakan-rakan blogger semua.
Hari ni kaknoor nak kongsikan resepi paha ayam yang sangat laris di dalam rumah kaknoor.
Asal buat habis, habis buat lagi hahaa
Mudah je pun dah beberapa kali buat kalau time lapo takde lauk lain pun makan ayam dengan nasi putih pun ON je pasti habis punya.
STICKY DRUMSTICK BEST EVER
PAHA AYAM MELEKIT YANG TERLARIS
Bahan nya
1 kilo peha ayam
1 inci halia di parut
5 ulas bawang putih parut
1 sudu besar minyak jagung/bunga * kaknoor guna air fryer minyak memang sedikit je*
1 sudu besar serbuk lada hitam tumbuk
sedikit cili flakes *optional tak nak pun ok
6 sudu besar madu
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
Cara nya
1. Paha ayam yang telah di bersihkan dan di gaul dgn kunyit dan sedikit minyak, masukkan dalam air fryer dan masak selama 20 minit dan keluarkan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
3. Kemudian masukkan ayam yang telah di *air fryerkan* tadi.
4. Pada yang takde air fryer goreng biasa je ayam biarlah sehingga separuh masak atau 3/4 masak ya.
5. Akhir sekali baru lah masukkan semua sos, kicap dan madu, masak dengan api yang perlahan.
6. Kak Noor letakkan sedikit bijan untuk contraskan warna ayam tu.
7. Api dapur jangan terlalu kuat sebab biasa nya kalau ada madu memang mudah hitam ayam nya.
8. Bila semua sos dah bersalut tutup lah api dan sedia dihidangkan bersama nasi putih.
Sebelum ni kaknoor guna kepak ayam, tapi kali ni guna paha atau drumstick pun hasilnya lumayan tetap habissss...
Yang belum masak boleh lah try resepi kaknoor ni mudah sangat, hanya menggunakan campuran sos dan madu dan sedikit halia. Tak caya boleh try dan tengok hasil nya hehee...
Paha Ayam Melekit Yang Terlaris ~ Sticky Drumstick Best Ever
Reviewed by Unknown
on
December 12, 2015
Rating:
Mmg sedap ni...copy resepi yea kak nor
ReplyDeletesila lah copy cheqda nak ambik paha tu pun sila kan jugak haha
Deletealhamdulillah..kak ni ratah macam tu je pun best ni..
ReplyDeleteyes PC meratah mmg sedap sngt tpi nnt boliaw pulak utk mkn dgn nasik hehe
Deleteassalamualaikum kak...hujan2 ni lapo manjang perut....brunei hujan kak?
ReplyDeletewaalikmusalm yan, brunei pun sama gak tpi ujan nya selalu malam nak suruh tido sedappp lah tu kan
Deletepehh.. meleleh air liur tengok peha tu... hehehe..
ReplyDeletepeha seksi tu farah haha
DeleteRESEPI MUDAH YG SEDAP SGT TENTUNYA...NK CUBA JUGA...
ReplyDeleteanak2 suka sangt ni P ulang2 buat diaorang tk kisah
DeleteUiii... ni pernah kita buat, Firdaus sampai jilat2 jari yang terlekit-lekit tuh...
ReplyDeletebetul tu Mie rasa nya semua pun menjilat jari sbb syg kan si lekit tu kan haha
DeleteSedapnya makan dgn nasi panas. Mak mentua panggil pun tak dengar! Mak Long terlambat buka blog Kak Noor..tad dah keluarkan peha ayam dari freezer. Bila dah tidak beku Mak Long keluarkan tulangnya lalu dagingnya diperap dengan oyster sos, cuka merah, kicap masin dan mustard powder. Masih tak tau nak masak macam mana hahaha dok dalam zip lock di peti sejuk dah.. Tulang tu pulak Mak Long rebus jadikan air rebusan untuk sop ke apa-apa ler nanti.
ReplyDeleteBiasanya saya masuk lada kering & tak tabur bijan.
ReplyDeleteHarus cuba resepi yang ini pula..
sedap sedap! ermmmm!
ReplyDeletepergh..meleleh...sedap di makan begitu sahaja...drumstick! my feveret tetapi skrg JM x boleh mkn ayam..sedih!
ReplyDelete