Ayam Dan Kambing Madras Bersama Roti Puri Memang Cun
ASSALAMUA'LAIKUM WARAHMATULLAH
Pertama kali masak Ayam Madras dan Kambing Madras memang tak menghampakan
Sebenarnya kaknoor hanya nak mencuba je, cari cari resepi terjumpa kat Pinterest, memang SEDAP GILER resepi ni, lagipun semua rempahnya homemade di goreng tanpa minyak dahulu seperti, jintan putih dan ketumbar. Kalau beli yang ready made yang dah jadi serbuk kaknoor memang tak suka sebab kurang wangi, jadi nak yang sedap kena lah goreng dan kisar sendiri.
Untuk resepi Roti Puri boleh lah ke SINI RESEPI ROTI PURI
RESEPI AYAM MADRAS
Bahan nya
1 ekor ayam dipotong (curry cut) dan bersihkan
3 biji cili hijau dipotong 1"
5 sudu besar minyak masak
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 biji bawang besar dihiris nipis
1 inci halia di hiris kecil panjang
4 ulas bawang putih dihiris nipis
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar yogurt
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk buah pala
1 sudu kecil garam masala
300gm tomato di dadu kecil
secukup nya garam
Cara nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bunga cengkih dan buah pelaga.
2. Tunggu sehingga rempahnya keluar aroma masukkan bawang besar.
3. Goreng sehingga keperangan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
4. Kemudian tambahkan cili hijau, halia dan bawang putih dan gorenglah lebihkurang seminit.
5. Tambahkan serbuk cili, jintan putih, ketumbar, kunyit dan garam dan kacau biar sebati.
6. Bila dah wangi dan sebati tambahkan ayam, tomato dan yogurt dan kacau rata.
7. Masak lah sehingga mendidih dengan api yang sederhana sehingga ayam masak.
8. Akhir sekali masukkan serbuk buah pala, garam masala dan sedikit gula merah *optional
Kaknoor suka rasa nya yang agak sempurna, maksud nya semua rasa ada kat sini, Masin, Manis, Pedas dan Berempah..
9. Bila ayam dah cukup masak boleh lah diangkat dan hidangkan dengan roti atau nasi terpulang lah.
Pastikan bawang nya digoreng sehingga betul betul perang tau!!
Sebab akan mempengaruhi rasa Ayam Madras kita nanti.
Kalau nak rasa yang lebih spicy boleh tambahkan serbuk cili dan pastikan tambah jugak serbuk jintan ya baru lah seimbang rasa nya, kalau tak berat sebelah memang tak sedap...
Kalau ada yang suka letak tomato puree yang dalam tin tu pun ok jugak, tak payah lah nak potong2 lagi, tapi kena agak agak lah ya..
Resepi asal yang kaknoor ikut ni tak letak yogurt, tapi kaknoor memang suka rasa yogurt jadi kaknoor letak lah dalam 3 sudu, memang tak menghampakan semua yang makan cakap sedap sedap haha kembang lah makcik ni kan..
Begini lah bila dah semua nya di masukkan, agak berkuah sebab tujuan asal masak Ayam Madras ni nak cicah dengan Roti Puri, boleh kurangkan lagi kuah ni, hanya renihkan dengan api yang perlahan ok.
Sebab ada yang teringin nak makan Kambing jadi Kambing ni pun di Madraskan jugak lah haha
Tapi agak kekuningan sikit, kaknoor hanya kurangkan serbuk cili je sebab yang nak makan Kambing ni tak suka pedas jadi agak Mild lah rasa nya, tapi masih ada ummphh sebenarnya Kambing Madras yang licin dulu hehe..
Nampaknya sebulan 2x buat Roti Puri ni, memang sedap sangat lah tu kan, sila kan pada yang nak mencuba memang berbaloiii
Gini lah rupa Ayam Madras Kak Noor mesti ada yang tertelan air liur dah tu
Kambing Madras memang sedap sangat licin oleh pelanggan kaknoor hari tu hehe..
ALHAMDULILLAH, bila semua kata sedap Ayam Madras dan Kambing Madras di makan bersama Roti Puri ni, tukang masak pun happy sangat, hilang segala penat lelah di dapur..
Ayam Dan Kambing Madras Bersama Roti Puri Memang Cun
Reviewed by Unknown
on
November 07, 2017
Rating:
SEDAPNYAAAAAAAAAAAAAAAAAA
ReplyDeletesangatlah sedap nya Anum boleh try lah buat
Deletesdap tu..:)
ReplyDeletetidak syak lagi Nor setiap minggu anak-anaka minta buat lepas tu
DeleteLapar teruk lepas tengok menu sedap ni kak nor :)
ReplyDeletemenu senang je fizah boleh lah cuba pasti nak dua tiga kali
DeleteYa, Kak Noor, PH tengah telan air liur nih! hee..hee... Tak sabar2 nak cuba resipi ni Kak Noor :)
ReplyDeletejangan asyik janji je PH nak buat mesti buat dan buat tau haha
Deletepepagi nengok ni haahh, lapoooo..
ReplyDeleteayam madras ye.. thanks KakNoor for sharing. nnt blh cuba ni.
masih lapooo ke ni Yan
Deleteye Madras mari dah cuba belum ni Yan??
amboi..sedapnyer tengok...belom makan lagi tu.
ReplyDeletebila makan kalau tak sedap tu diam diam je lah hehee
DeleteAssalamualaikum Kak Noor cayaanngg! Melelh lir tengok menu macama2 di dapur Kak Noor ni tau!
ReplyDeletewaa'laikumuslam warahmatullah Mie
Deletedapur orang tua Mie tapi idea anak-anak yang teringin nak makan
Teringin nak buat roti puri tu lah KN....hari tu makan kakak buat. Sedapnya...
ReplyDeleteMakan pulak dengan ayam madras...pergh!!
Jintan manis kenapa tak letak KN? Apa fungsi Jintan Manis ek?
Deletedah buat ke belum Anom??
Deleteye Madras memang sedap digandingkan dengan roti puri ni tau
Jintan manis tu kaknoor tak suka sangat bau nya, lebih suka wangi jintan putih jadi kaknoor tak letak, boleh jugak kalau nak letak, kan ke kita yang buat dia kan Nom boleh sukahati lah letak yang mana suka, fungsi tu taklah tau sangat, mungkin untuk sedap je kot hehe