Ayam Lemon Air Fryer


Assalamua'laikum warahmatullah
Alhamdulillah berkesempatan malam ni untuk menulis sepatah dua..
Resepi agak lama tak buat, duluuuu dah buat tapi versi goreng
Kali ni kaknoor masak versi sihat sikit guna Air Fryer
Kalau takde Air Fryer boleh kita panggang dalam oven pun ok
Boleh jugak guna Pemanggang Ajaib ke!!!



Ada sedikit ubaisuai kali ni, dulu masa cuci ayam kaknoor cuci dengan lemon tapi di cuci lagi selepas tu, tapi kali ni lepas dah bersih ayam kaknoor perap bersama lemon tu agak lama sebab nak kan rasa nya yang agak masam-masam wangi tu..



Antara bahan yang kaknoor guna kan parutan halia, bawang putih, cilipadi dan bawang besar.


BAHAN NYA
4 bahagian paha ayam
1 biji lemon di parut ambil kulit nya
Lemon yang sama di hiris nipis untuk perap ayam
1 biji bawang besar di potong baji
2 biji bawang putih di parut
1 inci halia di parut
Sedikit serbuk lada hitam
Beberapa biji cilipadi *optional tak nak letak pun ok
2 sudu lemon jus
1 kiub ayam dan sedikit gula untuk perasa
Sedikit tepung gandum
Sedikit planta untuk menumis

CARA NYA
1.  Ayam yang telah di bersihkan di perapkan dengan sedikit garam, lada hitam dan hirisan lemon
2.  Peraplah lebihkurang 10-15 minit kemudian masukkan dalam air fryer atau nak panggang pun ok.
3.  Panaskan planta dalam kuali dan tumislah bawang putih dan halia sehingga wangi.
4.  Masukkan bancuhan tepung gandum, lemon jus, kiub, cilipadi dan bawang besar.
5.  Kalau agak pekat masukkan sedikit air atau banyak keperluan lah.
6.  Kaknoor suka letak sedikit gula perang untuk menambah rasa sedap, tapi kalau tak suka abaikan.
7.  Bila kuah nya secukup rasa tutup api dan angkat.
8.  Ayam yang telah di fryer atau di panggang tadi di letakkan dalam pinggan yang sesuai.
9. Kemudian tuangkan lah sos lemon tadi.
    Bolehlah di nikmati bersama nasi putih atau nasi tumis yang lain..




Lebihkurang 15 minit dalam Fryer begini lah jadi nya, cantik kan..



Dah siap panggang tak boleh makan dulu kena sessi photo dulu hehe




Masak apa pun mesti nak letak cili padi tak sah lah kalau tak letak cili 
Hantu cili lah kata kan haha...




 Kalau masak macam ni, anak-anak lebih suka meratah ayam, itu lah sebab nya kaknoor guna bahagian paha macam ni, kalau guna ayam sekor memang bahagian dada ayam takde yang sentuh sebab tak suka terlampau banyak isi nya, pelik kan suka bahagian yang bertulang lah pulak..
Apa pun selera ni dah tak boleh nak cakap apa kan..
Masing masing tak dapat di paksa - paksa suruh suka itu ini kan....

SELAMAT MENCUBA PADA YANG MINAT DAN HOBI MEMASAK TU



Ayam Lemon Air Fryer Ayam Lemon Air Fryer Reviewed by Unknown on November 26, 2017 Rating: 5

12 comments

  1. Kak Noor, nak bagitau : Warna ayam yang kuning keemasan tu ya Allah nampak sedap sangat! Dan betul tu, bahagian peha banyak peminatnya berbanding dada!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Mie, kaknoor dah tau memang cantikkk haha..
      Kalau chef Amie mesti lebih sedap ni caya lahhh

      Delete
  2. The simple is the best kan Nieda takyah lama lama sangat kat dapur tuu

    ReplyDelete
  3. duk terpikir2 jugak nak buat apa ngan lemon yg dah 2 3 hari kat dapur 2. terjumpa resipi ni. thanks kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://mamailman.blogspot.com
      dah try ke resepi ni mesti sedap ni kannn

      Delete
  4. Allah...bab gambar ayam ni SA kalah kak noor...ya allah.....terujanyaaa

    ReplyDelete
  5. nampak sedap.. kadang menu simple macam nih boleh menambah selera..

    ReplyDelete
  6. Aduhai,..cantik betul paras rupa ayam tu, kak! Memang menambat selera!

    ReplyDelete
  7. I wanted to thank you for this excellent read!! I definitely loved every little bit of it. I have you bookmarked your site to check out the new stuff you post. Dehydrator Combo

    ReplyDelete
  8. Selecting a household appliance from the myriad of brands and models available on market today is a daunting task Refrigerator, Dryer, Washer, Stove, Oven, Range, BBQ Repair in Santa Barbara

    ReplyDelete
  9. Positive site, where did u come up with the information on this posting?I have read a few of the articles on your website now, and I really like your style. Thanks a million and please keep up the effective work. Silicone Egg Poachers

    ReplyDelete