Lemak Cilipadi Kuning Daging Salai


Assalamua'laikum Warahmatullah
Sedang ada mood mengupdate blog ni, jangan mengumpat tau!!
Kalau dah takde mood sampai berhari hari sunyi sepi
Setiap hari memang sibuk pun tapi ada kala nya ALLAH bagi kelapangan untuk bersantai disini.
Jadi terima lah kan peluang yang di berikan
ALHAMDULILLAH

JOM SEMAK RESEPI HARI NI




BAHAN NYA
Daging salai secukup nya
4-5 biji cilipadi
1 inci kunyit hidup
2 batang serai di ketuk
Secekak daun Kemangi
1 keping asam
1 cawan santan sederhana pekat
Sedikit air putih
Garam dan sedikit gula perang secukupnya

Atas nasihat seorang anakanda kaknoor, kaknoor cuba untuk tidak menggunakan gula putih dalam setiap masakan, sekarang dah beralih ke gula perang demi untuk menjaga kesihatan, kadang tu kaknoor guna gula melaka jugak kalau kehabisan gula perang, janji tidak bergantung sangat dengan gula putih, gula putih hanya di gunakan untuk membuat kueh saja, itu pun agak limited lah kalau dapat di kurangkan gula sebab memang umum pun dah tau kalau kita terlalu banyak makan yang manis manis ni akan terimalah banyak risiko penyakit yang sebenarnya akan kita tanggung se umur hidup kita, jadi cegahlah sebelum parah kan...

CARA NYA
1.  Tumbuk cilipadi dan kunyit bersama sehingga halus, boleh jugak di mesin atau dikisar
2.  Dalam periuk masukkan sedikit air, bahan tumbuk dan asam keping, masaklah sehingga mendidih
3.  Dah mendidih baru masukkan serai, daging salai dan santan, gunakan api yang sederhana ya.
4.  Tujuan supaya santan tak mudah pecah, dan mesti selalu kacau ok.
5.  Akhir sekali masukkan garam, gula dan daun kemangi, kacau rata dah cukup rasa tutup api.
6.  Daun kemangi tu tak perlu sangat lama lama nanti hilang hijau nya.
7.  Kalau masakkan yang di letakkan daun kemangi ni aduhh memang wangi sedapur tau!!

Lepas tu boleh lah di hidangkan bersama nasi putih.  Sebenarnya daun kemangi ni bukan saja wangi tapi sangat berkhasiat untuk tubuh badan kita, jom semak info di bawah ni.




KHASIAT DAUN KEMANGI
Penggunaan daun kemangi ini ada yang makan segar daripada pucuk muda atau dikisar dijadikan jus minuman atau di proses dengan mengekstrak untuk dikutip minyak (terutama dari bahagian biji). Ramai masyarakat di Indonesia, Thailand, Laos, Filipina dn Vietnam memakan pucuk daun kemangi sebagai ulam atau sebagai ramuan dalam masakan harian. Pucuk muda juga sedap untuk dibuat kerabu, masak dengan ikan dan sebagainya. Kesannya daun kemangi dapat menghilagkan bau mulut, meningkatkan peredaran darah, mengilangkan kembung perut pada kanak-kanak dan banyak khasiat lagi. Kaedah paling mujarab menggunakan daun kemangi adalah dengan mengisar (blender) daun kemangi dengan air dan diminum. kaedah ini membantu masaalah sakit perut, musnahkan cacing dalam perut, menguatkan buah pinggang dan mengelakkan gigitan nyamuk.
Kajian saintis menujukkan yang minyak ekstrak dari kemangi adalah sangat benililai tinggi di pasaran antarabangsa. Walau pun kandungan minyak dari biji sangat sedikit dan harganya sangat mahal tetapi khasiatnya adalah sangat baik. Kualiti minyak sangat baik sehingga mampu bertahan aromanya melebihi satu minggu iaitu satu jangkamasa yang sangat tahan lama. Aroma minyak ini sangat berguna untuk menghilangkan pening kepala, menyembuhkan muntah-muntah, migrain, kekejangan otot dan yangpaling berguna adalah untuk kegunaan lelaki. kajian klinikal menunjukkan pengguna minyak dan khasiat daun kemangi akan meningkatkan kecergasan sperma lelaki dan meningkatkan lobido.
Kak Noor dapat info ni dari blog di bawah, boleh rujuk pada yang berminat, banyak lagi khasiat herba herba lain di blog ni


Dirumah kaknoor memang banyak sangat tanam Kemangi ni, kadang tu sampai dah tak termakan.
Pada orang Bruneian yang teringin nak tanam atau nak makan Kemangi tapi takde jual boleh lah kerumah, kaknoor bagi free je..



Kalau umur dah veteren macam penulis ni hehee suka sangat kalau masak lemak macam ni, takde lauk lain pun ok je, just nasi putih dan masak lemak ni, memang dah tak nampak telinga dah bila dapat makan kan...


Lemak Cilipadi Kuning Daging Salai Lemak Cilipadi Kuning Daging Salai Reviewed by Unknown on November 27, 2017 Rating: 5

19 comments

  1. Sedapnya kak, lemak daging salai yang cukup menggoda selera! Betul tu Kak Noor, gula pasir warna putih tu ...memang pelan2 saya tak berapa gunakan dalam masakan, saya gantikan dgn gula melaka atau gula perang. Tapi sesekali tu, gunakan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau makan ni memang cornfirm tambah nasik ni Mie kan
      selagi boleh elak cuba lah kan Mie guna gula perang atau gula lain selain dari gula putih
      sebab sakit sndiri yang tanggung ye dak

      Delete
  2. Alaaaa...lama plak x makan masak lemak daging salai..nanti next week nak balik kampung nak buat la daging salai...campu pucuk ubi...walaweiiii...mesti best

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama pucuk ubi lagi best ni AS, kaknoor letak kemangi sebab suka wangi kemangi tu dan rasa nya pun boleh tahan jugak ni

      Delete
  3. Salam, betul tu Kak Noor, kalau mood dah hilang, memang tak boleh nak buat apa. Dah rasa malas nak update blog.
    Alkisah entry saya telah di ciplak bulat-bulat oleh beberapa blog yang tak bertanggung jawap. Bukan setakat foto, malah text yang ditulis dan semua video dalam Youtiub saya hingga video terkini.

    Memang rasa sedih-sangat sangat.. Tengah fikir-fikir samada nak stop dan tutup saja blog atau rehat seketika ....merajuk.

    Berbalik pada resepi kak Noor, memang fav saya tu. Lama sangat tak buat dan makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mood ni kejab datang kejab hilang kelaut FHA
      Susahlah kan
      Sedihnya kaknoor baca kisah FHA ni
      kak noor pun rasa gambar makanan kaknoor dah kena copy jugak
      Tapi dah malas dah nak merajuk biar kan lah sampai mana nak ambik rela kan je

      Delete
  4. Mmmmm...sedap ni, Kak Noor. Makan dengan nasi panas2. Berselera!

    ReplyDelete
  5. sedapnya..xnah mkn daging salai ni

    lepas ni el pun nak tukaq gak le ke gula perang..good sharing k.noor

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke El tak pernah makan daging salai
      mesti bila dah try nak dua tiga kali
      ye El gula putih tu taklah elok sngt utk kesihatan kita
      kalau boleh pelan2 tukar lah sama sama nak sihat kan

      Delete
  6. Sedap ni kak noor tambah pulak yang pekat camni...mmg old skool

    ReplyDelete
  7. Kemangi? Sampai sekarang saya tak kenal pokoknya..😀

    ReplyDelete
  8. SEDAPNYA MSK LEMAK DAGING SALAI...DAU KEMANGI BAIK SGT UTK KESIHATAN

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.. sedapnya nampak.. Rose suka juga makan. Haritu pergi Negeri Sembilan (muzium tentera).. sempat jalan-jalan, jumla kedai makan jual masak lemak cili padi daging salai. Apalagi, berselera makan. Hihi.

    ReplyDelete
  10. tak pernah makan daging salai, tapi nampak menyelerakan.. terima kasih tips gula perang tu, in shaa Allah akan cuba bertukar ke gula perang dalam masakan..

    ReplyDelete