Apple Cinnamon Fritters


First time mencuba resepi ni sangat teruja sebab tak sangka sangat sedap dan ranggup,tak rugi study untuk buat ni dah berhari-hari cuma belum ada masa je, apple memang selalu jadi penghuni petiais,habis beli bila beli je habis haha,jadi sebelum dihabiskan oleh si bungsu Kak Noor yang suka sangat apple maklum katanya boleh kurus makan apple hari-hari wallahuaklam tapi tak mustahil jugak kalau kita berusaha kan,resepinya mudah sangat sila cek dulu kalau dah ada semua why not try pagi ni ok..

Bahan-bahan nya

  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan air sejuk
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 3/4 cawan apple di dadu
  • 1/4 cawan gula icing
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara membuatnya
  • Panaskan kuali yang berisi minyak yg banyak macam kita goreng cucur udang tu
  • Dalam mangkok yang besar masukan tepung,telur,air sejuk, gula dan serbuk kayu manis kacau hingga rata dan sebati
  • Masukan apple yg didadu dan kacau lagi sehingga bersalut tepung dengan apple tu.
  • Sudu kan adunan dan masukan kedalam minyak yg telah panas tadi dan gorenglah sampai keperangan dalam 2 ke 3 minit baru lah di angkat dan letakan di atas paper towel.
  • Sebelum dihidangkan taburkan dengan gula icing di atas fritters dan makan lah panas-panas sangat sedap tak percaya cuba lah...
  • Anak kak Noor apple pie tak suka katanya terlalu manis dan masam tapi fritters ni sangat suka sekejab je dah hilang dan lenyap dari pandangan hahaha..
Apple Cinnamon Fritters Apple Cinnamon Fritters Reviewed by Unknown on March 21, 2012 Rating: 5

No comments