Japanese Cheese Cake
ASSALAMUALAIKUM adik blogger semua, tentu pagi ni masing2 sibuk kan,begitu jugak dengan kak Noor pagi2 ni nak kuar mencari bahan2 untuk buat kek ni dok belek2 blog terpandangkan kek ni mesti sedap kalau dibuat "kepala hidang" ade ke orang sebut gitu?? untuk puaskan hati budak2 kat umah ni mama sanggup buat lagi pun tak susah sangat kek ni kalau ikut cara nya dengan betul, SEDAP?? pasti ni sedap dan lembut bangat ni tak percaya mesti cuba,first time akak buat masa start berblog dulu dah lama agak2 tiga empat bulan jugak tapi masih terasa kesedapan hingga kini haha...
Mudah je cara membuat nya apa lagi kalau ada fresh blueberry tu mesti lebih hebat kek adik2 semua,jom lepas ni nak ke supermarket,kalau lambat mesti sesak ni jalan,diBrunei ni tak lah sibuk orang nak balik kampong sebab negerinya kecik je,cuma sibuk dengan orang bershopping,balik kampong pagi raya pun boleh sampai dari ujung keujung Brunei haha cute kan Brunei ni,jom semak resepi kalau ada bekenan boleh lah buat ya..
Bahan-bahan nya
- 140 gm gula halus
- 6 biji putih telur * pastikan takde sikit pun kuning telur dalam putih ni tau takut tak jadi pulak nanti * pesan sifu lah ni
- 6 biji kuning telur
- 1 sudu krim tartar
- 50 gm mentega
- 250 gm cream cheese
- 100 ml susu segar
- 60 gm tepung naik sendiri
- 20 gm tepung jagung
- 1 sudu besar jus lemon
Cara membuatnya
- Cairkan cream cheese,susu segar dan mentega di atas api yang perlahan,kacau selalu kemudian sejukan
- Udah sejuk masukan kedua-dua tepung bersama kuning telur kedalam adunan cheese dan pukul lah sehingga sebati dan kemudian tambah jus lemon
- SEBELUM NAK PUKUL PUTIH TELUR TU PASTIKAN MIXER TU KERING BETUL2 NANTI KALAU TAK JADI JANGAN SALAHKAN DEN PULAK TAU!
- Dalam bekas yang lain pukul lah putih telur,gula dan krim tartar hingga kembang dan menjadi meringue yang macam bertanduk gitu,meringue ni kalau kita terbalikkan mangkok dia tidak akan tumpah,kalau dah jadi macam tu memang jadi lah tu ok
- Ambil satu senduk adunan meringue masukan ke dalam adunan tepung dan kaup balikan sehiingga habis meringue tu
- Lengserkan loyang dengan sedikit planta alaskan dengan kertas minyak dan taburkan sedikit tepung dan bakarlah dengan menggunakan cara waterbath pada suhu 160'C selama 1 jam dengan menggunakan api atas dan bawah atau sehingga masaklah
- Keluarkan dari loyang dan sejukan,sebelum dimasukan dalam petiais sapukan filling starwberry ke,blueberry ke untuk menambah keenakan Japanese Cheese Cake ni tapi kalau ada yang tak suka dengan filling2 ni boleh lupaka saja makan begitu saja pun dah sedap sangatttttttt...
SALAM LEBARAN DARI AKAK SEKELUARGA YA !!
Japanese Cheese Cake
Reviewed by Unknown
on
August 16, 2012
Rating:
Tengok pun tau sedap cheese cake tu lebih2 lagi nak jd kepala hidang hihi.Selamat menyambut lebaran dan maaf zahir batin dari ina sekeluarga ye.
ReplyDeletesalam nor. Bundo ni tak taulah raya ni sempat nak mengecake ke tak.
ReplyDeleteSelamat menyambut hari raya nor...
sedap nyer kak!tertelan-telan air liur...
ReplyDeletesalam kak noor...
ReplyDeletekalau org dolu2 kata ..."kek kepala meja" kalau kt tempat ucu lah...
terleleh air liur tengok bluebery tu..
Selamat menyambut syawal k.noor, maaf zahir n batin...
Salam Lebaran untuk Kak Noor juga ya. orang Brunei suka makan cheese kek waktu raya kan Kak Noor, memang sesui sangat Kek tu letak kat meja di pagi raya nanti nak juga ni ;)
ReplyDeletekak noor ni busy2 pown tetap sempat nk buat makanan terbaik hehe
ReplyDeletesalam kak nor cygg
ReplyDeletezila pernah buat jgk nie kak..hubby kasi habis..dia minat sgt ..kita tgk pun dh kecurr kak:)..
Salam Kak Noor, lama tak jumpa. Cheese cake ni sedapsss.... makan satu mesti mau dua. hahaha
ReplyDeleteSELAMAT HARI RAYA KEPADA KAK NOOR DAN KELUARGA. SALAM DARI AMELIA DI JOHOR BAHRU.
Assalamualaikum :D
ReplyDeleteSelamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin... sekiranya terdapat salah dan silap selama Kak Lin menjadi rakan blog anda.
Terima kasih.
Sayang Anda Semua
Muaaahhh...Muaaahhh...