Cream Puff Menu Minum Petang
ASSALAMUALAIKUM semua yang masih sudi berkunjung ke sini, hari ni sibuk memanjang seharian macam2 kerja perlu di bereskan tapi sempat lagi buat creampuff ni sebab kalau satu hari tak membaking macam ada yang tak kena lah pulak, godek2 didapur tengok semua bahan2 untuk creampuff semua dah ready jadi akak terus lah bersilat....
CREAM PUFF
Resepi : Bicara Kak Noor
BAHAN
1 1/2 cawan air
125 gm tepung di ayak dengan sedikit garam
100 gm planta
3 biji telur * buang satu putih telur*
1/2 sudu gula halus
CARA
1. Air, planta dan gula dimasak sehingga mendidih, kecilkan api kemudian masukan tepung dan kacau sehingga adunan tidak melekat.
2. Sejukkan lebihkurang 15 minit, masukan telur satu persatu, kacau biar rata kemudian masukan adunan dalam mixer dan putar sehingga kembang.
3. Masukan adunan dalam piping beg yang telah di letakkan nozel bintang dan picit lah di atas dulang pembakar yang telah di sapu sedikit marjerin.
4. Renjiskan dengan sedikit air sebelum dibakar dengan suhu 200'C selama 30 minit atau sehingga masak.
BAHAN KASTAD
1 tin susu cair
1 tin air
6 sudu tepung kastad
4 sudu gula * boleh tambah atau kurang ikut selera sendiri *
CARA
Satukan semua bahan dan masak lah dengan menggunakan api yang kecil, kacau selalu agar tidak melekat dan hangus, dah berkilat dan pekat boleh lah ditutup api dan biarkan sejuk sekejab, boleh lah di letakan didalam creampuff.
CREAM PUFF YANG LAZAT SEDIA UNTUK DI SANTAP
JOMMM....
Cream Puff Menu Minum Petang
Reviewed by Unknown
on
April 11, 2013
Rating:
Kuning diraja...cantik...
ReplyDeletecantiknya set teko tuh..hihihi
ReplyDeletePasti sedap..
ReplyDeletealahai...cedapnya.....teh o panas ada lg tak kak Noor?
ReplyDeletegive me 5 kak...
ReplyDeleteentry kita sama la.....he3
Kak Noor,hehhehe pkat n3 kan cream puff,hehhe..Sy pon bru update creampuff gak..Adeh nmpk kak noor punya sedap nih kunin diraja gitu..
ReplyDeleteassalamualaikum k.Nor..suka saya melihat k.Nor nye creampuff..saya dah cuba 2 kali tapi x menjadi....bila di bakar dia naik..bila kita keluarkan dia akan kempis..cam mana tu kak...
ReplyDeletewah comel nye puff kak noor...tak pnh try zila..meh ckit kak noor nak rasa..
ReplyDeletesalam kak noor...
ReplyDeletesedapnya kak oiii... simpan kat saya 2 ketoi ye kak nak tumpang minum ptang nnt.. hihi...
salam kka Noor, tersama pulak N3 kita...sedap kan..
ReplyDeleteassalam kak noor
ReplyDeleteyum yumm sangat lazat, kesukaan ramai
td baru tgk kat dapur Rohah ni kat dapur kak noor pula , isssh bikin teringin nak makan jglah he hee
Sana sini jumpa cream puff yang comel montel2... kita juga yang jakunis ketinggalan ketapi he he ehh...
ReplyDeletesalam kaknoor,
ReplyDeletehat ni belum try lagi. nak kena cari tepung kastard dulu ... :-)