Kari Ayam Hijau Dengan Terung


ASSALAMUALAIKUM  dan selamat malam semua nya,  semoga sihat sejahtera semua adik2 akak disini,  tadi ronda2 kat kedai terjumpa kawan2 yang selalu sekodeng blog akak yang dok jadi silent reader je, tak kisah lah tu, ingatkan blog akak takde yang bekenan, rupanya kawan sorang ni selalu menjenguk cuma tak komen je hahaha

Jadi nya terimakasih jugak lah pada yang lain di luar sana yang sudi menjadi silent reader blog ni walaupun tidak meninggalkan jejak tapi kak noor tetap menghargai nya kerana sudi menjenguk!!

JOM terus tengok resepi lah ya, masakan ni dah agak lama masak tapi tak sempat nak update nasib baik tak basi gambar ni kan heeee





Resepi  :  Kari Ayam Hijau Dengan Terung
Olahan  :  Bicara Kak Noor

BAHAN
1/2 kg ayam di potong kecil
2 biji terung di potong besar
1 biji tomato untuk hiasan
beberapa tangkai daun selasih
1 batang serai di ketuk


BAHAN KISAR
2 batang serai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu besar ketumbar disangai 
1 sudu jintan putih disangai
10 biji cili besar hijau
5 biji cili padi hijau
secekak daun selasih
sedikit daun ketumbar * ambik bau saja tak suka  banyak *
1  1/2 cawan santan pekat
1 sudu air lemon
2 sudu minyak 
garam dan sedikit gula secukup rasa






CARA

  • Panaskan kuali masukan minyak dan tumis lah bahan kisar dan serai yang diketuk sehingga wangi.
  • Masukan ayam, santan, garam dan gula dan masaklah dengan api yang kecil sehingga ayam separuh masak.
  • Campurkan terung dan masaklah sehingga terung lembut tambahkan air lemon dan boleh lah ditutup api.
  • Hidangkan dan hiaskan ikut kreativiti sendiri.
  • Sedap di hidangkan dengan nasi putih yang panas - panas .




SELAMAT MALAM DAN SELAMAT BERISTIREHAT
TAK TAU NAK TENGOK TV MANA SEMUA NYA BORING HAHA
LAST2 TENGOK TV BRUNEI JE LAH 
TAK SAKIT MATA DAN HATI HEEEE..


Kari Ayam Hijau Dengan Terung  Kari Ayam Hijau Dengan Terung Reviewed by Unknown on April 24, 2013 Rating: 5

17 comments

  1. Uihhh..kari ijo pun ado eh..mesti sodap ni..ingat rendang ijo je ado..:-)

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak...fiza copy yer resepi...nanti nak cuba gak...he he he

    ReplyDelete
  3. mahap la kak noor, tak buleh nak makan la kalau yang pedas2 ni... :(

    ReplyDelete
  4. Assalam
    Tak biasa dgn kari hijau..tapi nampak yang ni sedap je..
    Terimakasih dgn resepi..

    ReplyDelete
  5. Assalam Kak Noor...
    bikin baliur saja itu kari ayam hijau....

    ReplyDelete
  6. Assalam kak noor.. Sabar jerlah memandang ayam ijo tu yer.. Laparrr.. :b

    ReplyDelete
  7. heehhe..syoknye si hijau ni..mang sedap lauk asas cili hidup gini kena betul dengan nasi panas nye kak noor..

    ReplyDelete
  8. Suke kak, eiii terrgoda pulak di pg2 yg cerah ceria ni pulak

    ReplyDelete
  9. salam knoor....wah!!!glamer tu ada silent readers tegur. org Brunei ke? tapi mmg knoor kira cepat dikenali pun, baru je blogging dah reached 500++ follower. ros 200 pun blm cecah. heheh!!!tahniah.
    btw nampak mcm best resepi ayam kari hijau ni. ala2 thai kari hijau. nak try la nanti. tq

    ReplyDelete
  10. salam kak noor.... maveles nya tengk kari hijau tu.... tergoda la pulak... izin mori copy resepi yer....

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak Noor, apa khabar? Harap sihat2 ya.. Lama x datang menjengah dapur kawan2...bz sangat ntah apa2 laaa Ummi nih...mujur dpt gak berblog, xpun igt nak tutup dapur jek...hahahaha..

    ReplyDelete
  12. salam kak noor...
    sedap tu kak.. nampak kuih pekat.. gaul2 ngan nasi panas hmmm... mmg sdp sgtlah tu nak plak kalau org dah siap hidang dpn mata.. hihi...

    ReplyDelete
  13. Selamat pagi Kak Noor...
    serius ni tau kak... nak bagi tahu kakak ni... mau pengsan dibuatnya bila melihat kari ayam hijau dengan terung kakak! Nampak sedappppppp sangat!!!!

    ReplyDelete