Stuffed Aubergine atau Terung Sumbat Yang Malatop
ASSALAMUALAIKUM dan selamat tengahari semua nya, dah tiga tak update blog asyik sibuk yang tak pernah habis2, hari ni terpaksa luangkan masa banyak sebab dah rindu sangat adik2 comey kat blog ni, kebetulan semalam masak terung ni, tapi sebab hanya tinggal dua biji je terung tu jadi nya memang tak cukup, so hari ni beli baru terung dan buat lagi sebab tak puas makan semalam tu hahaha, lagipun di dalam nya hanya sayuran2 je tak muak kita makan hatta kalau nak meratah pun ok je, jom tengok resepi dulu....
BAHAN
4 biji terung
1 biji capsicum hijau didadu
1 biji tomato didadu
5 biji cili padi di hiris
1 biji bawang besar di dadu
2 ulas bawang putih di cincang
2 sudu cili sos
1 sudu lada hitam tumbuk
sedikit minyak dan perasa
cheese mozarella secukupnya
1. Panaskan oven pada suhu 220ºC. Belah terung menjadi setengah secara memanjang. Gunakan pisau kecil dan potong tepi isi terung. Dengan memakai sudu, scoop keluar isi terung sehingga tinggal sedikit isi yang masih melekat pada kulit terung. Ketepikan isi terung yang telah di scoop keluar.
2. Sapu sedikit minyak pada dalaman kulit terung dan taburkan sedikit garam dan lada hitam di atasnya. Letakkan kulit-kulit terung tersebut di atas tray pembakar dan tutup tray tersebut dengan foil. Bakar dalam masa 20 minit.
3. Potong dadu isi terung tadi dan ketepikan
4. Masukkan lebihan minyak tadi ke dalam kuali. Tumiskan bawang besar dan masak sehingga lembut. Masukkan lagi isi terung yang telah didadu dan biarkan ia masak. Campurkan tomato, capsicum, cili potong dan cili sos. Tambah perisa secukupnya. Akhir sekali, masukkan cheese dan kacau sampai pekat dan tutup api.
5. Bila kulit terung dah lembut, keluarkan dari oven. Kecilkan suhu ke 200ºC.
6. Masukkan isi yang telah digoreng tadi dalam kulit terung. Tabur cheese parut dan renjis sedikit minyak atas terung tadi. Bakar dalam masa 15 ke 20 minit sampai cheese menjadi cair. Stuffed terung siap dihidang.
SELAMAT mencuba utk adik2 semua memang tak rugi mencuba ni sangat sedap dan yummy, hari ni hari kedua berturut2 kak Noor masak terung ni, sebenarnya resepi ni anak kak Noor
Dayang Maisarah yang cari2 dalam internet dan nak cuba masak semalam tu, tapi terung yang tinggal hanya dua biji, dek kerana tak sabar dua biji pun di test jugak, sebab sedikit memang lah sedap sangat2...
Jadi hari ni memang tambah terung jadi 4 biji pulak, memang sedap lah berbaloi2 walaupun banyak bijik pun, tak percaya!! mesti cuba...
ALHAMDULILLAH dah kenyang makan stuffed aubergine ni tunggu ada terung pasti nak buat lagi jamu kenkawan yg datang nanti hahaha ...
Stuffed Aubergine atau Terung Sumbat Yang Malatop
Reviewed by Unknown
on
April 09, 2013
Rating:
Wah memang meletop tengok terung sumbat Kak Noor.... meleleh air liur tengok nya :D
ReplyDeleteYeeeyy...ada resepi dah.. Copy dulu masuk list. Haiii..terliur tengoknya kak.. Huuu
ReplyDeletesedap nyer!!
ReplyDeletewow.. nak test gak lah... tak penah makan style terung masak gini.. hari tu nani hiring and goreng dgn tepung tempura pun sedap.. nanti nak test gak yg ni.. cam ala2 lobster pun ada gak ni ye.. rupa masakan ni..
ReplyDeleteKakcik suka makan terung, tengok gambar tu terus jejes! :)
ReplyDeletesalam kak noor... sedappnya tengok terung tu...
ReplyDeleteSaya peminat cheese dan terung tapi rakayat kat rumah ni tak suka terung..tu yg malas nak masak terung!
ReplyDeleteSalaam Kak Noor...
ReplyDeleteAkak tahu tak kita ni allergic pada perkataan 'SEDAP SANGAT'. Huwaaaaa... meronta-ronta jiwa dan raga nak MAKAN. Kalaulah semangat rajin kita sama-sama meronta-ronta macam jiwa dan raga, rasanya harus terhidang juga terung ni kat blog kita. Tapi apakan daya...semangat rajin kita ni buat bodohhhh je... haishhhh.....
sedapnya... amy suka terung ni, masak apa pun boleh
ReplyDeleteKak Noor dah 2 hari selalu tengok photonya di instagram...melly sukaakan terung...macam nya die die must try lah macam ini..hehe
ReplyDeleteThanks for sharing kak.. ;)
Menarik la kak..
ReplyDeletesalam knoor. lambat sampai jiran dekat ni. dah abis gamaknya terung meleleh ni. huhu sedap nampak mcm bruschetta je. teringin le plak
ReplyDelete