Biskut Lidah Kucing Rainbow & Open Untuk Tempahan
ASSALAMUALAIKUM dan salam 25 syawal untuk warga BRUNEI DARUSSALAM dan salam 26 syawal untuk warga MALAYSIA semua, sejak dua menjak ni masa sangat mencemburui akak sehingga tiada langsung ada waktu untuk mengupdate blog comel ni dan berjumpa adik2 semua, sejak hariraya AIDILFITRI sibuk dengan openhouse segala, lepas tu ronda2 KOTA SINGA dengan anak2, dah balik sibuk lagi openhouse semula dan MAJLIS PERKAHWINAN sedara terdekat, aduss hari ni akak luangkan sedikit waktu, ini pun sebab puasa syawal yang sudah last day hari ni, jadi nya tak masak tengahari agak longgar sikit lah aktiviti tu hahaaa...
BERBALIK pada resepi kali ni BISKUT LIDAH KUCING RAINBOW yang telah di open sesame sekarang ni, sebenarnya masa bulan puasa dah ramai yang minta biskut ni tapi kerana kesibukan yang melampau jadi nya tempahan tertangguh lah, pada warga BRUNEI DARUSSALAM yang ingin merasa biskut ni boleh lah WA Kak Noor ya atau PM kat FB atau boleh ke pages Dapur Kak Noor jugak, disana dah ada nombor akak ok.
Biskut Lidah Kucing Rainbow
Bahan
250 gm Butter
175 gm gula Kastor
100 ml putih telur
200gm Tepung Gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu emplex (perangup biskut)
Warna : Unggu, Biru, Hijau, Kuning, Oren dan Merah
CARA
1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex dan ketepikan.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukkan telur sedikit demi sikit hingga
sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi didalam adunan dan pukul sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan warnakan mengikut warna rainbow
5. Masukkan kedalam piping bag yang telah di letakkan nozel no 8
6. Panaskan Oven 150C dan bakarlah selama 15 minit atau sehingga masak dan ranggup.
7. Biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.
MEMANG larissss sangat biskut ni, jadi sesiapa yang tak nak try memang rugi lah ya, tapi mesti kena ada acuan Lidah Kucing ni baru senang, kalau adik2 nak tahu kak Noor sampai cari acuan ni kat SINGAPORE dah kebetulan bawa anak2 tapi tak jumpa, masa balik singgah KL ada kawan bawa kat kedai bakery BAGUS tu memang bagus sungguh lah sebab kat sana memang banyakkk acuan ni, tak sia2 akak singgah KL sebelum balik BRUNEI
OKLAH sampai disini dulu ya, esuk lusa kita jumpa lagi kalau masa mengizinkan, jangan lupa untuk warga
BRUNEI DARUSSALAM yang nak order biskut ni dan biskut yang lain boleh lah
WA Kak Noor 8739160 lebih mudah...
Biskut Lidah Kucing Rainbow & Open Untuk Tempahan
Reviewed by Unknown
on
September 02, 2013
Rating:
assalam kak moor..kalau acik rasanya tak sanggup nak buat..rasanya macam susah je nak buat sebab berwarna warni
ReplyDeletemeriahnya lidah kucing kak noor...
ReplyDeleteHe he, sayang nak makan sebab cantik sangat
ReplyDeletesalam kak noor..
ReplyDeletesuka tengok biskut ni yang colourful..belum penah rasa lagi..teringin juga mau rasa..
cantiknya warna biskut Kak Noor ni. Bilalah saya boleh membuatnya juga
ReplyDeletemmg comel la kak biskut ni.. geram tgk.. sapa yg tgk pasti terpikat..
ReplyDeleteaduiillaaaaa!!! look at the colours. teruja tgk sampai rasa nak frame kan aje. ^__^
ReplyDeleteWow..cantiknya sekut akak..
ReplyDeleteSalam kak noor,
ReplyDeletemmg sedap biskut ni...
rajin la kak noor ...siap buat utk tempahan lg..teruskan usaha..
Salam kak noor. Cantik kejadian biskut kak nor ni. Biskut ni kak, budak2 yg suka sangat. Sue buat skali tu ja la. Org mintak buatkan pun sue tolak. Bg resepi ja la. Kureng rajin nak buat. Hehehee.
ReplyDeletebestnyer kak noor kalerful lagi tu hehehe
ReplyDeleteAs salam k.noor..kt mane ye nk dpt acuan tu kt bakery kl
ReplyDeleteSalam Kak noor.
ReplyDeleteBoleh tanya, berapa lama boleh simpan biskut nie?
Salam..mcm mne nk bg biskut berlemak ye
ReplyDeletesalam.. nak tanya beli acuan di kl di mana ya?
ReplyDeletesalam..kalau nak order harga berapa?
ReplyDeletetq kak noor, anak2 dah besar sikit tahun nie..bolehlah cube utk raya :)
ReplyDelete