Red Velvet Brownies Cheese Cupcake Larisss
ASSALAMUALAIKUM dan salam jumaat adik2 tersayang.
SEJAK dah naik pangkat ni semakin sibuk dengan macam2 benda, RVC menu tertangguh nak update, dah lama buat sebeno nya, baru hari ni dapat menulis resepi nya.
SEBENAR nya resepi nya sama dengan RVC Brownies yang akak buat sebelum ni cuma kali ni di cupcake kan je supaya senang nak mamam, takyah nak potong2 lagi, cuma masa nak buat agak lambat sikit, dan cheese yang kat atas agak banyak pakai, tak semua dapat di cheese kan kat atas tu, tapi best jugak sebab akak memang kurang suka cheese, jadi yang takDE cheese
PASTI NYA TUKANG MASAK YANG PUUUUUUUUNYAAAAAAAA
HAHAA...
Red Velvet Brownies Cheese Cupcake
Bahan-bahannya
250gm butter
½ cawan minyak jagung
2 sudu besar serbuk koko
200 ml yogurt biasa
1 ¼ cawan gula kaster
2 biji telur grade A
2 cawan tepung kek
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh lemon/cuka
1 sudu teh pewarna gel
Cara-membuatnya
1. Cairkan mentega dan minyak jagung dengan menggunakan double boiler, sejukan.
2. Ayak tepung kek dengan serbuk koko
3. Pukul gula kaster dan telur sehingga sebati,masukan campuran mentega dan minyak jagung, gaul sebati.
4. Tambah yogurt yang telah di campur pewarna merah pukul sebentar hingga rata.
5. Campurkan tepung sedikit demi sedikit dan adun lah sehingga rata masukan vanilla kacau rata.
6. Asingkan 2-3 sudu besar untuk lorek.
7. Masukan cuka dan soda bicarbonate dalam bekas kecil, kacau dan tuangkan dalam baki adunan dengan cepat.
8. Sediakan cawan kek dan tuang lah adunan sehingga ¾ paras cawan kek.
9. Buatlah sehingga habis adunan dan bakar dengan suhu 200’C selama 30 minit.
Bahan Lapisan Cheese
350 gm cream cheese
1 cawan gula icing
1 biji telur grade A
1 sudu besar jus lemon
Cara membuatnya
1. Putar cream cheese sehingga berkrim masukan gula icing dan putar lagi sehingga sebati.
2. Masukan telur dan putar sehingga berkilat, tuangkan jus lemon, kacau rata.
3. Tuangkan di atas cupcake yang telah di bakar tadi sehingga habis dan loreklah dengan lebihan adunan merah di atas nya.
4. Bakar lagi sekali selama 20 minit dengan suhu 200’C atau sehingga adunan cheese keras.
5. Rvc dah boleh di santap.
SELAMAT MENCUBA YA
KALAU ADA YANG BELUM TRY TU
DI REKEMEN KAN BROWNIES NI
SEDAPPPP..
MOISTTTT
PASTI NYA NAK LAG DAN LAGI..
Red Velvet Brownies Cheese Cupcake Larisss
Reviewed by Unknown
on
September 27, 2013
Rating:
Waaa.... terlior.....
ReplyDeletelagi senang buat versi cupcake kan kak..senang ngap dan x perlu potong..
ReplyDeleteBila Kak Noor kata moist itulah buat kakak geramnya... kalau dapat satu jadilah.
ReplyDeleteAnak dara kakak beli hari itu kesian berderai kering... atas aje ada cream, bawahnya kering dan rasa teramatlah kureng...
amboi kak nor... merahnya RVC... saya memang pantang kalau merah2 ni... tambah2 kena yang banyak chese tu... perghhhh
ReplyDeleteErmm nampak sedap cupcake Kak Nor nie terliur :)
ReplyDeletekak noor..sy simpan resepinya ye...mau dicuba....nmk sedap tu...
ReplyDeleteSalam Kak Noor...sedap tu...ada cheese..
ReplyDeleteKalau iye pun dah naik pangkat bagi-bagilah masa Tuk Wan tu dengan cucu & kawan2 ha ha hahahha..... winduuuuu nak dengar celoteh Kak Noor sebeno eh
ReplyDelete