Ketam Goreng Telur Masin Resepi Dari Blog Qaseh Honey Marbeles
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua yang sudi singgah disini, tak banyak nak di ceritakan disini, sebab hari ni rasa nya agak happy mendengar kan kabar dari MH370 yang macam ada sedikit harapan SYUKUR ALHAMDULILLAH kehadrat ALLAH kerana memberi petunjuk yang di cari sejak seminggu yang lalu, walaupun masih samar-samar tapi dah cukup membuatkan ahli keluarga penumpang MH370 happy, semoga ada lah kabar-kabar gembira esuk atau lusa nanti.
INSYA ALLAH.
RESEPI hari ni kak noor sekodeng dari blog QASEH HONEY yang teruja tengokgambar-gambar yang menarik, kebetulan pulak dah ada ketam dalam freezer, jadi buat lah memang sedap sangat, sayang nya ketam akak hanya 2 ekor, tapi ok jugak dapat merasa, INSYA ALLAH lepas ni mesti nak buat dua kali ganda lagi supaya lebih puas meratah, terimakasih QH dan izinkan akak kongsikan resepi QH di blog akak ya..
Bahan-bahan:-
· 3 ekor ketam bunga
· 10 biji cili api – dihiris ikut kepedasan masing-masing
· 2 tangkai daun kari
· 3 sudu besar butter
· 5 biji telur masin (QH letak 5 biji kuning telur)
· 2 biji putih telur masin (yang ni QH tambah)
· 1 sudu kecil gula
· 3 sudu besar susu cair (QH guna santan)
· 2 biji bawang putih - di ketuk
· 3 sudu besar tepung jagung
· garam
· serbuk lada sulah secukupnya
· minyak masak untuk menggoreng
Caranya
1. rebus telur masin sampai masak, asingkan kuning telur dan hancurkan – zila tambah 1 biji bahagian putih telur masin. (QH tambah sebiji lagi putih telur)
2. bersihkan ketam potong kepada dua bahagian, goreng dengan tepung jagung.
3. goreng deep fried - asingkan
4. panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi sampai wangi
5. masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi.
6. Masukkan susu segar, gula dan lada sulah..perasakan kesemuanya.(susu QH gantikan dengan santan)
7. Kacau rata, tunggu sampai kuah tu sedikit berbuih, masukkan ketam kacau rata dansediadihidang.
MEMANG SEDAP BANGATTTTTTTTTTT meratah sepinggan pun habis ni kalau ikut hati
Tapi dah tak muda ni tak boleh ikut hati nanti cepat pergi kan, sekor pun ok lah tu, tapi kalau orang mudo go head je selagi ada selera kan.
JUMPA LAGI INSYA ALLAH.
Ketam Goreng Telur Masin Resepi Dari Blog Qaseh Honey Marbeles
Reviewed by Unknown
on
March 15, 2014
Rating:
Assalam Kak Noor....
ReplyDeletesedapnya tengok ketam tuh.....
waalikumuslam Adda, mmg sedap tak rugi kalau mencuba tau cepatttt esuk cari ketam ek dgn telur masin heehe
DeleteHye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Mohon singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)
ReplyDeleteAssalam kak noor
ReplyDeleteKetammmm sedapnya
Pantang nmpk ketam he hee
Assalamualaikum...sedapnya knoor....
ReplyDeleteKak Noor... saya pun kepingin nak buat ni... kena cari ketam & telur masin ni.... nampak sedap sangat!
ReplyDeletejemput singgah ke blog saya.. baru nak berjinak2 berblog.. hrap mendapat sokongan dan dorongan dari anda.. tq
ReplyDeletehttp://izzanyrosdin.blogspot.com/
Salam perkenalan ,
ReplyDeleterasanya ini first time pB singgah umah Kak Noor nie ....
assalamualaikum kak noor..
ReplyDeletewah, buat telan2 air liur tengok menu akak yang mebeles tu..hihi..
wahh...sedapnya, suka ketam besar sbb isi banyak :)
ReplyDeleteas salam kak noor...uisshh..sedapnye kak..gamam nak makan ase..
ReplyDeletesedapnya terliur rasa nak masak stok ketam yang beli kat pasar borong resepi ni.. baru tahu ada resepi taruh telur asin.
ReplyDelete