Cottage Pie Yang Lazat & Berzat

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua nya, hari ni hari ke20 kita berpuasa, dah masuk fasa ke3 ramadhan, disamping beramal semampu nya disini akak kongsikan resepi cottage pie yang seringkali akak buat di rumah, dan ada jugak yang minta akak buatkan untuk makan-makan, memang sedap lah dengan rasa lemak-lemak masin ni tak jemu, nak resepi? jom sekodeng kat bawah yuk..




Bahan Kentang
6 biji kentang Usa ( kentang hitam ) rebus dan lenyek
Kentang Usa lebih lembut berbanding kentang biasa
1 sudu planta
2 ke 3 sudu susu cair
sedikit garam dan lada sulah
Campurkan semua bahan gaul rata dan ketepikan.

Bahan Inti
200 gm isi ayam cincang
1 biji bawang besar dadu kecil
1 sudu planta untuk menumis
secukupnya sos tiram
sedikit lada hitam tumbuk
sedikit bancuhan tepung jagung
Tumiskan bawang besar dengan planta, biarkan sehingga wangi, masukan isi ayam, kacau rata dan masukan lada hitam dan sos tiram, gaul rata sehingga masak, masukan bancuhan tepung jagung pekatkan inti. Dah masak angkat dan sejukkan.

Ambil bekas timah, atau bekas apa yang disukai, letakkan sedikit inti, tutupkan dengan kentang, dan taburkan dengan parutan cheese cheddar dan bakar dalam suhu 150'C selama 10 minit atau sehingga cheese kekuningan.




Selagi cheese belum out of stock baik di gunakan semaksima mungkin kang expired naya tu
Yang pasti cottage tak cukup satu bekas ni haha..

Cottage Pie Yang Lazat & Berzat Cottage Pie Yang Lazat & Berzat Reviewed by Unknown on July 18, 2014 Rating: 5

3 comments

  1. Mudah nampak resepi tu kak noor.. boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  2. sedapnya....tahan mata ye..tak mo tgk lama2....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ..knor sedap sgt nampaknya...InsyaAllah akan saya cuba resepinya nanti...

    ReplyDelete