Kek Batik Klasik Dimusim Perayaan
ASSALAMUALAIKUM dan salam tengahari untuk semua., sedang santai sikit waktu ni, lepas bereskan banyak dah aktiviti wajib dan sunat, ALHAMDULILLAH. Resepi hari ni yang agak klasik menu lama yang jarang kaknoor buat, tapi dek kerana anak-anak nak makan terpaksa korek fail lama hahaha, jom siapa nak try boleh lah memang sedap dan menepati citarasa semua.
Jom semak resepi yuk!!
BAHAN NYA
7 biji telur
16 oz mentega
1 1/2 cawan gula halus
14 oz susu manis
2 cawan tepung gandum
1 cawan koko powder
3 sudu besar browning
secukupnya biskut marie
CARA NYA
Pukul telur, mentega, gula halus dan susu manis sehingga kembang, masukan tepung, koko dan browning. Pukul lagi hingga rata. Masukan semua adunan dalam kuali kacau dengan menggunakan api yang sederhana, sehingga adunan tidak melekat di kuali. Masukan biskut marie, kacau rata. Lapiskan loyang dengan plastik wrapping, masukan adunan, tekankan supaya rata dan cantik. Sejukan dalam petisejuk dalam 3 ke 4 jam baru lah di potong.
Waktu musim perayaan ni memang tak terjangkau keinginan anak-anak macam-macam benda suruh mama buat kan, tapi ok jugak melatih kemahiran kan hehe..
SELAMAT MENYAMBUT HARIRAYA TAK LAMA LAGI YA
MAAFKAN KAK NOOR JIKA ADA SALAH DAN SILAP
KITA INSAN NI MEMANG TAK SUNYI DARI KESILAPAN
TAK GITU KAN...
Kek Batik Klasik Dimusim Perayaan
Reviewed by Unknown
on
July 23, 2014
Rating:
Dah lama tak buat kek batik.. bila tengok kek batik kak noor rasa nak buat pulak..
ReplyDeleteSelamat hari raya buat kak nor sekeluarga..
Saya juga memohon kemaafan jika ada komen saya yg menyinggung perasaan kak nor..
Sebenarnya saya teringin nak jumpa kak noor secara life.. nak peluk dan cium tangan rasanya.. :)
Jika buat separuh, telurnya brapa biji boleh pakai?
ReplyDelete