Turkey Wrapped Potato Bites INSYA ALLAH Sedap First Try Ni..


ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang untuk semua, hari ni terlebih sikit rajin memasak dan mengupdate blog selepas bereskan tart nenas tempahan orang, curi masa buat benda senang ni, lagi pun semua bahan dah ada, anak-anak pun ada untuk menolong jadi lah seperti yang di bawah ni.
Jom semak resepiiii yuk..




BAHAN NYA
4 biji kentang besar rebus dan lenyek
1 pek bacon turkey slice
1/2 cawan isi ayam/daging
1 biji bawang besar dadu
1 biji tomato di potong nipis
sedikit serbuk roti brown
sedikit cheese mozarella
garam dan gula secukupnya
pasli flakes secukupnya
sedikit planta untuk menumis

CARA NYA
1.  Tumiskan bawang besar dengan sedikit planta sehingga kekuningan, masukan isi ayam or daging.
2.  Kacau rata sehingga berubah warna dan 3/4 masak, masukan garam dan gula dan tutup api.
3.  Dalam mangkuk besar masukan kentang yang telah di lenyek bersama dengan bahan tumis.
4.  Gaul rata, campurkan dengan serbuk roti dan sedikit cheese mozarella ikut citarasa sendiri.
5.  Letakkan turkey slice disekeliling lubang acuan muffin, masukkan adunan kentang, tutupkan dengan tomato potong dan di akhiri dengan cheese mozarella dan pasli.
6.  Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 150'C selama 15 minit atau sehingga kuning.
7.  Ready untuk di santap.




PERTAMA kali buat ni tapi dari bau nya memang dah cukup menusuk jiwa dan raga.
Sabar je ada 2 1/2 jam lagi untuk berbuka waktu Brunei ni.




ADIK-ADIK SEMUA BOLEH CUBA RESEPI YANG SIMPLE JE, DARIPADA KITA MENGGORENG PEDEDIL BAIK DI BAKO JE TAMBAH CHEESE SIKIT BERSAMA TURKEY SLICE DAH JADI KELAINAN KAN...

SELAMAT MENCUBAAA..

Turkey Wrapped Potato Bites INSYA ALLAH Sedap First Try Ni.. Turkey Wrapped Potato Bites INSYA ALLAH Sedap First Try Ni.. Reviewed by Unknown on July 03, 2014 Rating: 5

13 comments

  1. Ya ampun Kak Noor.....
    Meleleh leleh air liur tengok sajian Kak Noor ni... Hmm turkey no like. Nanti kita beli beef strips! Hihihi... sesuka hati seenak rasa je nak tukar tukar resepi orang! Ya ampun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe mama kalau no like turkey boleh cari beef strips ikut selera masing2 lah mama, bisa dong tukar saja maktok tak kisah

      Delete
  2. Salam Ramadan Kak Noor..

    Elok jer nampak kejadian dia tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadhan untuk adda juga cantik dan sedappp

      Delete
  3. best kak noor,kalaulah di sini ada bacon turkey slices tu,,,,,,teringin saya nak buat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang susah sikit nak dpt bacon turkey ni zana, ini pun anak kak noor bawa balik dari UK sempat lah buat ni

      Delete
  4. sedapnyaa kak..ecah mntak izin ambik resepi ni yer..nak try..

    ReplyDelete
  5. Esok holiday, boleh la masak untuk encik suami. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. yumm drooling over here, have a nice week end.

    ReplyDelete
  7. Waaa.....merangsang keinginan ni...

    ReplyDelete
  8. Subhanallaah.. macam godaan kala saya melihatnya ni kak...
    Heheeh.... :D

    Salam dari Cirebon, Indonesia...

    ReplyDelete