Blooming Onion
ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang, dah pukul 2 petang ni mesti ramai yang dah makan tengahari kan, hari ni agak busy dengan macam2 aktiviti dalam dan luar rumah, hanya sempat buat blooming onion ni je, dah lama sebenarnya nak test ni sejak dari balik UK sampai ke hari ni baru lah dapat merasakan blooming onion yang crispy ni, walau pun rupa nya kurang menarik sikit tapi rasa nya tetap jadi pooojaaan hatiku, kebetulan bawang yang di guna kan kurang besar jadi kurang jugak lah blooming nya tu, next time cari onion yang big2 punya haha, resepi nya akak tengok dalam youtube je, best gak sekarang ni apa saja kita boleh try yang terpikir dek akal kita kan.
BAHANNYA
1 biji bawang besar yang agak besar
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil paprika
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil oregano
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil lada hitam tumbuk
1 sudu kecil serbuk bawang putih
2 biji telur
1 cawan susu segar
Minyak yang banyak untuk menggoreng
CARA NYA
Potong 4 bawang besar tapi jangan putus, tinggalkan jugak akar bawang tu supaya tak putus nanti, kemudian potong 3 di celah bahagian tadi bagi membentuk kelopak bunga bawang ni, untuk lebih faham boleh lah ke Youtube ya adinda semua. Kemudian campur semua bahan2 kering ketepikan. Telur dan susu dicampur masukan bawang yang telah di potong bunga tadi, sapu rata kemudian masukan dalam bahan campuran tepung, ratakan seluruh kelopak bawang tadi, kemudian celupkan lagi sekali dalam telur dan adunan tepung, frezer kan sekejab dalam 20 minit ke, lepas tu goreng lah sehingga kekuningan dan ranggup.
Sos nya terpulang pada citarasa sendiri ya, disini kaknoor bancuhkan sos cheese yang dalam peket je, just campur air panas dan sedikit gula sebab sos ni agak masin, sedap di cicah dengan blooming onion ni.
Pada yang belum cuba sila kan cuba memang sedap berebut2 dengan anak2 nak test, sampai tak cukup bawang, tak cukup sos insya allah lain kali pasti nak buat lagi banyak2..
Blooming Onion
Reviewed by Unknown
on
October 08, 2014
Rating:
kalau buat hidangan utk pengantin pun sesuai sbb cantik dab unik...
ReplyDeletebetul tu Kam boleh lah try nanti untk anak2 ke kan orang tak buat kita buat..
Deletewah..menarik tu kak..nak juga cuba buat bila ada masa nanti..
ReplyDeleteakak pun sama nak try lagi guna bawang yg lebih besar lagi banyak kelopak nya BB
DeleteSedap blooming onion ni..tak terasa pun makan 'bawang' anak2 pun tertipu hihii
ReplyDeletebetul tu Lina, anak2 mmg tak tau kalau kita tak ckp sbb rasa nya langsung tkde rasa bawang haha
DeleteWah..nmpak pun dh menggoda kalbu bloomingnye tu kaknoor..hehe! Leh try nnti..perghh!
ReplyDeletekalau dpt cicah kari kambin lagi best ni doc Ina hehee
ReplyDeleteKak Noor.... menu kakak memang semua sedap2 aaahhh.... yang ni pun nak cuba gak!
ReplyDeleteAmie cyg sila2 akak tu suka sekodeng youtube cari idea hahaa
Deletesedap ni knoor…pernah tgk gak dlm fb cantik merekah je sbb depa guna bawang holland besar gedabak…klu kat sini rasanya xdak yg betul2 besar camtu kot. btw rupa xpenting, yg penting sodappppp
ReplyDeletekat supersave pernah nampak bawang yg besar gamak tu ros tapi masa tu tak mai idea ni, esuk lusa boleh pi sekodeng supersave pulak hangkut banyak2 utk blooming cukup2 haha
Deletehohoho! mmg bloom sampai kat tekak cheq ni kak noor..
ReplyDeletesedap ooo shiela dok cari cari bawang yg paling besaq belum jumpa nak buat lagi ni
Deletewaalikmuslam zainah thanks ya nanti akak singgah..
ReplyDelete