Ketam Goreng Telur Masin ZILA Versi Basah Oleh Kak Noor
ASSALAMUALAIKUM dan salam isnin untuk semua nya yang masih sudi singgah di blog kaknoor, ni entry tertinggal lama dalam draft biasa lah kan kalau ada menu baru mesti nak show yang baru dulu, kesian si ketam ni, tapi memang sedap bangat ni meratah ketam macam ni sebab akak buat versi yang basahan sikit, kuahnya tu sedap di gaul dengan nasi, kalau yang kering tu terpaksa di ambil kuah lain lagi utk nasi heheee, dah berumur mesti nak basah2 kalau tak tak tertelan kan, yang sewaktu dengan nya mesti dah tau perangai orang V ni kan...
Resepinya macam biasa kaknoor selalu rujuk kat blog ZILA 4EVER, semua nya akak ikut style Zila sedap guna santan lebih manis dan menawan kalbu., sekali lagi kaknoor kongsikan resepi Zila disini thanks very much Zila tomey ya..
KETAM GORENG TELUR MASIN
Bahan-bahan:-
· 3 ekor ketam bunga
· 10 biji cili api – dihiris ikut kepedasan masing-masing
· 2 tangkai daun kari
· 3 sudu besar butter
· 5 biji telur masin (QH letak 5 biji kuning telur)
· 2 biji putih telur masin (yang ni QH tambah)
· 1 sudu kecil gula
· 3 sudu besar susu cair (QH guna santan)
· 2 biji bawang putih - di ketuk
· 3 sudu besar tepung jagung
· garam
· serbuk lada sulah secukupnya
· minyak masak untuk menggoreng
Caranya
1. rebus telur masin sampai masak, asingkan kuning telur dan hancurkan – zila tambah 1 biji bahagian putih telur masin. (QH tambah sebiji lagi putih telur)
2. bersihkan ketam potong kepada dua bahagian, goreng dengan tepung jagung.
3. goreng deep fried - asingkan
4. panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi sampai wangi
5. masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi.
6. Masukkan susu segar, gula dan lada sulah..perasakan kesemuanya.(susu QH gantikan dengan santan)
7. Kacau rata, tunggu sampai kuah tu sedikit berbuih, masukkan ketam kacau rata dansediadihidang.
Anak2 pun suka suka versi basah ni senang menolan dalam perut, kita yang buat dia kan boleh saja nak basah ke kering ke, selera ditangan sendiri ye dak!!
SEELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA NYA
Ketam Goreng Telur Masin ZILA Versi Basah Oleh Kak Noor
Reviewed by Unknown
on
October 13, 2014
Rating:
Telur kuning masin tu rasanya ala-ala telur ketam kan Kak Noor.... saya kalau beli ketam suka cari yang betina, cari telurnya!
ReplyDeletekaknoor pun suka telur ketam Mie, tapi kekadang bila ke pasar apa yg ada saja ikut nasiblah kalau ada telur ketam bonos besar lah tu
DeleteWahwah..awal pagi lagi dah kak noor tayang menu Lazat..lapar ni..bb belum breakfast lagi..
ReplyDeleteentry tertinggal BB dah lama sngt dlm draft nasib bukan ketam betul kalau tak mmg dah basi ni heheee
DeleteKak Noor lama tak singgah blok akak!! Slalu telan air liur klo nengok masakan akak nih.. Belum rasa lagi hehehe klo rasa mau sha sorang jer makan smp abih hahaha!!
ReplyDeletehahaaha sha, alahaii malu nya sha entah2 bila u cuba hhhmmm indah kabar dari rupa hahaa, suatu hari ya makan masakan kaknoor hehee
Deletefuiyoooo..meleleh ayaqliuq penangan ketam ni haa..huhu!!
ReplyDeletesama2 doc ina, akak pun leleh jugak tengok masak merah ketam doc tadi tu
DeleteKak Noor, saya baru cakap dengan inahar, kalau dah namanya ketam... buat apa pun sodap!
ReplyDeletehari ni hari ketam lah sweetie, sana sini ketam kan tapi ketam mmg thebomb lah
DeleteAssalamualaikum..knoor menggoda dan terguda...cam terasa-rasa jer kat tekak ni hehe
ReplyDeleteUmie, orang pompuan ni mudah tergoda kan heheee, boleh saja di cuba jgn tunggu lama2 nanti lama2 .....
Delete