Karipap Pusing & Cerita Disebalik Tabir


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam semua nya ya, hari ni macam biasa nya dah malam baru berkesempatan untuk masuk ofis ni, siang-siang sngt busy dengan segala  macam kerja, entry hari ni dah di buat tiga empat hari lepas, menu tempahan customer, jadi kaknoor ambik peluang untuk terus buat sessi photo2, biasa lah bila ambil gambar dekat tepi tingkap ada lah tu yang datang mengacau, cuba tengok lah gambar2 di bawah ni ya siapa sebenarnya yang selalu mengacau time kaknoor buat sessi photo-photo..



RESEPI KARIPAP PUSING


BAHAN DOH A
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar veg shortening
2 sudu besar marjerin


BAHAN DOH B
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 cawan air anggaran


CARA MEMBUAT NYA

Satukan semua bahan doh A.  Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan.  Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi bulat dan ketepikan.

Untuk doh B panaskan minyak, dan tuang dalam kedalam mangkok yang berisi tepung, buat satu kawasan lekuk ditengah tepung untuk menuangkan minyak panas tu.  Gaul rata dengan senduk atau sudu ( AWAS MINYAK PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti.  Bancuhkan bersama air dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli.  Uli hingga sebati dan agak  tak melekat di tangan.  Doh di bahagi 4 dan dibulatkan.

Gelekan 1 bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan 1 bahagian dari doh A .  Bungkus menjadi bulat dan ketepikan.  Ulangi untuk doh2 seterusnya. 

Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis. Kemudian  gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya.  Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.

Ambil doh dan potong 6 untuk karipap biasa, tapi akak buat karipap ni yang bentuk nya bulat makna nya guna dua lapisan untuk satu biji karipap tu, jadi mestilah lebih nipis, untuk karipap ni kak noor potong  10 untuk dapat 5 biji karipap pada satu doh. Gelekan sedang2 saja jangan terlalu nipis masukan inti dan tutup dengan satu lagi lapisan dan klim lah cantik2 ya..

Untuk menggorengkan panaskan minyak biar betul-betul panas dengan api yang sedang2 tapi jangan terlalu kecil sangat takut karipap ni menyerap minyak jadi nya pandai-pandai tukang masak lah ya, goreng biar keperangan gitu baru lah di angkat dan tos kan...

BAHAN INTI

7 - 8 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil
1 dada  ayam atau daging  di potong kecil
3 sudu besar rempah kari daging 
1 sudu serbuk cili
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
 

BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia


CARA 
  1. Rebuskan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga separuh  masak dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu & daun kari sehingga layu kemudian masukan bahan kisar, kacau sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing dulu
  4. Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau2kan biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul2 masak
  5. Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempah
  6. Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga betul2 kering dan tutup api.




Macam tau je time maktok nya ambik gambar terus keluar dengan bola kecik nya tu, alahai IMan cucu maktok, terus hilang fokas camerawoman ni kan..



Entah apa lah yang di pikirkan oleh Iman ni...



Sempat lagi buang bolanya pada karipap maktok tu adoiii baru setahun tu, kemain lagi suka dapat kacau maktok buat sessi photo-photo haha...




Karipap Pusing & Cerita Disebalik Tabir Karipap Pusing & Cerita Disebalik Tabir Reviewed by Unknown on October 28, 2014 Rating: 5

8 comments

  1. Assalamualaikum Kak Noor.

    Ya ampun, cam nak menangis tengok kejelitaan pusaran karipap yang Kak Noor buat ni. Kita buat tak seperfect ini. Harus teruskan usaha dengan berbekal keyakinan yang seciput ni. Harus Harus Harus! Nak buat sampai jadi cam Kak Noor punya! Hihihi.. besar angan-angan, takut tak tercapai dek tangan je!

    ReplyDelete
  2. Mamaaaa, jgn nangis kenyakinan mesti tinggi setinggi everest tu, sama jugak dgn kaknoor dulu2 ciput je tapi alhamdulillah praktis make perfect, jom esuk buat karipap mamaaaaa...

    ReplyDelete
  3. tak lama lagi Iman boleh jadi cameraman untuk masakan mak tok dah ni! maktok boleh rehat2 goyang kaki!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti maktok masak je Iman yg amik gambo kakrose kan kan hahaha

      Delete
  4. cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa alur karipap mak tokkkkkkk!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom try resepi ni Seri nak makan pun sayang tau haha

      Delete
  5. Kak Noor,


    Arghhhhh jelesnya karipap pusing Kak Noor tu. Cantik sungguh spiralnya halus2!! Jeles jeles dan jeles. Boleh tak Kak Noor upload gambar step by step? hihi.. Saya budak baru belajar.. :)


    Maktok? Nampak muda tak sangka dah punya cucu. Montel sungguh la si kecik tu.. geram!

    ReplyDelete
    Replies
    1. honeyku, meh sini maktok ajar kan kalau dah jeles tak susah sebenarnya pun, tak tau lah bila nak buat step by step tu agak rumit pasal busy sngt latel.

      btw kaknoor dah tua lah honey mmg layak panggil maktok haha

      Delete