Nasi Kabsa Menu Meraikan Anakanda Mama Yang Nak Fly..
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua nya.
Hari ni paling busy kaknoor menyediakan nasi kabsa ni mana lagi menguruskan tiket dan visa untuk anakanda Madihah yang akan fly esuk, cadangan nak fly kan Madihah bersama kakaknya Nabilah, tapi kita merancang ALLAH menentukan, Nabilah terpaksa fly hari sabtu, jadi terpaksa akur lah sorang jumaat sorang sabtu bermakna dua hari berturut2 kaknoor terpaksa ke airport, esuknya hari minggu hariraya aidiladha, waduh!!!!! memang takde persiapan apa-apa raya korban ni, betul lah raya korban memang terpaksa berkorban, lagipun mood pun takde jugak sebab tak cukup korum ni kan sabar saja lah, mesti ada hikmah disebalik kesabaran ini kan.
Dalam sibuk2 sempat jugak lah memasak menu fav anak-anak ni, resepi nya disebabkan kaknoor takde rempah terpaksa buat sendiri lah ikut resepi dari Raidah., thanks Raidah akak letakkan ur resepi kat sini ya.
BAHAN NYA
4 cawan beras basmathi
1 ekor ayam belah dua
beberapa potong kambing *optional
2 biji tomato dadu
2 biji bawang besar dadu
2 ulas bawang putih hiris
2 inci halia kisar
3 sudu rempah kabsa
3 helai daun bay
secukupnya minyak sapi
BAHAN REMPAH KABSA
Resepi dari Raidah
Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit
Cara penyediaan:
1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.
Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.
** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.
CARA MEMBUATNYA
1. Masukkan air secukup nya dalam periuk dan didihkan untuk merebus ayam, masukkan 1 sudu rempah kabsa.
2. Bila dah mendidih masukkan ayam dan rebus lah sehingga separuh masak, keluarkan dan tos kan.
3. Panaskan minyak sapi dan tumislah bawang besar, bawang putih dan tomato sehingga layu, masukan rempah kabsa dan beras dan daun bay.Kaknoor hanya masukkan rempah kabsa yg serbuk tanpa rempah lima yang lain sebab anak2 tak suka kalau diaorang termakan haha, jadi kaknoor lebihkan kabsa ke2 sudu, boleh jugak 3 sudu utk wangikan lagi nasi kita.
4. Kacau rata masukan garam secukupnya dan air rebusan ayam tadi, ikut sukatan beras 1 beras 1 1/2 air.
5. Masaklah sehingga nasi tanak, dan susun kembali ayam yang telah direbus tadi sehingga menutupi beras.
6. Bila dah masak lah boleh lah dihidangkan dengan fav menu masing-masing, disini anak-anak suka kari, salsa dan kambing bakar jugak acar timun.
Untuk resepi kambing panggang kaknoor hanya perapkan kambing dengan lada hitam, bawang putih, garam dan gula sedikit, kemudian panggang lah didalam pemanggang ajaib, sedap dimakan dengan nasi kabsa fav anak bungsu ni ..
SESEKALI makan nasi kabsa ni memang laris sangat, ini saja yang dapat di sediakan untuk anakanda yang akan fly esuk sorang dan sorang lagi hari sabtu, maka hariraya korban ni memang terpaksa berkorban lah beraya tanpa dua orang anakada mama, masing-masing kena berkorban lah demi masa depan yang lebih cemerlang ya anak-anak mama.
Nasi Kabsa Menu Meraikan Anakanda Mama Yang Nak Fly..
Reviewed by Unknown
on
October 02, 2014
Rating:
fly ke mana kaka noor? sambung belajar?
ReplyDeletenak sambung belajar nieda ke Uk insya allah selamat sampai
DeleteKorban perasaan ya Kak Noor!...
ReplyDeletebetul snagt sweetie perasaan yg macam2 ni
Delete