Cheddar & Leek Tartlets From Si Bungsu Nabil



ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua nya, hari ni kak Noor nak kongsikan satu resepi yang telah di cuba oleh anak kak Noor lelaki bongsu ni, Nabil nama nya, first time ni dia berjinak dengan buku masak, setelah semua bahan dibeli, maka petang semalam dia memulakan aktiviti didapur, tak susah sebenarnya tartlets ni kalau semua bahan dah ready, tak sampai satu jam dah boleh makan, jom adik-adik semua sekodeng resepi ni, mungkin sebab terlalu mudah maka nya Nabil bekenan untuk mencuba.




BAHAN NYA
1 sudu kecil olive oil * ganti minyak jagung
4 batang leeks yang dipotong serong
50 gm cheddar cheese di parut
1 sudu kecil thyme kering
2 biji telur di pukul
4 sudu besar susu fresh cream
secukupnya fillo pastry * ganti dengan kulit popia je


CARA NYA
Panaskan minyak jagung, masukan leeks yang telah di potong,  kacau sehingga layu, masukan lagi thyme, separuh daripada cheddar cheese, telur dan fresh cream, kacau rata dengan api yang perlahan. Masukan sedikit garam dan gula sebagai perasa dan boleh lah ditutup api.
Sediakan loyang muffin, masukan kulit popia disetiap lubang muffin dan curahkan lah filling yang telah di masak, kemudian taburkan dengan lebihan cheddar cheese dan bakar lah dalam oven dengan suhu 150'C sehingga kekuningan, dah masak boleh lah di makan panas-panas.




Sangat sedap dimakan panas-panas ranggup dan crispy mesti semua cuba tau., sebenarnya resepi ni anak kak Noor, Nabil yang buatkan setelah terbekenan resepi dalam buku yang kaknoor beli kat UK baru ni., first time Nabil mencuba dari buku ni hahaa minat jugak rupa nya anak mama ni memasak, tak lama mama boleh pencen lah ni...




Ini lah buku yang kaknoor beli tu, insya ALLAH nanti ada masa kak Noor lagi yang akan cuba, banyak sebenarnya resepi yang menarik yang wajib di cuba dalam buku  ni..


Cheddar & Leek Tartlets From Si Bungsu Nabil Cheddar & Leek Tartlets From Si Bungsu Nabil Reviewed by Unknown on October 14, 2014 Rating: 5

3 comments

  1. Salam Kak Noor,

    Nampak sedap, nanti boleh di cuba resepinya.

    ReplyDelete
  2. walikmuslam honey sila kan resepi orang muda memang sedap :)

    ReplyDelete
  3. .. boleh pakai kulit popia rupanya.

    ReplyDelete