Nasi Lemuni Resepi Pantang Lagi


ASSALAMUALAIKUM 
Salam jumaat yang berkah untuk semua nya.
Semoga sihat walafiat hendaknya di hari yang mulia ni ya
Berbalik pada resepi hari ni kaknoor nak kongsikan lagi resepi berpantang
Yalah sekarang baru 2 minggu anak kaknoor berpantang jadi nya memang terpaksa 
Kena masak yang berpantang sajalah.
Untuk jimat masa kami serumah pun makan resepi ini jugak pendekkata
SORANG BERPANTANG SEMUA PUN IKUT MAKAN MAKANAN PANTANG





Nasi Lemuni

Bahan-bahannya
4 cawan beras basmathi
3 cawan santan
Secekak daun lemuni dikisar
2 cawan air
1 sudu kecil halba
4 ulas bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih
1 inci halia dihiris
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasaknya
1.    Cuci beras dan toskan
2.    Kisar daun lemuni dengan 2 cawan air dan tapiskan.
3.    Masukan beras dalam periuk atau rice cooker, masukan semua bahan-bahan dan masaklah seperti masak nasi biasa.
4.  Kaknoor Hp dalam noxxa je 7 minit siap



Bahannya
1/2 kg daging dihiris nipis dan direbus sekejab kaknoor Hp dlm noxxa 10 minit
1 biji bawang besar dihiris bulat
1 sudu besar lada hitam dikisar
1 inci halia dihiris memanjang
sedikit kicap manis
sedikit sos tiram

Caranya
Panaskan sedikit minyak dalam kuali tumiskan halia dan bawang besar biar agak layu masukan daging yg direbus tadi dan gorenglah sehingga agak keperangan
Masukan lada hitam, sos tiram dan kicap manis dan kacau lagi biar sebati semua,kalau perlu tambah sedikit air,bila dah rasa masin manis nya boleh lah tutup api.




Sambal Halia
1 kilo halia dihiris nipis// boleh jugak di parut kasar
10 biji bawang merah di hiris nipis
2 labu bawang besar di hiris kecil
1/2 cawan ikan bilis
5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar lada hitam kisar
sedikit cuka apple

Cara nya
Halia dan kedua jenis bawang di goreng secara berasingan dan tos kan
Ikan bilis di goreng rangup
Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan kicap manis, lada hitam dan cuka apple.
Gaulkan dengan bahan yang di goreng tadi dan sedia untuk di hidangkan.
Makan dengan nasi panas memang terlajak laris
Orang tak pantang pun lajakkk jugak ni





Jom sihatkan badan dengan makan sebijik epal sehari boleh tak???




Sambal halia ni pun pertama kali kaknoor buat, ada kawan Fb yang bagi resepi memang sedap dan sesuai dimakan dengan nasi lemuni atau nasi lemak..



Alhamdulillah nampaknya time macam ni orang tak pantang pun boleh gemuk ni makan makanan orang pantang haha,  ada tak yang suka nasi lemuni ni agaknya. Kalau nak tau daun lemuni tuuuuuuuuuuu yang atas nasi tu, warnanya agak purple gelap, maka nya nasi lemuni jadi agak kehitaman gitu, tapi sumpah SEDAPPP walaupun hitam-hitam manis macam ni.


Nasi Lemuni Resepi Pantang Lagi Nasi Lemuni Resepi Pantang Lagi Reviewed by Unknown on September 02, 2016 Rating: 5

46 comments

  1. Perghhhh. Btoi kk noor, gmok org pntg klau cm ni šŸ˜Š

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nmpk nya org yg tk pantang yg terlebih mkn ni Mek aduyaiii

      Delete
  2. Sedapnyaa Kak Noor... Macam ni silap-silap makan boleh menambah

    ReplyDelete
  3. Sedap gayernyer ni...tengkiu K.Noor share resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi mudh je pun Lela sila buat lepas ni ok

      Delete
  4. Salam singgah bila ada kelapangan hari ini.Moga sihat2 selalu yer. Tq berkongsi resepi menarik ni kk noor

    ReplyDelete
    Replies
    1. KA terkmakaasih sudi singgah ua
      Akak pun lama jugak tk ke blog KA
      Semoga KA jugak sihat wlaafiat ya

      Delete
  5. sedapnya kak... ni org tak pantang pun boleh mkn kan... mau boleh bertambah2

    ReplyDelete
    Replies
    1. NMpk hyacirg tk pntang yg makan lebih ni Dana apo nk di kato kannn

      Delete
  6. fuhh menu berpantang tp nampak sedap belaka... hihihi.
    tq share resepi best2 kak noor. byk berjasa resepi kak noor =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillahh Aina
      Sharing is caring kebetulan pulak time ni anak kaknoor berpantang jdi beri lah laluan pd yg berpntang pulak kannn, semoga bermanafaat utk Aina jugak

      Delete
  7. lama x masak nasi lemuni ni kak nor
    el sllu masak nasi lemuni makan ngan
    daging black pepper, sambal tumis, air asam
    meletop2 ha dlm mulut makan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada daging black pepper pasti malatop lagi ni El alahaiii kannn

      Delete
  8. cantik presentation kak noor..siap ada daun pisang, terbaikk..

    makanan sihat dan lazat...dah lama x makan nasi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks nohas
      benda yang kita suka ye dak hehee
      mmg minat buat presentation macam ni itulah cari je idea terbaik heheee

      Delete
  9. Kalau yg ni orang tak berpantang pun berselera nak makan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa kannn Mia rasa nya orang tak pantang yg terlebih selera ni kot

      Delete
  10. Mcm tak pernah jumpa pulak daun lemuni ni kat sini KN....dia ni sejenis ulam ek KN?

    Seronok betul ada mak chef ni, berpantang pun makan sedap sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke Nom tk pernah jumpa daun ni??
      kat umah kaknoor sampai kena cantas buang sbb terlalu banyakkk
      apa pulak chef tukang masak only maaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

      Delete
  11. Replies
    1. memang sedapppp sangat Nadhie boleh lah try masak nanti

      Delete
  12. pernah sekali makan nasi ni, tapi tak terasa sedap. kena cuba sekali lagi ni, sebab gambar2 kak noor mengetarkan jiwa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke Eray gambar tu menggetarkan jiwa you
      tkpe buat lagi kali bagi sedapppppppp insyaALLAH pasti sedap sedap

      Delete
  13. Tahniah kak noor...
    Dapat cucu baru..
    Maaf baru kesempatan nak menyinggah blog akak..
    Dah ada kawan iman ye...

    Saya yg tak dalam pantang tengok menu pun berselera kak noor..
    Apa lagi anak kak noor tu šŸ˜Š

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnks yatie
      alhamdulillah adalah kawan iman tu kan
      hehee yatie tak masak je kalau masak mesti menggegar jiwa kaknoor jugak ni

      Delete
  14. Kalau berpantang cenggini mau beranak setahun sekali nih sebab makanan pun sedap sangat makcik Noyah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kannn
      kalau dekat nak jgak jadi tukang masak utk Noriza
      biar setahun sekali ada baby hahaha

      Delete
  15. sedapnya kak noor. teringat kat arwah dr lo'lo' yang masakkan saya nasi ni beberapa tahun lalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke Rai
      semoga ALLAH merahamti aruah dr lo'lo'amenn

      Delete
    2. sedap nasi ni, itulah pertama kali saya makan. arwah buat nasi lemak. al fatihah

      Delete
  16. Sedap ni, usahkan orang dalam pantang, orang tak pantang pun laju jer dapat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat bunda kan
      orang yg tak pantang yg terlebih makan la pulak

      Delete
  17. terima kasih kak noor untuk resipi ni..nanti kalau irda dalam.oantang boleh godek2 menu ni..save dulu..hehe..bila lah agaknya nak.pantang lagi ya.hehe.kak noor sihat?irda doakan kak noor sihat selalu n brbahagia di samping krluarga tersyg...salam rindu dr irda buat kak noor...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah terimakasih Irda ada jugak yg rindu dengan kaknoor ya
      alhamdulillah so far so good
      cuma situasi sekeliling je yg kurang sihat hehee
      thanks mendoakan kaknoor ya

      Delete
  18. kak noor mcm nasi ulam pulak tgk.. sedapnya kalo dalam pantang makan mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jue, nasi ulam lebih terasa ulam nya
      tapi nasi lemuni hanya guna daun lemuni je tapi memang berkhasiat sngt
      pada yg berpantang ni

      Delete
  19. Sayangnya kakak tak kenallah daun lemuni tu KakNoor
    Tengok cantik purple macam pokok bunga.
    Kat JB ni macam tak pernah ada jual pun kat pasar
    Atau mungkin kakak ni yg tak kenal. Teringin juga nak buat. Sebab nampak cantik warna nasinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin daun lemuni ni famous di sebelah utara je kot kakzakie
      kat rumah kaknoor mmg banyak sangat dan senang jugak nak tumbuh
      kalau lah dekat memang nak bagi pokok ni pada kakzakie supaya senang kan
      tapi syangnya jauh sangat jarak kita huhu

      Delete