Salam Aidiladha Dari Brunei Darussalam
Assalamualaikum dan selamat hariraya aidiladha untuk semua pengunjung blog kaknoor, raya aidiladha tahun ni memang kurang meriah sikit sebab tak cukup tenaga kerja dan memandangkan anak kaknoor masih lagi berpantang, ada baby kecil lagi memang takde masa untuk buat persiapan besar2an , rasa nya aidiladha tahun ni lah paling cool sebab tiada undangan untuk tetamu hanya family je.
Kira nya sejarah lah jugak ni kalau tak memang masa ni tak menang tangan melayan tetamu
Biarlah gambar je yang bercerita ya
Ini nasi minyak safron noxxa paling mudah 7 minit dah masak .
Ini pulak kambing bakar airfryer, diperap 2 jam atau lebih dgn lada hitam, gula perang, bawang putih, halia, garam dan sos lada hitam, masuk fryer 15 minit dah boleh makan
Sama dengan perapan untuk kambing, cuma di lumurkan ke ayam tapi masa perapan taklah lama macam kambing ya..
Tapi ayam ambil masa lama sikit dari kambing utk masak dalam 20 ke 25 minit dalam fryer sebab ayam lebih tebal.
Ini je dessert yg sempat di buat, ini pun sebab ada yang order sebelum raya dilebihkan utk tuanrumah cikit.
Chicken pie, karipap dan blueberry tart deco.
Balang untuk jus dari Uk dah kena rasmi, belum sempat buat free show dah kena rasmi, tengok lah cawan pun guna tupperware je sebab lebih ringan untuk mencuci haha.
Ini je yang mampu dan sempat disediakan, tiada ketupat rendang segala, hanya nasi minyak safron, kari ayam, kambing bakar, ayam bakar, potato chips dan gravy, sangat simple tahun ni.
Kenangan Aidiladha 12 september 2016 full house semua ada, minggu depan sorang anak mama akan fly ke UK semula, nasib baik sempat jugak raya korban ni kan...
Birthday girl tak sedar diri masih lagi sempat potong kek birthday dihari raya haha, dah kena belanja kek kan potong je lah, bukan buat sendiri tau malessss ...
Sekali lagi maafkan kaknoor andai ada salah dan silap semasa kita di maya ni, sesungguhnya yg baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kesilapan kaknoor sendiri...
MAAF ZAHIR DAN BATIN ..
Paling lengang tahun ni hahaha 😉🖕
Salam Aidiladha Dari Brunei Darussalam
Reviewed by Unknown
on
September 12, 2016
Rating:
Salam Aidil Adha, Kak Noor...sedap tu nasi minyak..
ReplyDeleteSalam aidiladha utk kaknoor sekeluarga!
ReplyDeleteKaknoor, walaupun katanya sgt simple tp bg saya sudah sgt marbeles tau. Kalau di rumah saya buat menu begini mahu terperanjat gembira seisi keluarga gamaknya! hahaha
Salam aidiladha Kak noor..
ReplyDeleteitu yg kak noor kata simple..
Rajin tu kak..
Saya buat ketupat dan rendang ayam jer kak nor hahaaha..
Selamat hari raya kak noor.
ReplyDeleteNyum nyum... sedapnya.
Hihihi
kemainn kak noor :) hihi salam aidiladha kak noor :)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidiladha..
ReplyDeletePenuh rumah dengan ahli keluarga.. menu yang disajikan pun mengancam..
Barulah jumpa entri Bezday hihi...... Happy Bezday KN.... moga panjang umur, murah rezeki, sentiasa sihat, sentiasa happy sentiasa rajin masak.....
ReplyDeleteKadang kadang nak jugak lengangkan rumah kita KN hihihi.... bolehlah rehat sikit di hari Raya, gituuu