Jagung Kukus Cheese Manis Inspirasi Puan Kutu
Assalamualaikum dan salam jumaat
Dah petang rupa nya baru dapat berehat kejab
Sambil masuk ofis maya ni
Dah lama teringin nak buat jagung gini sejak Puan Kutu update resepi, asyik takde jagung je, semalam pesan hubby beli jagung, pagi ni terus mengukus jagung.
Rasa nya sangat sedap pada tekak kaknoor lah, sebab ada rasa manis masin lemak dan adoiii tersangat lah lazatnya.
Mudah je pun cara nak buat, hanya perlu ada
1. Of coz lah jagung yg telah dihiris
2. Sedikit mentega
3. Sedikit susu manis ikut selera lah nak banyak ke!!
4. Parutan cheddar cheese// slice cheese
Jagung dikukus sehingga masak agak2 5-10 minit
Angkat dan gaul lah dengan susu manis, cheese dan mentega
Lepas tu hidangkan dan makan masa tu jugak
Memang terlajak sedap ni.
Kaknoor memang suka sangat jagung yang dibuat macam ni terimakasih sekali lagi pada PUAN KUTU yg sudi share resepi ya, masih ada jagung 3 ketoi lagi boleh lah buat lagi ni...
Jagung Kukus Cheese Manis Inspirasi Puan Kutu
Reviewed by Unknown
on
September 30, 2016
Rating:
Ohh... letak cheddar cheese ye KakNoor
ReplyDeleteKakak nak cubalah. Rumah kg kakak sentiasa ada jagung sebab kebun ada org sewa tanam jagung.
Kalau kaknoor mmg hari2 buat jagung mcm ni kakzakie sbb jagung free tu kan
DeleteAAhhhh.. SB ni baru lepas makan jagung rebus, kak Noor. Cuma SB takde cheese cheddar, cuma tambah garam dan majerin saja ni.
ReplyDeleteOklah Sue majerin pun sedap jugak cuma to manis je
DeleteSedapnye :) biasa beli je kat sini. Paling win stakat yg mek makan from daily fresh. Tapi alang alang dh ade resepi ni, nk try jugak la buat :)
ReplyDeleteKalau buat sendiri berbaloi Mek boleh makan banyak hahaha
Deletesedap ni..lemak manis..
ReplyDeleteMmg sedap sngt Nohas
DeleteGambar dah cantik, rasanya mmg confirmlah sedap ni...
ReplyDeleteboleh buat kudapan di petang hari..
ReplyDelete'Besan' saya yang beri idea buat jagung kukus cheese manis ni? Tak sangka...
ReplyDeleteEh, tapi memang pun 'besan' saya tu rajin bab-bab DIY memasak di rumah. Saya aje yang malas. Nanti nak cari besan-besan yang rajin memasaklah, senang sikit hidup saya nanti. Hahaha!