Roti Jala Lembut
ASSALAMUALAIKUM
Dah lama rasanya tak mengupdate blog
Kadang-kadang bila hati tak senang nak buat apa pun memang tak dapat
Apa lagi untuk bercerita mengupdate blog
Mesti hati suka ria baru lah ada idea untuk mengupdate blog kan..
ALHAMDULILLAH hari ni hati sikitttttttttttt gumbira jadi dapat lah tengok roti jala ni
Resepi roti kaknoor intai dari blog AZIE KITCHEN dan kuah kari tu kaknoor ikut suka hati sendiri.
Roti Jala
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning
Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.
Sebenarnya dah lama buat roti jala ni cuma tak update saja, biasa lah vip mestilah sibuk sangat
Baru ni ada sahabat // customer jugak menghadiahkan kaknoor acuan roti jala jugak belum lagi rasmi, insya ALLAH nanti akan di try guna acuan baru tu..
Jamu mata lah saja malam-malam ni mana tau ada rancangan nak buat untuk esuk pagi memang sedap roti ni lembut hingga ke petang.
Roti Jala Lembut
Reviewed by Unknown
on
September 24, 2016
Rating:
perghhh. smlm makan ni..
ReplyDeleteSedap tak Mek makan semalm tu
ReplyDeleteKalau kari ny pedes mmg marbeles kan
sedapnya kak noor. saya pakar juga menebar jala, cuma dah lama tak buat
ReplyDeleteBila dh start tebar mesti nk buat lgi dan lagi Rai kann
Deletehaa kak noor hihi. bagi saya idea boleh buat partime tebar jala kan. saya ni mungkin fulltime work at home dah lepas disember nanti. insyaAllah tp nak kena tebar kasi cantiklah kan
Deletelast makan rt jala masa bulan pose..sekarang ada sikit mlas nk buat..hehheh
ReplyDeleteTapi still rajin utk makan kan Eita
DeleteSedapnya...makan dengan kari ayam pun sodap .
ReplyDeleteSaya buat roti jala ni tak cantek lah kak noor menjala ....nak kena belajar dgn kak noor ni :-)
Wah Kak Noor.... roti jala lain dari yg lain nampaknya ye....Olen hihi
ReplyDeletenampak lain roti jala kak Noor.. apapun menarik..
ReplyDeleteCantik jugak jala ni, kak Noor..berseni bila SB nengok.
ReplyDeleteberseni kat mana tu Sue !! Takda lah
Deletesuka roti jala... tapi dah lama tak makan :)
ReplyDeleteentri terbaru: http://hello-vitamin.blogspot.my/2016/10/cara-mengatasi-penyakit-asma.html
Thnx Siti sudi singgah sini ya
Deletecurry tu menggoda sangat rasanya. terliur irda.dibuatnya..;)
ReplyDeleteMesti Irda fav curry kan
DeleteDapnyer, tengah lapar ni...tak sarapan lagi ni..
ReplyDeleteKalau utk breakfast mmg kenyang ni Bunda
DeleteBtw sarapaan ape agaknya pgi td ya
Rai, nak makan pun mesti nak cantik kan hehe
ReplyDeleteWarna roti jala yg KakNoor guna dgn kari itu yg buat mata memandang terus teringin nak makan:)
ReplyDeleteSedap juga menjala mlm2 ni kak noor..
ReplyDeleteTerliur pulak tengok kari kak noor tu..
lama juga kak noor tak update ni :) apa khabar?
ReplyDeletenampak sedap kak. dah lama tak buat roti jala ni. Amy copy dulu resepinya ye kak
ReplyDeleteSedapnyaa.. terliur tengok ^^
ReplyDeleteSedap ni...dah lama tak makan.
ReplyDeleteSalam KakNoor!
ReplyDeleteApa khabar nun di sana?
Kalau masuk blog KakNoor ni, memang tak sah kalau tak save resepi walaupun ada antara resepi tu dah tahu dan dah banyak kali buat. Lama dah tak makan roti jala. Teringin jugalah nak buat ni, KakNoor.