Green Curry Dari Kebun Cili Sendiri

Assalamualaikum dan selamat petang
Hari ni hujan seharian, memang seronok tengok hujan turun kan
Kemudian tengok pulak cili-cili yang banyak tu 
Terus ada semangat nak kutip cili kebetulan jugak anak-anak nak green curry
Jadi kaknoor pun merajinkan diri sambil dapat main hujan jugak hahaha




Ini semua bahan-bahan untuk rempah kari hijau ni
Mesti semua nya kenalkan!!
Cilipadi hijau, cili hijau besar, daun sup, terung pipit, kantan ( dari garden kaknoor sendiri )
Halia, lengkuas, bawang merah, bawang putih, serai dan daun limau purut ( kebun cina lah )



Kelapa pun dari kebun belakang rumah tau!! Satu lagi kemangi tu pun banyak dibelakang dan depan rumah kaknoor.
Jintan putih dan ketumbar kaknoor sangai dulu baru blender supaya lebih wangi.
Lada hitam hanya godek-godek je dalam lesung batu ok..

Bahan nya
1/2 ekor ayam di potong kecil
2 cawan santan sederhana pekat 
1/2 cawan santan pekat
Beberapa tangkai terung pipit
3 helai daun limau purut
1 kuntum bunga kantan dihiris
1 cawan daun kemangi ( kaknoor suka wangi nya jadi letak banyak ) boleh kurangkan kalau tak suka
beberapa tangkai daun sup ( tkde daun ketumbar daun sup pun ok lah kan ) 
secukupnya gula merah
secukupnya garam
sedikit air asam jawa
sedikit minyak untuk menumis

Bahan Kisar
10 biji cili hijau besar
20 biji cili hijau kecil ( boleh tambah or kurang ikut citarasa sendiri ya )
1 sudu besar jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil lada hitam
3 batang serai 
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah





Cara nya
Panaskan kuali, masukan lebihkurang 2 sudu minyak bunga ( minyak jagung )
Tumislah bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.



Kemudian tambahkan dengan daun kemangi dan daun sup yang telah di blender
Kacau lagi sehingga agak kering air nya.




Masukkan santan cair dan ayam yang telah di bersihkan.
Kacau rata dan biarkan mendidih sekejab




Disebabkan dalam rumah kaknoor ramai yang suka kentang, jadi kaknoor letakkan lah kentang dalam kari hijau ni,  setelah ayam setengah masak, boleh lah masukkan kentang dan terung pipit.
Pada yang tak suka terung pipit boleh saja letak terung Thailand yang bulat-bulat besar bola golf tu ya. Masukkan garam, gula merah dan air asam jawa secukupnya.




Dah cukup rasa boleh lah letakkan santan pekat, daun limau purut dan hirisan bunga kantan
Ikutlah kepekatan yang diinginkan kalau nak cair boleh lah tambah air or santan cair
Bagi pelanggan dalam rumah kaknoor memang suka berkuah banyak
Jadi memang kaknoor letak lebih santan cair.



Ini gambar suka suki pagi tadi
Sebelum memasak dok main dengan cili-cili ni macam cantik jugakkan
Itu namanya pencinta cili tegar ni kan..
Macam-macam warna ada..




Tadaaaaaa dah siap kari hijau kaknoor
Dah ada nasik tu boleh lah siapa nak merasa ya hehee



Kari hijau ni kalau pedas memang terlajak nasik tu, kalau tak pedas kang jadi macam masak kurma lah pulak kan, sebab warna nya dah macam masak kurma lah pulak, jadi nak bezakan mesti letak cilipadi lebih...Tuan rumah menjamu selera ni, yang lain menjamu mata saja ok..




Green Curry Dari Kebun Cili Sendiri Green Curry Dari Kebun Cili Sendiri Reviewed by Unknown on October 18, 2016 Rating: 5

36 comments

  1. wahhh segar bugar bahan-bahan nya...hehe

    ReplyDelete
  2. KakNoor sajalah ye ajak kami makan sebab jauh
    Kalau dekat mahu tak cukup sebab semua makan nak bertambah tau:)

    Cili 'love' tu akhirnya kena masuk periuk juga hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suatu hari kakzakie
      Mesti sampai kat umah kaknoor ok
      Kita makan2 dirumah kaknoor bersmaa yg lain2

      Delete
  3. Sedapnya kak noor....bahan yang di gunakan segar bugar dari kebun kak noor....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap dngt Diana benda fresh mesti teebaikkk

      Delete
  4. Replies
    1. Mmg fresh mresh Nohas rasa pun alhamdulillahh mantop

      Delete
  5. Wow kak noor geramnya tengok cili2..fresh2 gitu..bahan2 masakan semua fresh so boleh bayang la kesedapan masakan kak noor cmna.mesti kebaboom.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah PK baru petik semua tu terus masak mmg best sngt rasa nya, lagi best kalau kwan2 dpt rasa PK mmg terangkat ni

      Delete
  6. Sedapnya nampak kak. Nani pernah makan dua kali dah green curry ni, memang terbaik !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nya mmg ada sikit kelainan kan Nani cuma nk buat tu lah agak rumit sikt, tpi bila dah turun padangutk masak green curry ni kena buat banyak supaya dpt frezer

      Delete
  7. Mek tk prnh mkn green curry ni. Mmg nmpk cam kurma kan kk noor :)

    ReplyDelete
  8. Salam subuh kaknoor, lama saya tak singgah sini, knoor sihat? Sihatlah tu kan, kalo tak mana boleh masak kari hijau je ni kan, hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gudnite Zimah
      Alhamdulillh so far so good
      Di beri kesihatan yg baik oleh ALLAH
      SYUKUR diatas nikmatnya kan

      Delete
  9. Assalamuailaikum Kak Noor lama xjengah, buka2 terus kari hijau ni.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikmusalm Eyra
      Kari hijau memanggil Eyra dtg kesini lah tu kan
      Apa kabar Eyra

      Delete
  10. takpenah bt green curry sendiri kak noor... reti mkn kt kedai je...

    kene try ni ikut mcm resepi akak... dulu penah bt tp pakai paste segere heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau makan kt kedai lagi cepat Dana
      Order je apa2 pun mmg terhidang ye dak
      Tpi macam Dana ni elok lah guna paste je
      Mesti tk larat kalau nak start dari awal buat kari hijau ni kan

      Delete
  11. banyak juga ya bahan2 nak buat green curry ni, kaknoor.
    kalau saya garu kepala dulu, tak tahulah nak buat ke tidak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg banyak bahan KB
      Tapi dah request anak2
      Tak sampai hati jugak menolak

      Delete
  12. Salam KakNoor, atie tak pernah lagi merasa kari hijau ni.. hihi..ntah bila lah nak bljr masak nya.. banyak hasil dr kebun kaknoor tu..jeles nengoknya.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum masak Atie kena try dulu mkn kat kedai
      Kalau sedap mesti nk buat kat rumah lebih berbaloi spt mkn dua tiga kali

      Delete
  13. Replies
    1. Dappppp sngt Bunda nak semangkok sebaldi kaknoor kasi hehe

      Delete
  14. Wah! Mesti sedap giler ni. Saya suka koleksi cili-cili Kak Noor. Warna perple pun ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg cantik kaler purple tu PH
      Kaknoor suka tanam mcm2 warna
      Baru cantik persekitaran rumah kan PH

      Delete
  15. KakNoor!

    Kalau nak masak kari hijau, kena pakai sudip hijau juga ya? ~_^

    Kalau macam ni, tahun depanlah baru saya buat kari hijau lagi sebab nak beli sudip hijau, mangkuk hijau dan kuali pun warna hijau. Barulah ngam rasa kari hijau saya nanti ^_^

    Sampai hati KakNoor menjamu selera sorang-sorang sambil kami terkebil-kebil melihat aje tau!

    Apa namanya cili yang di antara cili merah dan cili purple tu ya KakNoor? Kat pejabat saya ni banyak betullah tukang kebun tu tanam. Saya tukang ambil aje. Rasa macam dah tebal malu sekarang ni jadi nak jugalah tanam kat rumah pulak ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha MD wajib tu guna sudip hijau kalau nk masak kari hijau baru lah sehati sejiwa sudip dan kari tu dan rasanya pun greenis sikit haha

      Oh nak jadi pekebun jugaklah ni ya
      Boleh no hal nnt akak bg benih cii tu
      Nama nya kaknoor panggil cili putih je
      Sbb dia lah yg paling putih gebu diantara yg lain
      Kena bgi address lagi sekali lah ya
      Masa ni tkde yg masak
      Nnt dah ada yg masak dia akan merah
      Nnt akak simpan dan antr ya

      Delete
  16. Tengok green kari ni saya teringat boss India saya dulu KN. Kalau makan kat satu kedai makan tu. Dia mesti order kari hijau ni....Kekadang sekeping gambar tu membuatkan kita mengimbau kenangan lama kan KN...

    ReplyDelete
  17. tak pernah makan kari hijau nih.. tengok menarik, rasa anak2 mesti suka sebab diaorang suka makan pedas..

    ReplyDelete
  18. seronoknya drp kebun sendiri! :) tqq for recipe kak :)

    ReplyDelete
  19. Bestnya bila banyak bahan tu dapat dari kebun sendiri..SB blum penah masak kari hijau, kak Noor.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Kak Noor,

    Banyak juga hasil kebun Kak Noor.. Seronok tengok Kak Noor masak, feeling depan mata.. :-)

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Kak Noor,

    Banyak juga hasil kebun Kak Noor.. Seronok tengok Kak Noor masak, feeling depan mata.. :-)

    ReplyDelete