Bihun Pink Polos
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dua tiga hari lepas ternampak bihun polos/kosong kat wall
Rakan fb macam teringin nak rasa
Hari ni terus buat sebab bahan utama memang dah ada
Bihun kaknoor rendam malam sebelum goreng
Campurkan sedikit warna pink
Dah pagi nya memang lembut dan tos kan je
Memang tak banyak guna bahan sangat bihun ni nama nya pun bihun kosong kan!!
Kaknoor hanya goreng dengan sedikit minyak jagung, letak bawang merah dan putih kemudian letak perasa dan sedikit lada hitam . Dah secukup rasa angkat. Sebenarnya kaknoor memang suka sayur mentah jadi kaknoor hiris nipis carrot, gaulkan dengan taugeh jugak fresh dan segar, dan akhir sekali gaulkan dengan bihun polos tadi. Jadi kita dapat makan bihun yang segar dengan sayuran. Nak lebih sedap goreng telor mata kemudian letakkan cili jeruk dan boleh lah dimakan dengan selera sekali pedas dan segar...
Resepi mudah dan cepat jugak fresh sayuran
Suka sangat sayuran segar macam ni
Maka nya dirumah kaknoor hari- hari ada ulaman
Untuk digandingkan dengan nasi jugak sambal.
Jom breakfast yuk!!
Oh terlupa nak kongsikan dah lama tanam bawang merah dan bawang putih ni, bawang merah di tepi kiri dan kanan, dah dapat tuai 3x untuk dimasukan dalam mee, bawang putih tu ditengah2, baru tumbuh bawang putih sedangkan tanam nya sama waktu. Rupa nya bawang putih tu memang amik masa lama utk tumbuh berbanding bawang merah. Nasib baik kaknoor tak cabut bawang putih tu hahaha kalau tak memang rugi lah dia tengah nak tumbuh kita cabutlah pulak. Alhamdulillah kadang2 kita hanya perlu sedikit saja daun-daun bawang ni kalau kita tanam senanglah berlari je kat luar, takyah kelam kabut kekedai ye tak!!!
Aduh banyaknya kanoor tulis hari ni
Ok happy 😊 🍳 breakfast ya utk semua.
Bihun Pink Polos
Reviewed by Unknown
on
October 27, 2016
Rating:
Kak nor, bijaknya warnakan bihun jadi pink...menarik la nak makan hehehe...suka tgk kak nor rajin tanam pokok daun bawang tu
ReplyDeleteKdg2 teringin yg lain dari biasa Julia
DeleteTak susah pun hanya letak kaler je
Dah jadi satu kelainan pada bihun tu
Tanam dan tinggal je Jul tk perlu penjagaan sngt hanya siram je
Cantiklah pulak warna pink tu ye KakNoor
ReplyDeleteLain kali kakak nak cubalah..
Tanam bawang pun nak kena uji kesabarannya ye KakNoor hihi...
Kakak tak pernah tanam bawang putih so memang tak tahulah.
Nak lebih menyerlah "ke pink ngan " bihun tu mesti rendam malam tau kakzakie, esuk sebelum subuh tos dan goreng mesti cantik menarik tertarik sapa yg nak makan
DeleteStok bihun banyak kat rumah skrg ni KakNoor.. nak jugak lah goreng bihun pink ni.mesti abang Pae sy tu suka...pink2 colour.. hehe... simple2 letak sayuran pun dah kira ok ni..:)
ReplyDeleteKalau ada stok bihun jgm tunggu lama2 Atie sure Pae suka ni pinky2 lain dari biasa kan
DeleteSayuran tu tkyh masak Atie digaulkan selepas bihun dah masak tau baru rangup sedappp
mcm trend lak bihun pink nih kak noor...
ReplyDeletebest lah tanam bawang nih... dana nh jns tak tetap tanam, aritu penah tanam bwg dh dpt daun nya beberapa kali pastu dana biarkan sampai kering jd nya
Cuba lah try Dana utk breakfast nnt mesti tergoda
DeleteDana pun ada jugak tanam ke daun bawang ni
Jgnlah biarkan kering kesian pokok tu Dana oiii
selalu jumpa mihun pink kt gerai2 org Kelantan...mihun goreng banyak taugeh mmg sedap..
ReplyDeleteLately mcm suka pulak dgn selera kelantan ni Nohas guano pulok doh ni!!!
DeleteHahaha nampaknya org kelantan mmg pandai bermain warna kan, bihun pink, nasi kerabu biru lagiii ??
Kan kak ...
Deletetu lah nak cakap.
nasik depa biru.
bihun depa pink.
mee depa still kuning kot? ke hijau? hihihihi
wow
ReplyDeleteBoleh try Nur tk susah pun sebenarnya
DeleteNak buat, nak buat, tapi lagi sedap kot kalo tambah isi ayam, sotong ke..kan;)
ReplyDeletekalau tambah isi ayam dan sotong dah tak jadi polos dah Zimah
Deletedah complicated dah tu hahahaa
Sesuai sangat bihun polos ni dibuat kat rumah saya, KakNoor. Anak-anak saya tak suka yang complicated. Saya jarang buat sebab anak-anak tak berapa gemar bihun. Mi pun mereka dah mula muak. Kalau buat pun sama aje kekdahnya, polos! Kalau di rumah saya kami panggil mi togel jerk!
ReplyDeleteanak2 MD memang sama selera denga pak haji kaknoor
Deletetak suka snagat complicated tapi tetap suka ada sayur sikit lah
tapi tak mau banyak2 benda kat dalam sana
tapi mee tetap hari2 waktu pagi, kecuali kalau puasa baru mesti makan nasi goreng
yang penting sarapan berat lahh MD
Kak Noor, cantik bihun warna pink. First time tengok hee..hee.. PH dah banyak kali cuba tanam bawang tapi tak menjadi. Kak Noor punya cantik jer...
ReplyDeleteini idea orang kelantan PH suka bermain dengan warna
Deletekaknoor just cuba2 je tapi tak boleh letak banyak sangat benda dalam bihun ni
nanti tak nampak "kepink ngan" bihun ni hehee
bihun pink.. kevavoom... pencinta pink mesti suka ni sbb warna tu..
ReplyDeleteSyidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Deletekemana menghilang ni lama dah tak nampak nama QASEH ABADI ni
tak tau lah kevavoom ke tidak yang psti memang sedappp
Assalam kak noor,
ReplyDeletePertama Kali tengok mee hoon pink..
Menarik warnanya..macam dah kat bibir aje rasanya..bila tengok gambar kat atas tu..
Dah dekat dah..oops sekali terkena screen pulak...aduii..
waalikumslam Ayu
Deleteamboiii kesian dah kat bibir ke ni kesiannn
meh lah sini Ayu akak hidangkan si pinky ni
Oo mek pun bru tahu pink tu pwrna sbnrnya :) nk cuba jgk la. Nmpk senang je ni :)
ReplyDeleteSila lah Mek mudah sngt pun kan
DeleteAda kalanya mulut kita ni mmg teringin makan yg polos polos mcm beehoon pink KN ni. Jemu jugak... hari hari makan penuh lauk je...
ReplyDeleteBetul sngt Hainom kdgkala nk yg polos je
DeleteTak mau serba serbi yg bnyak songeh tu
Sesekali mcm ni mmg sedap sngt
walaupun simple tapi menyelerakan..
ReplyDelete