Sambal Udang Petai Terung Pipit
Assalamualaikum dan salam rabu
Terus ke resepi ya
Menu pertama lepas balik dari KL
Tukang masak memang tak dapat lari dari dapur
3 hari tinggalkan dapur kini ku kembali beraksi haha
Sayangkan terung pipit tu terus teringat nak buat sambal lagi, kali ni dengan udang pulak, resepi asal dibawah ya, kita boleh ubahsuai ikut citarasa dan barangan dapur apa yg kita ada.
3 hari tinggalkan dapur bawang putih pun dah tumbuh daaa, tapi kalau ditanam betul-betul susah sangat nak tumbuh kan bawang putih ni.
Tadaaa dah siap sambal udang petai kaknoor, ada yang teruja tak ni?? Atau ada yg tak suka busyuk-busyuk macam ni!! Kata orang makan petai dengan terung insya Allah mulut tak berbau, maka nya kaknoor masukkn terung pipit disini.
Ini daging goreng lada hitam ala hentam-hentam je, kaknoor campurkan daging dan peparu sekaligus dalam noxxa rebus dulu baru potong nipis .
Sambal goreng dan ulaman segar untuk Mr. Boss sebab my boss tak suka busyuk2 ni jadi kaknoor buat sambal goreng takde belacan sebab belacan pun 'dia' tolak haha..
Nah ini dia sambal goreng tu
Hanya kisar cilipadi + sikit bilis + tomato + bawang putih + bawang merah + garam dan gula, kemudian tumis letak minyak agak2lah semua nya, pastu rasa lah dah cukup orait tutup api dah boleh dihidangkan.
Sambal Udang Petai Terung Pipit
Reviewed by Unknown
on
October 26, 2016
Rating:
Salam Rabu kakNoor... memang tak dapt nak berpisah dgn masakan... hehe...sambal udang sentiasa menyelerakan...
ReplyDeleteNak kena bawa dapor kesna sini kan Atie hahaha
DeleteBerpisah tiada dgn masakan
alahai..kecur air liur tgk..:)
ReplyDeleteMmg sedap pada yg suka Nor
DeleteKena stanbye nasik lebih ni
Oh... baru kakak tahu makan petai campurkan dgn terung bagi hilang bau
ReplyDeleteBoleh mencuba ni KakNoor.
Kata org lah kakzakie terung dpt hilangkan bau petai jika kita mkn sama2
DeleteTapi rasa nya ada lah betul jugak
Kak Noor, saya suka masakan macam ni. Sedap! Pada saya, petai dan belacan tu harum dan membuka selera hee...hee....
ReplyDeleteeh PH makan petai ke??
Deleteingatkan tak makan yang busyuk2 macam ni
Saya tak makan petai mahu pun terung pipit. Makanya sambal goreng itu yang menambat hati saya. Next time kalau perut tetiba lapar dan tak tahu apa nak makan, bolehlah tanak nasi dan makan sambal goreng macam ni. Kesukaan saya nih kalau makan dengan nasi panas-panas.
ReplyDeleteKakNoor baru balik KL? Awat saya tak tahu nih!
dah tau dah MD mmg tak makan jenis busyuk2 ni
Deletememang kaknoor tak bagitau sangat nak ke KL MD cyg
anak2 ni marah hahaha kalau bagitau mesti ada yg nak jumpe hehee
jadi kerja shopping dia tak menjadi
so kaknoor diam2 je ke KL
nantilah bila urusan tak banyak nnt boleh lah bgtau kita gether2 ok
Wow !
ReplyDeleteMmg btol eyh kk noor mmg tk bau klau mkn dgn terung?
insya ALLAH Mek taklah bau sangat, kalau boleh lepas makan tu gigitlah terung sikit2 insya Allah
Deletesambal udang petai sedap.. lama plak tak makan..
ReplyDelete