Nasi Serai & Ayam Peri-Peri


Assalamualaikum dan selamat pagi
Masak apa agak nya adik-adik blogger time cuti sekolah ni ya
Mesti yang special sikit tu sebab ada anak-anak kat rumah
Ke beli yang agak special untuk yang kurang rajin tu hehe
Kalau belum ada idea jom masak Ayam Peri-peri dan Nasi Serai ni sedap sangat
Dapat makan sampai ke petang atau malam kalau masak banyak lah kan...
Resepi pun tak lah susah sangat pun..



Resepi Asal: Nasi Beringin@Nasi Serai
Sumber: SyidahMustafa@MYResepi.Com
  • 2 cawan beras biasa atau beras basmathi
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1  biji bawang besar Holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5~6 batang Serai
  • 1 sudu besar marjerin / mentega
  • air secukupnya untuk masak nasi
  • sedikit garam atau serbuk perasa whatever yang ada kat rumah lah
  • kaknoor tambah sedikit safron serbuk untuk mencantikkan nasi tu

Cara nya


  1. Tumbuk bawang putih, bawang besar, halia.
  2. Titikkan serai.
  3. Panaskan periuk dan cairkan marjerin.
  4. Tumis dahulu jintan manis
  5. Kemudian tumis bahan-bahan yang ditumbuk bersama-sama serai yang dititik.
  6. Masukkan air dan garam dan masak nasi seperti biasa
  7. Nasi ni memang wangi dengan serai tu dan awas jugak kalau terlebih makan nanti..



Ayam Peri-Peri ni kalau kita meratah memang tak sedar habis tu sepinggan macam tu, sebab rasa nya yang lemak-lemak pedas manis dan masam tu memang menambah selera untuk makan banyak 




AYAM PERI-PERI

BAHAN NYA
1 ekor ayam di bersihkan di potong 4
6 biji cili padi (ikut kepedasan masing2 nak tambah atau kurang)
1 biji cili capsicum
1 biji lemon di perah ambil nya
2 sudu besar paprika powder
2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk oregano kaknoor guna oregano fresh di cincang
1/2 sudu kecil serbuk cili merah
1/2 cawan minyak sayur
5 ulas bawang putih
4 sudu besar cuka
1 sudu besar lada hitam tumbuk
1/4 sudu kecil pewarna merah atau oren

CARA NYA
1.  Kisar cilipadi, capsicum, bawang putih, masukkan air lemon, paprika, garam,serbuk cili merah, cuka, lada hitam dan pewarna dalam bekas besar.
2. Kacau sebati tambahkan dengan potongan daun oregano fresh dan ayam, gaul  rata dan peraplah selama 1 ke 2 jam.
3.  Panaskan kuali tak melekat panggang lah ayam tadi sehingga kekuningan sebelah luar nya, lepas tu baru lah dimasukkan dalam oven untuk masak sepenuhnya selama 30-40 minit dengan api 170'C.
4.  Lebihan marinade tadi ditambah dengan sedikit air dan masak lah sehingga pekat.
5.  Boleh lah dihidangkan bersama ayam peri-peri ni.




Alhamdulillah dah siap semua nya jom lah kita menikmati nya hehe, orang jauh pandang-pandang lah biar orang dekat pegang-pegang..


Nasi Serai & Ayam Peri-Peri Nasi Serai & Ayam Peri-Peri Reviewed by Nooriah Abdullah on December 05, 2018 Rating: 5

4 comments