Sambal Belacan Manggis Firstime Buat Alhamdulillah Sedap
Assalamualaikum dan selamat petang adik-adik dan rakan bloggers semua nya
Dah Disember kan baru masuk lagi ke sini busy nya tak pernah habis
Alhamdulillah kaknoor dah mula bercuti dari mengambil tempahan untuk tahun ni
Haha rasa rileks lah sikit walaupun masa ni masih kat rumah
Ada niat nak jalan ni tapi belum lagi tunggu lah hehee
Ada tak yang pernah buat atau makan sambal belacan manggis ni??
Memang rare kan sambal belacan manggis ni, kaknoor pun baru teringat nak buat sebab baru ni beli manggis tapi tak lah semanis yang di jangka kan, jadi daripada sayang buat kat tong sampah, biarlah buang kat dalam perut ni. Kaknoor pernah jugak tengok orang buat sambal manggis ni, tapi tak pernah try ini lah dah try alhamdulillah not bad lah sedap masam masam manis pedas, lain kali kalau terbeli manggis yang masam boleh lah buat sambal belacan macam ni..
Resepinya macam biasa lah sambal belacan tu, hanya tambah manggis untuk memasamkan sambal kita daripada kita letak limau, kita letak manggis ni, rasa nya pun sedap ada kelainan dan rasa manggis dalam sambal memang terbaik, tak percaya boleh try..
Sapa pernah makan umbut lengkuas ni? Kalau belum cuba beli lengkuas umbut dan rebus makan dengan sambal, kalau takde sambal manggis pun, sambal belacan biasa pun ok je, di tambah bunga kunyit yang wangi alahai memang sedap sangat, wangi campur busyuk balance lah tu hahaha..
OK SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA NYA..
Sambal Belacan Manggis Firstime Buat Alhamdulillah Sedap
Reviewed by Unknown
on
December 01, 2018
Rating:
Memang rare ni sambal belacan manggis. Saya pun tak pernah buat apalagi makan. Tak sabar nak tunggu pasar tani esok pagi, harap ada manggis. Nak try buat. Tq for sharing ye Kak Noor.
ReplyDeletehaha kan kaknoor pun sama mula2 tengok orang buat memang rasa pelik tapi bila kita yang buat memang sedap sangat Mie tak rugi mencuba benda baru
DeleteMerecik air liur dah nie...
ReplyDeletekalau terjumpa manggis masam wajib cuba ni rugi tau!!
DeleteMemang sedap. Sambal belacan boleh digukan dengan apa-apa buah saja. Arwah emak dulu suka pelbagaikan sambal contoh nya sambal ini.. untuk menerbitkan selera dan sedikit kelainan rasa
ReplyDeleteyalah dear FHA rupa nya orang tua kita dulu-dulu memang kreatif kan macam-macam buah dorang letak dalam sambal, mangga lah, kuini lah, durian lah, manggis ni macam baru jugak lah mana tau suatu hari rambutan pulak jadi sambal haha
DeleteKreatif lah Kak Noor! Tak terfikir pulak pakai manggis dalam sambal belacan. Mesti cuba ni!
ReplyDeletekaknoor ikut orang jugak PH bukan idea sendiri pun, cuma masa tengok gambar sambal belacan manggis yang orang pos tu macam tak boleh terima jugak tapi bila dah buat sendiri ternyata memang sukar di bayangkan kesedapan nya
DeleteBukan takat tak pernah makan sambal belacan manggis ni, dengar pun tak pernah Kak haha...
ReplyDeleteTapi nampak meriah sangat dgn segala ulam tu. Umbut lengkuas ye tu. Mak saya suka tu
haha Hazel lagi lah terok sikit kan sampai belum pernah dengar hehee
Deletemak Hazel mesti dah geng kaknoor tu maka nya suka segala umbut lengkuas ni
first time dgr sambal belacan macm ni..:)
ReplyDeleteboleh lah try Nor selepas ni mana lah tau terjumpa manggis yang kurang manis tu buat macam ni memang terlajak sedap
DeleteUlam2anna terbaik dgn sambal belacan yang rare, terlajak sedap ni kak noor
ReplyDeletegandingan padu ni SEri sambal belacan manggis rare dengan ulaman kampong
DeleteKN ni mcm tau tau je je saya nak tanya apa ke bendanya batang yg mcm serai tu.... Ohhh umbut lengkuas. Pertama kali dengar ni KN...
ReplyDeleteSambal belacan manggis mmg rare lah KN... Jarang beli manggis. Kalau KN tak bagi tau ni mmg tak terfikir nak buat sambal manggis